Saturday, July 23, 2011

Tentang Din Al-Fitrah

Kenapa bila aku melihat non muslim, kata-kata lecture terngiang-ngiang di fikiran.
Lectureku pernah berkata tentang Din Al-Fitrah.
Ada hadis menyatakan maksud :
Setiap bayi yang dilahirkan asalnya adalah seorang muslim.
Tetapi yang mencorakkan bayi tersebut sama ada menjadikan dia seorang yahudi atau kristian adalah ibu bapanya.

Teringat pula ada bro tanya soalan pasal Din Al-Fitrah.
Dia bertanya, Bagaimana kalau mereka tak sempat nak mengenal agama Allah?
Lecture itu menjawab dengan tegas, Allah pasti akan timbulkan sedikit tanda tanya dalam hati mereka, Allah juga telah banyak menunjukkan kebesaran-Nya melalui ciptaan-Nya... Hanya orang yang mahu berfikir menyedari hal ini... Selain itu sebab mereka tidak mahu berubah kerana merasa selesa dengan kehidupannya, kemewahannya dan juga tidak mahu berfikir adakah benar amalan yang dikerjakan selama ini, adakah benar itu sebenar-benar tuhan. Mereka hanya ikut apa yang nenek moyang mereka buat...

Ingatlah...
Ketika kita di alam roh sebelum lahir ke dunia,
Kita pernah berjanji dan mengaku bahawa Allah Maha Esa dan Allah itu wujud...
Adakah kita lupa?

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe