Pernah tak anda belek2 curricular vitae lecture2 anda?
Malam ni tergerak hati nak belek2 dalam masa yang sama rasa segan nak minta lecture jadi referee untuk resume saya. Huhu
Bila dah terbelek rasa terpegun melihat pencapaian mereka.
Mereka terserlah kecerdikan dari zaman universiti.
Mereka adalah top student.
Bekas pelajar luar negara.
Mereka banyak sangat pengalaman tak kira dalam industri mahupun bidang pendidikan.
Mereka banyak buat research paper, jadi speaker conference dan keluarkan buku berjudul-judul.
Selama ini mereka berada di depan mata kita.
Meluangkan masa dia untuk mengajar, menyemak assignment, kuiz dan kertas peperiksaan.
Sudi mendengar presentation kita yang kadang2 macam sampah. Huhu
Kadang2 berleter sebab ada yang tak siap kerja malah ponteng kelas.
Selama kita di beri peluang menimba ilmu dengan mereka,
kita tidak mengambil peluang malah mensia-siakan peluang tersebut.
Maafkan kami kerana tidak dapat menjadi anak didik yang bagus.
Harap ilmu2 yang dicurahkan ini kekal di dada ini.
Dan segala ajaran terus berjalan mengikut rentak kehidupan kami.
Akanku kenang jasamu dalam doaku.
Pesanan bekas pelajar,
hargailah lecture anda.
Ambil peluang untuk mendekati mereka.
Mereka nampak je biasa2 tapi pengalaman dan pengetahuan mereka sungguh luar biasa.
Mungkin faktor usia barangkali.
P.s : Aku ni dah kenapa pemalu sangat. Dah berhari-hari tangguh nak tanya.
Tanya jelah. Madam tu manusia jugak. Tak makan orang.
Haha. Bersalah sebab buat dosa ek? Malu ek?
Lain kali add lagi lecture dalam friendlist facebook anda ye. T_T
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe