Kita begitu sinonim dengan perkataan penilaian atau peperiksaan...
Sejak dari zaman persekolahan, pelbagai ujian, peperiksaan, gerak gempur diadakan untuk menilai prestasi pembelajaran. Tidak lupa di peringkat universiti juga, peperiksaan bukan suatu perkara yang asing dalam hidup seorang pelajar.
Namun itu sekadar penilaian atas kertas sahaja.
Cuba bayangkan bila kita di padang Mahsyar nanti...
Kita diberikan "Repord Card",
penilaian amalan kita sepanjang hidup kita di dunia...
Tak rasa kecut perut ke kalau tiba-tiba kita gagal...
Timbangan amalan baik kita kurang dari timbangan amal kejahatan kita...
Ketakutan menyelubungi diri...
Api neraka menunggu kedatangan kita...
Nauzubillah...
Tetapi,
Cuba bayangkan bila kita di padang Mahsyar nanti,
Timbangan amal baik lebih berat dari timbangan amal kejahatan...
Tak ke rasa bahagia tak terkata...
Rasa nikmat yang tak putus-putus,
Rasa kepuasan tidak terhingga...
Penat lelah kita terbayar juga...
Alhamdulillah...
Ingatlah bahawa....
Dunia merupakan sebenar - benar peperiksaan...
Pelbagai dugaan dan ujian menanti untuk menilai tahap dan keteguhan iman kita.
Jawapannya akan kita perolehi kelak.
Setiap perbuatan pasti ada balasannya...
Setiap perbuatan baik di balas baik,
Setiap perbuatan jahat di balas jahat..
Walaupun sekecil zarah...
Semuanya ditangan kita yg mencorakkan bagaimana hidup kita
betulkan..hidup kita memang peperiksaan...dan jawapannya akan kita perolehi kelak, dan setiap perbuatan pasti ada balasannya...
ReplyDeletesemuanya ditangan kita yg mencorakkan bagaimana hidup kita
Terima kasih kak atas teguran...
ReplyDeleteSaya dah betulkan dah.. ^^