Friday, June 20, 2014

Menyesal sudah?

Haha... menyesal ke?

"Deans list student sees failure as key to her success"
Dia kawan aku.
Dean list tu.
Selama saya kenal dia tak tahu pula dia asyik dapat Dean list.
Diam2 ubi berisi.

Itulah, bersenang lenang dengan kejayaan di waktu SPM.
Kejayaanlah sangat. Bukan straight "A's"pun.
Saya yang sering dilabel sebagai budak "pandai" bakal menjadi pemengang ijazah "second degree honors".
Saya ni macam tin kosong.
Bunyi je lebih tapi takda apa2 isi.

Jadi budak yang dipandang bijak memang best. Orang pandang muka kita, asyik kata muka budak Dean List. Orang pandang muka kita, muka budak yang confirm dapat jawab exam selepas keluar dari dewan. Siapa yang tak seronok. 
Dahulu mungkin begitu. Seronok atas result tanpa rasa apa-apa. 
Bila makin besar, apabila makin kenal ramai manusia, apabila pemikiran mula makin matang, apabila diri memilih untuk membawa hati jauh atas nama muhasabah, pandangan saya terhadap Dean List makin berbeza. Mula makin jauh berbeda. 
Saya mula bimbangkan akan iman.
Bila dapat tinggi, saya sendiri bimbang akan hati saya.
Saya takut akan datangnya riak.
Saya takut akan harapan pujian pandangan manusia.
Saya bimbang.
Ya Allah, aku takut. 
Menangis. Entah di mana hati itu berada. Pada jalan yang haq atau sebaliknya.
Maka selalu saya ingatkan diri dalam mewajibkan 'Alhamdulillah' diiringi bersama istighfar.
Bila kita menjadi manusia yang makin meninggi, usah jadi manusia yang suka melihat yang lain makin merendah. We pass. And we fail.
Bila kita menjadi manusia yang mudah jalannya dalam menggapai kejayaan, usah jadi manusia yang kedekut berkongsi. We pass. And we fail.
Budak Dean List juga pernah berada di tempat yang rendah.
Rasa budak Dean List yang mula mahu tahu berada di tempat rendah itu mungkin lain rasanya atas kerana harapan tinggi yang selalu diletak.
Umpamanya.
Berada di gunung tinggi.
Dan jatuh menjunam menikam.
Jadi budak Dean List memang best pada yang tersurat.
Kerana hakikat yang 'tidak best' itu selalu sahaja terhijab.
Kerana mungkin sahaja lalai dalam peringatan bahawa diri berada dalam ujian.
Masih saya ingat perkongsian diri dari hati ke hati bersama Ustazah Nik Hanan yang penuh kasih sayang dan keibuan itu.
Ustazah memberi kata dan saya mengekstrak. Pelajar yang lemah itu selalu sahaja menangis dan terluka kerana beberapa kali terjatuh. Namun dia tidak sedar bahawa dia sebenarnya seorang yang kuat. Kerana mampu bangun walau sudah berkali-kali jatuh. Dengan syarat, asal sahaja hatinya benar-benar reda dan syukur atas segala usaha yang telah lelah tercurah.
Ini memang titipan saya buat awak yang belum Dean List.
Saya tak nak tengok awak menangis.
Saya nak tengok awak gelak.
Dan gelak awak sebenarnya menguatkan hati si Dean List.
Gelak yang menunjukkan mampu untuk reda sepenuhnya walau apa yang dihajati belum terpenuhi.
Mengajar si Dean List itu erti sebenar reda andai satu hari dia pula yang bakal merasa berada lebih rendah dari kedudukan kini.
Saya kagum akan insan begini.
Dean List ada ujiannya.
Belum Dean List juga begitu.
Biar walau di mana kedudukan kita, usah lupa untuk mengingatkan hati bahawa kita sentiasa berada di medan ujian dan perjuangan selagi nafas masih terhela.
Menguji renungan sejauh mana usaha kita. Menguji sejauh mana tingkatan syukur dan reda.
Cuma satu.
Andai belajar itu yang membuatkan diri makin percaya dan beriman kepada Allah maka tahniah kita makin berjaya.
Andai 'result' itu yang membuatkan keyakinan kita makin bertambah terhadap Allah maka tahniah kita makin menemui jalan-Nya.
Saat kita sentiasa berdoa buat kebaikan diri, usah tinggal titipan doa buat yang lain.
Biar kita Dean List atau tidak.
Hati itu biar sentiasa merendah dan ikhlas.
Anggota kurniaan Allah itu biar sentiasa diletak untuk melakukan amal jauh daripada maksiat.
Kerana kita bukan hidup selamanya di dunia.
Kita masih ada akhirat yang sedang menanti.
Dan tika itu baru benar satu gelanggang penentuan.
Saya tak pandai.
Saya cuma sedang diuji dengan kesenangan.
Doakan saya lulus ya.
---------------------------- Alfu mabruk 'alaikum! :')
Usah pernah mengalah.
Bila jatuh, bangun lagi dan lagi.
Kerana seorang hero itu tetap bangun walau ditikam pisau berkali-kali.
Lihat sahaja Ultraman yang tetap bangun walau disambar api berkali-kali.
Jangan jadi Ultraman.
Jadi hamba Allah.
"~petikan status dari iium online~" 
Bila terbaca status tu, saya sedar yang kadangkala perlu juga rasa untuk berada di bawah.
Selama berada di atas, kita tak tahu apa yang orang lain rasa bila duduk di bawah.
Allah nak bagi kita rasa.
Mungkin selama ini alpa.
Perasan diri bagus sangat. Itulah yang payah.
Satu lagi sikap terlalu nak perfect.
Bila tak dapat apa yang dihajatkan terus rasa kecewa.
Harap ia menjadi pengajaran buat saya.
Benda sudah terjadi.
Hidup belum lagi berakhir.
Jangan pernah berputus asa.
Tidak berjaya mendapat dean list dan di tempatkan pemegang ijazah "first degree honors" tidak bererti yang aku tidak belajar apa2 sepanyang pengajian. Semoga setiap ilmu yang dicurahkan oleh lecture lekat di dada dan dapat dipraktikkan semula kelak. InsyaAllah. Amin

Hidup ni memang medan ujian bukan

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe