Friday, July 22, 2011

Ragam manusia di waktu pagi... Part 1

Hari ini aku ke UIA kerana ada urusan. Memandangkan hari ini orang berkerja, kenalah pergi sendiri naik kenderaan awam. Nampaknya aku kena naik train bersama-sama dengan orang pergi kerja.

Dalam perjalanan nak pergi ke stesen kereta api, bapak sempat pula bagi tips memandu.

Dia cakap orang yang bawak kereta kena banyak mengalah dengan orang naik motor sebab orang naik kereta lagi selesa dan kalau langgar sikit tak la cedera teruk sangat. Tapi sebaliknya orang yang naik motor. Kesian mereka. Kalau kena langgar sikit cedera parah dibuatnya.

Selain itu masa jalan tengah sesak, jaga line. Jangan sesuka hati nak tukar laluan. Kalau suka tukar laluan boleh merbahayakan keselamatan buat penunggang motosikal. Yela, sesuka hati tukar laluan tambahan pula tak sedar ada motor kat belakang, tak ke menempah bencana?

Pastu kalau memang nak tukar laluan. Contoh nak masuk simpang kiri, kalau boleh kena masuk line yang menuju ke simpang kiri awal2 lagi. Jangan nak tunggu betul2 nak masuk simpang baru nak tukar. Benda ni yang banyak menyusahkan pemandu lain. Dan yang paling teruk, membahayakan pengguna motosikal. Cuba bayangkan kalau ada motor kat belakang tapi korang tak perasan dan terus tukar laluan. Tak ke bahaya. Bapak aku banyak kali terkena tau.

Banyak pula tips memandu yang berkaitan dengan penunggang motosikal. Sebab bapak aku pun penunggang motosikal juga. Dia dah rasa perit gentir seorang penunggang motosikal bertahun-tahun. Sekarang dia nak beri pesanan supaya lebih perihatin terhadap penunggang motosikal.

Gambar hiasan
.
Ingat.. Anda mampu mengubahnya

P/s : Pesanan buat diri sendiri juga.
Bila search gambar "penuggang motosikal" kat google, rata-rata menunjukkan gambar kemalangan...

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe