Monday, June 16, 2014

Selawat Adnani

 

Selawat ni best.
Suka dengar selawat ni.
Dulu2 setiap kali nak berbuka puasa atau nak tunggu azan maghrib mesti ada pasang selawat ni kat tv1.
Hurm.. Kenangan dulu2.

Tiba2 teringin nak tahu sejarah pasal selawat ni.
Hasil pencarian kat bawah ni.
"Qasidah ini juga terkenal dengan nama Qasidah Solla 'Alaika Allah Ya Adnani, qasidah ini diriwayatkan oleh Imam Ibnu Katsir dalam Al-Bidayah Wa Nihayah serta turut diriwayatkan oleh Al-Imam Barzanji dalam kitabnya Maulid Wa Ad'iyah pada bab Maulid Syaraful Anam.
 صلى عليك الله يا عدنان - يا مصطفى يا صفوة الرحمن - الحمد لله الذي أعطاني - هذا الغلام الطيب الأردان - قد ساد فى المهد على الغلمان - أعيذه بالبيت ذي الأركان - حتى أراه بالغ البنيان - أنت الذي سمية في القرآن - أحمد مكتوب على الجنان - صلى عليك الله في الأحيان - أحمده في السر والبرهان - حقا على الإسلام والإيمان - أحمده في السر والبرهان - حقا على الإسلام والإيمان - يا ربنا بالمصطفى العدنان - اغفر ذنوبي ثم أصلح شأني يا الل
(Qasidah Abdul Muttalib, fil Majmu'ah Maulid Wa Ad'iyah, Maulid Syaraful Anam, Kitab Barzanji m/s 21)
Al-Kisah, apabila Abdul Muttalib atuk kepada Baginda Rasulullah SAW mendapat berita tentang kelahiran Rasulullah SAW, maka dengan tersangat gembiranya, Abdul Muttalib telah mendukung Sayyidina Muhammad SAW yang pada ketika itu masih bayi seraya membawanya ke hadapan Ka'bah. Kemudian Abdul Muttalib telah bertawaf dihadapan Ka'bah sambil mengalunkan Qasidah seperti diatas, sambil bersamanya Sayyidina Muhammad SAW dalam gendungannya."

Kenyataan di atas diambil dari blog tmass2u. Blog ni post tentang text ucapan majlis maulidur rasul. Kat text ucapan terselit pasal sejarah selawat ni. Kat blog resolusiaddin pun tulis benda yang sama.

Ayuh! Mari berselawat.


1 comment:

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe