Monday, July 25, 2011

Nostalgia ~ Anak patung kertas




Bila tengok anak patung kertas ni kan, teringat pula zaman kanak2 aku. Zaman kanak2 ka?? Aku start main masa aku form 1 la. Hahahahaha.. Sangat tak matang. Aku main sebab aku ada kawan. Nak tahu siapa kawan aku? Adik aku yang kedua tu. Hohoho. Masa aku form 1, adik aku darjah satu. Masa kecik2 aku takde kawan perempuan yang boleh main pondok2. Entahla. Masa tu aku tak reti nak ajak kawan datang rumah dan kawan aku pula tak hingin pun nak datang rumah untuk main. Last2 jiran lelaki gak yang ajak main guli sampai backup aku bila kena buli dengan kawan dia sebab aku satu sekolah rendah dengan dia. =_='

Berbalik pada kisah patung kertas, aku dengan adik aku selalu main. Setiap hujung minggu mesti main. Habis segala pita pelekat, kertas2 bersepah dalam bilik. Macam tokang pecah biliknye. Dalam set patung kertas tu dia cuma bagi baju dan orang sahaja. Pastu terfikir pula eksesori yang lain. Nampak katelog handphone, gunting gambar handphone tu. Yang paling aku ingat gambar handphone nokia n82.


Nak lagi kreatif, potong segala jenis makanan yang ada dalam katelog. Habis kitorang gunting gambar makanan kat katelog. Pada masa tu cuma ada katelog dari Carefore. Gunting gambar ice cream, keropok, minuman, roti untuk buat koleksi makanan pula masa nak main patung kertas.

Katelog Carefore.

Bila dapat surat khabar mesti belek bahagian artis. Nak tahu kenapa? Nak cari koleksi baju patung kertas yang terbaru. Kan artis banyak show off baju lawa2. Apa lagi. Gunting dan simpan.

Bila segala koleksi sudah sedia, bermulalah projek kami berdua. Selalunya kami main jual beli barang. Macam pergi shopping gitu. Ada baju, makanan. Kadang2 tu main patung kertas bersocial pulak. Orang tu jumpa orang ni pastu berkawan kemudian bergaduh pastu berbunuhan. Apela. =_='' Yang tak boleh bla ada episode lagi tau. Macam minggu lepas babak diorang berkawan pastu tak sempat nak habiskan sambung minggu depan.

P/s : Apasal la malam2 buta teringat benda2 macam ni???

2 comments:

  1. weh gile creative!!! hahhahaha kt dulu pun main gak tp tak pulak smp ade hp, mknn cmtu, hahah good job! dr kecik lg berfikiran lain dr yg lain

    ReplyDelete
  2. haha... entahla... kte yg lebih2... adik ikut je... pelik pulak... masa tu bleh terfikir nak ada hp la, makanan la... mcm main pondok2 versi patung kertas...

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe