Sunday, July 10, 2011

Balik Rumah oOo Balik Rumah

Disuatu petang yang nyaman, setelah habis kelas managerial accounting...
Aku bersama rakanku bersedia untuk pulang ke rumah.

Sudah hampir sejam menunggu... Kelibat bas masih tidak kelihatan...
Aku kena bertukar banyak stesen untuk sampai ke rumah.
Sebelum sampai ke stesen LRT, kenalah tunggu bas dulu...
Aku hilang sabar menunggu....
tidak lama kemudian,


Wah penuhnye....
Rupanya ada bas rosak kat tengah jalan...
Tinggal bas ni je yang boleh jalan...
Kitorg terpaksa naik...
Betul2 macam tin sardin...


Kitorang pun naik la bas tu sampai ke stesen kereta api.
Kat LRT tak ada masalah.
Tak pernah lagi tunggu lama2 masa naik trein kat LRT... Gembira kejap...^^




Bila sampai di KL Sentral...
Seperti biasa.... Saya lambat keluar lagi...
Ini gara2 lambat keluar setelah scan touch n go...huhuhu
Tak sempat nak keluar pintu sudah tutup...
Tula mengelamun... Pernah juga kena sindir ngan pak guard kat situ..
Ala... Bila dia nak sindir tu buat la muka innoncent...@_@
Dengan muka malu pergi kat kaunter kasi kad touch n go tu kat kaunter...
Lepas dia selesai scan dan sahkan perjalanan, baru dia kasi keluar...


Kemudian meneruskan perjalanan dengan menaiki KTM pula.
Hmm... macam biasa menunggu...
Tapi tanggapan aku meleset...
Elok aku turun lepas beli tiket, train dah nak sampai lagi 5 minit...
Tapi jadi pelik kejap lepas dengar pengumuman yang dibuat....
Train yang bakal tiba akan berhenti di stesen tertentu...
Nasib baik dia berhenti kat stesen yang aku nak tuju...

Tunggu punya tunggu train dah sampai...
Tetiba aku jadi tak faham...
Train besar gedabak telah tiba di platform...
Tak pernahku lihat train sepanjang ini...
Serius panjang giler...
Aku tengok nama platform,
Betul la platfrom ni...
Aku pun redah jela...



Serius memang besar...
Susun atur dalaman dia lain dari train yang pernah aku naik sebelum ini...
Tengah aku melilau melihat reka bentuk dalam train tu ternampak perkataan ETS...
Sudah....
Aku salah naik train ke???
Sebab selalunya ETS ni pergi ke utara.
Ada kawan aku balik perak naik ETS...
Aku pun tengok dan lihat train ni berhenti kat mana lepas ni...
Train ni berhenti kat Mid Valley...
Fuhhh...
Selamat....

Akhirnya, selamat juga sampai ke stesen yang dituju...
Bila aku menjejak kaki keluar dari train,
Aku lihat.... "Panjangnya train ni"... Tak macam train biasa...
Rasa bertuah pula dapat naik ETS walaupun sekejap...
Baru nak cuak sebab tersalah naik train...
Rupanya tidak sama sekali...
Yeah!!! Sudah sampai rumah...

Nak tahu ETS tu ape click disana---> ETS

2 comments:

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe