Tuesday, May 13, 2014

Pengajaran dari Surah Takathur


Nah, saya mahu mengajak anda menyelami pengajaran surah Takathur.
Video ini dalam bahasa inggeris
Tetapi jangan risau,
ilustrasi menarik mampu menarik kefahaman anda.

Bagi sesiapa yang tak dapat nak tonton video ini kerana kurang jalur lebar,
saya akan beri ringkasan video ini.
Ini sekadar ringkasan.
Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh tengok video tu ek.

Video ini berkisar tentang gangguan nikmat atas kita. Terutama nikmat yang menyenangkan kita seperti kemewahan harta, masa yang lapang, kesihatan tubuh badan dan bermacam nikmat yang boleh membuat kita merasa nyaman. Namun nikmat itu juga mampu menarik kita ke lembah tidak baik. Dengan nikmat kekayaan, ada orang menjadi kedekut. Dengan nikmat masa yang lapang membuatkan orang melakukan perkara yang sia-sia. Dengan nikmat kesihatan yang baik membuatkan orang menjadi bongkak. Harus diingatkan yang segala nikmat yang Allah beri itu akan dipersoal kelak di akhirat. Harta yang banyak itu Allah akan soal bagaimana perbelanjaan kita. Adakah banyak bersedekah atau belanja untuk memuaskan nafsu diri. Masa yang lapang itu bagaimana kita menggunakannya. Adakah melakukan benda yang bermanfaat atau berfoya foya untuk kepuasan diri. Malah kesihatan yang baik itu juga Allah akan tanya. Adakah kita guna tenaga yang kuat itu untuk kebaikan atau keburukan.Tak salah untuk mengecapi malah mengejar kenikmatan dunia namun haru diingatkan yang kita punya jawapan dalam setiap benda yang kita dapat. Sesungguhnya segala benda disekeliling kita malah tubuh badan kita itu kepunyaan Allah. Dialah pemilik yang mutlak. Dan segala benda disekeliling kita adalah ujian. Ujian untuk kita sama ada kita ni hamba yang benar2 beriman dan layak ke syurga.

Sampai disini sahaja ringkasan video tu.
Hurmm. Bukan ringkasan tu. Ada juga sesedap rasa.
Tapi itulah isi yang ada dalam video tu.
Jadikan ia sebagai peringatan.
Buat diri anda juga yang menulis ini.

[sumber]
Sambil2 tu boleh hafaz surah sekali. hehe

Nak lagi tengok video sebegini?
Nah link : Youtube
Facebook pun ada : Link
Blog pun ada jugak : Link
Selamat menonton. ^____^

P.s : Tadi ada cerita pasal menguna masa sebaiknya.
Assigment tak siap lagi tapi duk update blog. T_T

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe