Aneh... Kuat juga ikatan darah daging...
Korang perasan tak...
Kalau sama adik-beradik sendiri mesti ada persamaan...
Kebiasaanya masa hari raya..
Mesti ada kaum kerabat keluarga pilih warna sama atau seakan-akan sama untuk baju raya..
Diorang tak berjanji pun nak warna sama...
Kadang-kadang tu kalau seorang tu dah nak tukar langsir, dengan sendiri adik-adik lain mahu tukar lansir...
Ini pun tak berjanji dan tak kata apa-apa pun nak tukar langsir...
Yang paling best kalau sedara datang ziarah...
Teringat pula kisah adik ayah aku datang rumah..
Biasa la sedara datang melawat... Bapak aku suruh aku masak bihun goreng...
Aku pun masak la... Tak lama kemudian, pakcik dan makcik aku pun sampai rumah...
Makcik aku kasi bekal bihun goreng sebagai buah tangan...
Aik... Aku baru masak bihun goreng...
Rupanya pakcik aku dah makan bihun goreng kat rumah makcik sebelum datang rumah bapak...
Adoi... Pelik juga ek... Menu sama...
Itu part best...
Yang part tak best bila ada adik ayah ditimpa musibah...
2 bulan lepas, pakcik aku kembali ke rahmatullah...
Bapak aku dapat rasa ada sesuatu tak kena...
Dia kata badan2 lemah, terasa lapang sangat...
Semalam, makcik pula excident tapi nasib baik tak cedera...
Bapak aku pun rasa something juga...
Badan lemah2, tak banyak bercakap... Diam je...
Bapak ingat Embah yang sakit rupanya makcik excident...
Memang dah terang lagi bersuluh...
Dah nama darah daging sendiri mesti ada feeling tersendiri terhadap saudara dia...
Aku sendiri pun tak berapa faham juga hal ini...
Mungkin satu hari nanti pasti aku rasai juga...
biasanya kalau adik beradik mesti muka ala-ala nak sama. cara cakap. mimik muka, hihi.
ReplyDeleteHaah an...
ReplyDeleteHari ni pun rasa ngantuk dan penat je... Rupanya adik2 demam... Ada kaitan ke???