Thursday, July 07, 2011

Cara buat kulit popia...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca.

Hari ini nak cerita pasa cara nak buat KULIT popia. Bukan buat popia tau. Baru dapat tugasan tadi. Hehehe...
Kena cari cara buat kulit popia kat internet. Ni la masanya untuk mengunakan internet sebaik-baiknya... Jom lihat macam mana nak buat kulit popia :

Credit to : http://resepimama.blogspot.com/

1- Versi pertama
Bahan-bahanya
150 g tepung gandum
1 camt tepung ubi kayu/arrowroot
sedikit garam
2 biji telur Gred A, dipukul
400 ml air
1/2 camb minyak

Cara-caranya
Kacau semua bahan hingga sebati dan tidak bergentel. Lengser kuali leper non-stick dengan sedikit minyak. Buatlah dadar yg nipis selebar 23 cm kemudian ketepikan.

2- Versi kedua
Bahan-bahannya
300 g tepung gandum, diayak
½ camt garam½ camt cuka
230-250 ml air
1 biji putih telur, dipukul sedikit

Cara-caranya
Gaul rata tepung dan garam di dalam mangkuk.

Dalam jag kecil, campurkan cuka dan air.
Buatkan lubang di tengah tepung, tuangkan putih telur dan adun perlahan menggunakan balloon whisk (pemutar telur).
Tuangkan air tadi dan kacau berterusan hingga adunan sebati. Adunan harus kelihatan lebih pekat dari adunan membuat cucur udang. (Anda mungkin perlu tambah atau kurangkan air mengikut ‘kelembapan’ tepung).
Tutup mangkuk dengan tuala lembab dan biar selama 1-2 jam.
Panaskan kuali leper yg tebal (heavy-based, non-stick pan), cekup sedikit adunan dan leperkan (nipis) di atas kuali.
Anda mesti menggunakan jari kerana adunan ini ‘bergetah’. Berhati-hati kerana jari mudah melepuh jika tidak kena cara membuatnya!
Bila kulit popia kelihatan ‘kering’, angkat dan lap kuali bersih-bersih sebelum membuat kulit popia yg seterusnya.

3- Versi ketiga versi popia basah
Bahan-bahannya
Air
Sedikit garam
Tepung gandum

Cara-caranya
Gaulkan semua hingga sebati.Jgn terlalu cair dan terlalu pekat..
Panaskan kuali dgn api sederhana(jgn letak minyak).
Dgn mgunakan tgn,ambil sedikit tepung,tenyehkan atas kuali.Kulit popia tu jgn msk terlalu lama..nanti keras

Selamat mencuba...
Kata orang kalau kulit popia dibuat sendiri lagi sedap dari yang sudah siap.

Assignment accomplish...

6 comments:

  1. nak buat kulit popia nak kena ada guru baru pandai. so kalau nak belajar sms kat saya 0173265603

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa function letak cuka? Ada yg letak ada tak letak. Ada letak minyak dlm adunan

      Delete
    2. Terserah sama ada nak letak cuka atau minyak. Semestinya bahan2 tu memberi kesan yg berbeza.

      Delete
  2. Replies
    1. Entahlah. Mungkin ada kesan sains dari situ 😀

      Delete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe