Hari ni dah masuk seminggu cuti semester.
Cepat masa berlalu.
Tatkala menanti keputusan peperiksaan 20/6 ni, segala persiapan untuk menempuh alam baru kenalah bermula iaitu alam pekerjaan. Dah kena mula mencari. Kena buat resume dan cv. Mungkin sesetengah orang merasa yang saya agak lambat untuk apply kerja dan melihat saya tidak begitu agressif untuk mencari kerja. Memang pun. Tetapi bukan bererti tidak mahu kerja langsung. Saya sedang mencari dan meneliti bidang mana yang saya harus ceburi. Dalam masa yang sama nak jugak kepastian yang saya ni dah benar2 graduate melalui result peperiksaan yang bakal keluar. Bila tengok result dah bagus, baru dengan tenang hatinya nak apply kerja. Takda dah nak serabut2 lepas tu. Harap saya lulus dengan jayanya. hehe
Dalam mencari arah tuju selepas ini, memang sangat pening.
Mungkin sudah biasa diatur.
Dari kecil sampai dewasa, hidup bergelumang dengan buku2.
Bila dah habis SPM mesti kena sambung belajar.
Tak kiralah Degree, Diploma dan kemahiran.
Bila dah habis Degree macam saya,
kena pilih sama ada nak sambung Master atau kerja.
Pilihan saya adalah untuk kerja dahulu.
Nak pilih kerja pun satu masalah. Mungkin masalah bagi saya yang sangat memilih.
Agaknya saya harus tutup mata dan apply sahaja mana2 kerja.
Tetapi...
"Kamu kena pilih kerja yang berkait dengan minat kamu. Sebab bila dah mula bekerja, kamu akan bekerja sampai mati. Bila salah pilih kerja, mulalah rasa terpaksa nak bekerja dan akhirnya strees nak pergi kerja."
Mungkin dia bercerita dari segi pekerjaan tetap.
Artikel ini "Masyarakat tidak perlukan universiti" mengerunkan saya.
Ia membuat saya terfikir seketika. Saya bakal graduan universiti dan apa yang saya akan bawa kepada masyarakat?
"kalau lah belajar dari sekolah sampai ke universiti hanyalah untuk mencari rezki sesuap nasi, kenapa kita tak ajar sahaja kanak2 cari duit sejak mereka sudah mumayyiz lagi?"
Bro ni sekarang tengah sambung Master.
Tiba2 teringat satu kisah programmer jalanan.
Dia hanya programmer biasa2 dan bekerja di syarikat biasa2 dimana syarikat itu tiada kaitan langsung dengan bidang IT. Dia ditugaskan untuk membuat sistem untuk memudahkan pekerja dalam syarikat itu berkongsi dan mengumpul data. Sistem yang dia buat tidak sehebat mana tetapi sistem dia memudahkan dan berjalan dengan baiknya tanpa sebarang masalah. Sehinggakan ada programmer dari syarikat lain mahu sistem yang sama dalam syarikatnya.
Apa yang dapat saya simpulkan disini, kerja dimana2pun ada cabarannya tersendiri dan kebaikan buat masyarakat. Mungkin kelebihannya bila buat sesuatu yang diminati mungkin dapat menghadapi cabarannya dengan jayanya. Namun, berapa banyak orang dapat kerja dengan kerja yang sesuai dengan minat. Alam selepas keluar dari universiti itu alam survival. Siapa cepat dia dapat.
Dan tak semestinya harus berada di makmal atau dalam dewan kuliah dengan memberi lecture itu adalah salah satu cara untuk berbakti buat masyarakat. Seperti kisah programmer jalanan itu, sistem dia biasa2 tetapi membawa manfaat buat semua. Mungkin suatu hari nanti, lebih ramai orang serap sistem itu dan terus membawa manfaat kepada orang lain. Apa guna sistem gah tetapi tidak bermanfaat.
Dan bukankah bila melangkah ke luar dari universiti itu harus bermula berfikir bagaimana untuk survive. Tetapi survival kini tidak sama seperti survival masa lepasan sekolah atau orang tidak bersekolah. Kelebihan yang dapat bila sudah keluar dari universiti ialah ilmu dan kemahiran. Mungkin ilmu yang dipelajari semuanya teori dan memang jauh dari realiti tetapi sejauh manapun teori itu tetap ada juga gunanya kelak. Kemahiran juga dikutip sepanjang belajar di universiti. Dua benda ini dapat membezakan manusia itu dari segi intellect dan kemahiran.
Tiba2 teringat hujah pakcik ni, dia mempersoalkan kenapa mahasiswa sekarang bila dah habis degree terus sambung Master. Lainlah kalau nak sambung Master untuk nak jadi lecture. Kebiasaannya mahasiswa sambung Master sebab nak lari dari tangungjawab. Mereka tidak mampu menerima realiti yang mereka harus bekerja untuk survival. Nak sambung Master itu boleh tetapi semak kembali kenapa mahu sambung Master. Itu apa yang pakcik itu katakan. Lecture sendiri menyeru pelajarnya supaya bekerja untuk kutip pengalaman selagi masih muda. Ada kebaikan bila bekerja dahulu terutama untuk mereka yang mahu sambung Master.
Haaa... Benda2 inilah yang menyerabutkan kepala.
Ada baik mendengar pendapat dan pandangan orang. Ia membuat orang berfikir. Tetapi kadang2 tak kena gaya boleh buat orang serabut. Jadi, pegangan kena kuatlah. Haha...
Saya kenalah kuat.
Doakan saya supaya berjaya dan dapat berbakti untuk masyarakat.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe