Home » Coretan » Hari mengambil buku rekod pelajar
Sunday, June 22, 2014
Hari mengambil buku rekod pelajar
Semalam hari bertemu mesra antara ibu bapa dan guru2 atau dengan kata lain dimana rekod pelajar akan diserahkan kepada ibu bapa dan cikgu akan terangkan serba sedikit tentang pencapaian dan tingkah laku pelajar sepanjang setengah penggal persekolahan.
Yang menariknya kali ini, setelah sekian lamanya bapak ambil report kad adik.
Selalunya emak yang ambil.
Masa zaman aku sekolah, rajin jugaklah dia datang ambil.
Bila aku dah masuk universiti tambah pula emak dah pandai bawa kereta, mak yang pergi ambil report kad.
Bapak ceritalah apa yang berlaku masa dia nak ambil report kad.
Dia memang rajin bercerita.
Dia sempat borak2 dengan bapa kawan sekelas adik.
Boleh pula sempat bincang pasal tution.
Memang sedia maklum yang bapak tak hantar anak dia pergi tution.
Tapi dia beli buku latihan banyak2 dan suruh anak dia buat.
Si bapa tadi dilema sama ada nak hantar anak dia pergi tution ke tak.
Mungkin dia minta pendapat bapak.
Katanya kesian tengok anaknya kepenatan.
Balik tution terus kena buat homework sampai tertidur atas buku.
Budak sebaya adik aku. Tabah betullah hidup dia.
Satu lagi bapak cerita bila dia berjumpa dengan guru kelas.
Macam kelakar tiba2.
Soalan pertama yang bapak tanya adalah tentang disiplin.
Bapak cerita yang guru kelas adik sampai terpana seketika.
Pembantu cikgu pun sampai berhenti menulis.
Agaknya diorang macam pelik.
Kebiasaan ibu bapa pasti tanya pasal keputusan peperiksaan.
Macam mana nak tingkatkan lagi percapaian supaya jadi lagi bagus.
Tapi bapak tanya pasal disiplin dan tingkah laku.
Hurm...
Hujah bapak cuma dia perasan yang bilangan A yang banyak tu tak berguna bila pelajar tu tak berdisiplin dan buruk tingkah laku. Baginya perkara yang terpenting sekali adalah sikap dan adab tu. Mungkin dia dah jumpa ramai orang dan dengan pengalaman tu dah membuatkan dia berubah persepsinya.
Mengapa saya berkata begitu?
Bapak yang saya kenal sebelum ini adalah bapak yang sentiasa mahu lihat anaknya dapat seberapa tinggi markah yang boleh. Bagi dia selagi belum mencapai standard dia iaitu markah 90% ke atas, budak itu belum cukup mahir dalam subjek tu. Saya tahulah sebab saya anak sulung. Memang terserlah penyusunan aturan dia. Selagi belum tengok anak dia dapat 90% ke atas, selagi tu dia beli banyak buku latihan dan paksa habiskan latihan tu. Selagi tak habis latihan, tak boleh tidur. Tapi lama2 dia turunkan standard dia iaitu 80% ke atas. Bila dapat markah bawah sikit dari 80%, dia akan tegur. Walaupun dapat 80% ke atas, masih jelas ketidakpuasan hatinya. Maka terhasillah saya yang mementingkan pencapaian markah. Tapi bila dah masuk universiti terus tak boleh nak survive. Markah cukup2 makan. Sebab sebelum ni belajar ikut skema jawapan. haha. Kadang2 terasa diri ni macam loser. Sebab tak jadi diri sendiri. Kalau boleh semua benda nak kena ada "skema jawapan" sampai tak yakin dengan apa yang telah dilakukan. Parahlah.
Ini kisah yang diceritakan.
Aku mendengar dan terasa yang zaman aku dah berlalu dengan semua benda tu.
Kadang2 timbul penyesalan.
Aku ada bapak yang bagus akademinya.
Tapi mengapa anaknya tidak sebagus bapaknya.
Tiba2 rasa malu nak mengaku anak bapak.
Walaupun dengan bagus akademiknya tak mampu membuatkan dirinya kaya dengan harta
Tetapi dia kaya dengan jiwanya.
Rezekinya di tempat lain.
Itulah sumber ketenangan yang menyenangkan.
P.s : Aku mahu sosok lelaki seperti bapak.
=tiada kaitan dengan post ini. sila abaikan=
Labels:
Coretan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe