Friday, July 22, 2011

Ragam manusia di waktu pagi...Part 2

Berbalik pada cerita asal,
Lepas aku dengar tips pemanduan dari bapak,
kami pun sampai ke stesen kereta api.
Aku pun mulakan perjalanan aku ke UIA bermula dari stesen KTM.
Dari pandangan luar, kelihatan tak ramai orang.
Kat kaunter tiket pun tak ramai orang.
Bajet macam cepat sampai. Angan2...
Bila aku jengguk kat tempat menunggu, mak ai....
Ramai giler... =_=''

Semua orang kat situ pakat2 nak pergi kerja.
Baru nak naik jejantas je dah nampak ETS dah sampai.
Tengok kat dalam train penuh giler.
Hmm... aku pun jalan lambat2 la...
Malas nak berebut-rebut masuk train...
Nampaknya terlepas train pertama...
Tunggu lagi...

Sambil2 tunggu, sambil2 tu cuci mata jap..
Cuci mata melihat ragam manusia...

Kat mana2 pun ramai orang.
Kat jalan pun banyak kereta.
Kat stesen pun ramai orang juga.
Dah nama orang nak pergi kerja...

Yang sedih melihat ada aunty gendong baby.
Gayanya macam nak hantar anak sekolah.
Si anaknya asyik tarik maknye naik train cepat2..
Padahal train dah penuh macam sardin...
Yang seronok tengok mak dia tak marah pun...
Senyum lagi...
Kalau aku habis ditenyeh-tenyeh budak tu...hohoho

Nampak juga sekumpulan pelajar tengah tunggu train juga...
Terfikir, pukul berapa mereka sampai sekolah?
Tengok jam dah pukul 8.15pagi...
Nak tengok sekolah mana takda lencana pula kat baju diorang.

P/s: Betul la kata kakak usrah...
Kena jaga pandangan...
Kalau tak jaga macam ni lah akibatnya...
Ada je benda buruk nak tengok dan nak cerita...

Tengok je...
Jangan nak cakap apa2
dan
jangan terlintas apa2 pun
dalam fikiran serta dalam hati.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe