Monday, May 26, 2014

Ketagih mee segera?



Sudah jadi satu kegilaan bila timbul rasa nak makan maggie bila tibanya waktu hilang selera makan.
Yang lagi seronok tengah minggu exam pulak tu.

Entah, rasa geli tekak nak makan maggie.
Agaknya akibat berfikiran luarbiasa bila bab makanan.
Terutama bab penyediaan makanan.
Tambah semalam makan kat luar.
Makan nasi ayam penyet. Ayam dia tak masak.
Ambil lagi bahagian peha ayam.
Di sebabkan lapar maka telan je.
Sampai sekarang rasa macam erkkk...
Tambah lagi kemarin makan kat luar jugak.
Order nasi goreng cendawan.
Yang tak tahan suapan terakhir, tergigit suatu yang pahit.
Macam biji limau. 
Hilang selera terus.
Cakap jelah perut dah kenyang 
(nasi banyak giler)

Nampak macam sihatlah tu bila tambah oat.erk
Saya dapat perangai sebijik macam bapak.
Teliti bila tengok orang masak. Terutama kat kedai makan.
Kalau boleh nak jeling tengok cara penyediaan.
Kadang2 minyak dah hitam berkali-kali guna.
Kadang2 pegang2 makanan lepas pegang kain lap meja.
Makanan terdedah. Lalat berterbangan dengan riang.
Tengok bahan2 yang digunakan.
Sos cili entah dari mana datangnya.
Belum cerita bab rasa lagi.
Banyak garam. Banyak ajinamoto.
Ayam, ikan, daging yang dah lama.
Ayam rasa pelik.
Daging dah berlendir dan berbuih.
Yong tau fu... entah mana diorang dapat stok.

Gila betul saya ni.
Itu yang kadang2 saya boleh hilang selera makan.
Perut lapar tapi taknak makan.
Kadang2 tu fikir lebih baik telan maggie dari makan kat kantin.

Parahlah macam ni.
Nak balik rumah cepat2 dan boleh masak ikut tekak aku.
Lama dah rindu sambal belacan kat rumah.
Rindu nak telan cili api banyak2.
Saya memang tak suka dengan sambal belacan kat kedai.
Bau belacan yang sangat2 kuat dan busuk.
tak tahan. erk.

P.s : Masalah betul saya ni.
Bersyukurlah dengan apa yang ada.
Rakyat kat negara lain tengah kebulur tu.

Aku bukan tak bersyukur.
Tapi tolonglah wahai tukang masak kat kedai makan di luar sana.
Jangan difikirkan untung sahaja tapi fikir makanan yang akan jadi darah daging tu.
Jadilah pengusaha makanan yang bukan sahaja mendapat untung malah jujur dalam perniagaan.
Bila anda jujur dan ikhlas dalam memasak, insya Allah lagi ramai orang datang ke kedai anda untuk makan.
Tukang masak yang jujur dan ikhlas terserlah pada makanan yang disediakan.
Dah tak perlu dah rencah sesedap rasa untuk lariskan makanan.
Itu nak buat orang mati cepat.

Tak perlu tunggu orang datang check kualiti makanan.
Malah tunggu pelanggan serbu kaunter buat aduan bila jumpa benda pelik2.
Boleh tak jadi jujur dan amanah tanpa disuruh dan dipaksa?

Sunday, May 25, 2014

Kambing dalam jemaah?


Macam mana bila berada dalam jemaah itu kita merasa keseorangan.
Merasa keseorangan dikelilingi ramai orang.
Aku merasainya.
Sakit rasa hati ini.
Hingga aku mengambil keputusan membawa diri.

Aku tidak berputus asa pada mulanya.
Aku cuba dan terus mencuba menyesuaikan diri.
Aku pergi program untuk bersama mereka.
Namun lama2 aku ambil juga keputusan menarik diri dalam diam.
Aku berhenti mengikuti semua program mereka.

Setiap hari aku berfikir.
Adakah keputusan ini tepat.
Berat hati ini.

Aku cuba juga pergi bersama mereka setelah sekian lama menyepi.
Namun bila aku hadirkan diri, mereka tidak peduli.
Seolah mereka tidak terjejas langsung selama ketiadaan aku.
Malah mereka menarik muka.

Kemudian aku buat perangai.
Aku sertai program jemaah daerah lain.
Mereka tidak jemput aku.
Kawan aku jemput.
Mereka tidak senang melihat aku.
Namun mereka tidak pula bertanya kepada aku.

Sampai aku tertanya-tanya.
Mengapa terdapat perbezaan usrah.
Diantara usrah dalam kelab dan usrah dalam jemaah?
Mengapa usrah dalam kelab terasa "roh"nya berbanding usrah dalam jemaah?

Kadang2 juga aku merasa berdosa
kerna aku berkelakuan begitu.
Namun bila aku mula teruskan bersama mereka,
hati kecilku menjerit supaya hentikan.
Aku tak gembira.
Aku tak gembira bila sertai mereka.
Aku tak gembira juga bila aku keluar.

Sekarang?
Aku tak tahu.
Aku biarkan semuanya.
Aku berusaha mencari sendiri.
Mungkin ada hikmah namun aku tak tahu apa hikmahnya 
dan kenapa aku dipilih untuk merasai semua ini?
Aku tak tahu.

Kepada ahli jemaah di luar sana yang sedang membaca entry ini,
jangan biarkan ahli anda keseorangan macam saya.
Bila anda membiarkan dia keseorangan,
anda sudah memusnahkan kepercayaan dia
dan merosakkan keyakinan dan potensi dia dalam dakwah.
Rajin2kan diri bertanya khabar, terutama usrah mate.

Usrah bukan tempat untuk menghabiskan silibus
atau kelas kedua setelah kuliah wajib.

"Human learn based on experience (what their learn),
not what has been teach to them."

P.s : Before this I already become lamb,
then become human and turn back into lamb again. haha

Wednesday, May 21, 2014

Gamsahabnida, eonni.


Takleh nak post kat facebook.
Nanti ada orang jeles. haha
Boleh post kat sini.
Tak di ketahui sesiapa. haha

My big sister give an advice to me.
3 Keys that lead to success
Du'a
Efforts
Tawakkal

She also said,
study hard, study smart.
All the best for your finals.
*Ask for your parents' and lecturers' blessing too.

I will.
This is my last semester.
I need to be the best!

P.s : I'm still wondering for the job.
Whether to go to big four, work for government,
make own business or find design jobs.
I love design but I don't like routine work.
or should I be a housewife.
Then married first lah.
=_='''

Topik hangat lepas ni... Bila nak kawen cik kak oiii???
=_=''''
esok pun boleh.erkk

Itu semua akan datang.
Fokus yang sekarang. The Finals Exam
Belum tentu grad lagi ni. Jangan nak berangan lebih.

Saranghae eonni.
Gamsahabnida.

Thanks for being a big sister for me.
I can feel how to have a sister.
Although I'm already the eldest in my family.
Thanks a lot.

P.s : Broken english. Malay-English




Tuesday, May 20, 2014

Dae Gu... jeo jom dowa juseyo



Boleh tak aku nak buat muka takde perasaan macam tu.
Haha...
Penatlah nak feeling je kerja.

Nak jadi seorang gadis yang tabah dan tak gentar apa2pun.
Nak jadi gadis takde perasaan.
Bila berfikir tak mengikut perasaan,
masalah diselesaikan dengan cepat.

Nak lari topik sikit.
Sejak akhir2 ni suka tengok cerita korea yang Lee Seung Gi berlakon.
Bermula dari My Girlfriend is Gumiho
lepas tu Gu Family Book
kemudian King 2 Heart
dan yang paling terbaru You'ar All Surrounded.
Baru perasan yang dia cute. Hahahaha
Aku ni waras ke tak puji macam tu. erkk

Yang pasti semua cerita yang dia berlakon memang best.
Suka tengok graphic effect dalam cerita Gu Family Book.
Walaupun cerita dia mengarut sikit tapi soundrack dalam drama tu best.
Soundtrack dia epik.
Sama jugak dengan cerita My Girlfriend is Gumiho.

King 2 Heart pun best.
Cerita pasal penyatuan Korea Utara dengan Korea Selatan.
Nampak macam impossible pada realitinya tapi cuba nak bawa ke realiti melalui drama.
Tak banyak cerita cintan cintun tapi banyak message kenegaraan.
Tak boring pun. Sangat best. Rugi tak tengok.
Suka tengok Hang Ah
Ciri2 gadis lasak. Suka2.
Soundtrack cerita ni pun best.

Paling baru You're All Surrounded.
Cerita paling baru tengah di tayangkan kat korea.
Tunggu masa diorang update dan download.
Nak jadi macam Dae Gu.
Serius, pemuda penuh dengan misteri.
Haha.
Hidup untuk diri sendiri.
Hahaha.

난 당신처럼되고 싶어요
i want to be like you

미친
michin

아이고
aigo

Terjemahan ditaja oleh google translate. 
ha ha

Bertegur sapalah.


Bertegur sapa dengan rakan sebilik sendiri.
Tak jauh. Dekat je.
Nanti kena cop sombong marah.
Tak perlu ambil masa lama.
1 saat pun dah cukup.
Ambillah masa petang sampai sebelum azan maghrib.
Tanya khabar ke.
Dahlah hujung minggu balik rumah.
Tak balik rumah sibuk berprogram.
Tak cakap sepatah pun.
Hurm...siapalah saya.
Saya orang luar je.

Macam mana dah kerja nanti.
Akulah tu.

Husnuzonnn.
Dah penat sangat kerja tu.
Biarlah dia rehat.
Biarkan je.

Jangan kata orang.
Aku bakal merasa nanti.
Entah sempat kamu nak bertegur sapa dengan orang.

Itu peringatan buat aku juga.
Orang buat begitu.
Takkan aku nak ulang perbuatan tu juga
Be different... ok.

"Apa kata aku yang tegur dulu..."
Penatlah asyik aku je.
Perkataan "asyik" tu yang tak best.
Berkira sangat.
Aku memang berkira.
Kalau aku tak mula berkira, 
aku tak dapat kenal orang tu siapa.
Dengan berkira, aku dapat tahu true nature orang tu.
Sekali sekala beb.

Sekarang aku nak buat senyap jelah.
Buat macam aku tak wujud kat bilik ni.

Dah2. Nak last sem beb. 
Chilllah...

Sunday, May 18, 2014

Jatuh

"Bila aku jatuh tolong tarik aku."

"Suatu hari nanti anda akan merasai bagaimana rasa jatuh kamu.
Bagaimana rasanya futur.
Pada masa itu kamu dah semakin jauh dari usrah, daurah, program tarbiah.
Sorang2 rakan anda akan jatuh. Mungkin kamu yang jatuh juga."


"Dalam judo, asas pertama yang penting adalah cara untuk jatuh.
Bila tahu jatuh dengan betul, kita dapat bangun dengan segera untuk lawan musuh."
                                                                                       -You'ar all surrounded-

Macam mana aku boleh jatuh?
Semua berlaku dengan cepat.
Apa hikmahnya?
Bagaimana aku nak bangun?
Biarkan ia berlalu atau buat sesuatu.
Aku dah tawar hati.
Boleh aku lupa benda ini seketika?
Aku taknak ingat.
Kenapa ia berlaku dekat aku?

Yang pasti semua berpunca dari aku.
Aku memang pandai menunding semua kesalahan ke atas aku.
Aku bermasalah.
Semua salah aku.
Mereka semua betul.

Malas nak fikirlah.

Bursa Malaysia Daily Summary... Cara nak baca?

Bursa Malaysia Daily Summary. Apa tu?
Pernah beli suratkhabar The Star?
Pernah belek Starbiz?
Pernah tengok part yang banyak tulisan kecil2 dan nombor?


Ini yang dah di zoom.
Maaf atas kualiti gambar yang tak bagus.
Nak lebih jelas sila beli surat khabar ya. hehe

Macam mana nak baca?
Penting ke?
Pentinglah. Terutama buat pelajar yang ambil jurusan Finance atau Finance sebagai subjek elektif. haha
Macam mana nak baca ek?
Ilmu hasil dari dalam kelas. Jeng jeng.

Rujuk kat suratkhabar The Star, bahagian Starbiz, muka surat 14.
Fokus dekat tulisan kat bahagian atas.
1- 52 week high low
dalam 52 minggu, harga stok tertinggi dan terendah

2- Code -
kod untuk setiap stok

3- Shares -
nama stok/share atau nama syarikat

4- Close -
closing price atau market price
kalau surat khabar tarikh 3 April
harga yang ditunjuk dalam surat khabar adalah bertarikh 2 April

Definition of 'Closing Price'
The final price at which a security is traded on a given trading day. The closing price represents the most up-to-date valuation of a security until trading commences again on the next trading day.

Definition of 'Market Price'
The current price at which an asset or service can be bought or sold.

Definisi di taja oleh investopedia - [closing price] [market price]

5- +/- -
penambahan atau penolakan dari harga semalam

contoh :
AJI                 close(April)              +/-
4 April             5.50                     +0.20
3 April             5.30

6- vol ('00)
berapa banyak share transaction, berapa banyak lots?
1 lots = 100 units
dalam surat khabar tu dalam 100 lots = 10 000 units

7- PE -
price earning ratio
PE = market price / earning per share

market price = closing price

8- DY -
divident yield
DY = dividend per share / market price

9- Day's High Low -
Harga tertinggi dan terendah dalam sehari

Kat bawah surat khabar tu ada petunjuk


'lambang kotak'- syariah approved shares
* - Price adjusted for new issues
# - 50 sen par value
PE - price earning ratio
DY - dividend yield

takde 'lambang kotak' - non syariah approved shares
takde lambang '#' - RM 1 par value

P.s : Boleh tengok kat keseluruh suratkhabar tu untuk kefahaman lebih.



Nak tahu KLIBOR rate
Interbank Offered Rates (KLIBOR)
The Kuala Lumpur Interbank Offered Rate, or KLIBOR, is the average interest rate at which term deposits are offered between prime banks in the Malaysian wholesale money market or interbank market. [sumber]

ambil yang 3 mths = 3.33
nak lebih jelas,
suratkhabar The Star, bahagian Starbiz, muka surat 11

Untuk pengetahuan, 
market terbahagi kepada 2 iaitu Main Market (page 12) dan Ace Market (page 13)
Setiap market ada bahagian market masing2.
Contoh Main Market punya bahagian seperti consumer products, industrial product, construction dan banyak lagi. Sama seperti Ace Market yang punya bahagian seperti consumer product, industrial product, trading/services dan banyak lagi. Mengapa ada 2 market? Boleh rujuk kat website ni -> Bursa Malaysia Listing atau boleh tengok summary tentang Main Market dan Ace Market dari website tu.






































Alhamdulillah, selesai revisi.
Jika ada apa2 penambahan, manalah tahu jika tersalah informasi harap beritahu melalui komen dibawah. 
Mengetahui cara nak baca Bursa Malaysia Daily Summary sangat penting terutama nak kira dividend per share, earning per ratio, price ratio analysis dan call price for warrant. Bab ni poning den la oii...
Jangan ingat tulisan banyak nombor tu tak penting. haha

p.s : Buat sharing pasal ni sebab tak jumpa kat internet macam mana nak baca part ni. Buat revisi sendiri nampaknye.

Forever alone with gadget

Satu wishlist saya... nak ada sahabat yang boleh saya kongsi hobi bersama.
Hurmm. Tinggal kenangan jelah.
Kebanyakkan diorang ingat saya masa susah je.
Bila susah nak buat assignment.
Bila susah nak buat homework.
Bila susah nak jawab exam.
Lain tu...

Mungkin kelemahan sendiri.
Saya tak mampu mengukir kenangan yang indah buat diorang.
Diorang ingat aku sebagai rakan sekelas.
Rakan untuk berkongsi segala ilmu.
Rakan serba tahu. Kononnya.
Selain dari itu, aku tak reti.
Nak ukir kenangan lain.
Sebab itu diorang hanya ingat aku pada masa tu.

Satu lagi diorang ingat aku bila ada masalah.
Mungkin aku dah ukir kenangan yang aku ni seorang pendengar yang bagus.
Tambah diorang tahu yang aku tak judge orang.
Just dengar je walau tak bagi apa2 solution.
Waktu tengah dilanda masalah baru nak cari aku.
Untuk luahkan segalanya.

Minggu study week yang bermula semalam sampai habis exam 6 Jun
pasti minggu aku, blog, laptop, walkman dan buku.
Aku akan habiskan masa aku kat bilik mengadap semua tu.
Kan aku rakan yang membosankan.
Tambah aku anak programmer.
Memang hidup kitorang sepanjang masa di rumah.
Depan gadget. Nak rare sikit balik kampung atau kolam memancing.
Bestnya memancing.

Takpe, aku dah biasa habiskan sisa2 sendiri.
Macam zaman SPM aku dulu. Habiskan masa sorang2.
Aku kena beat pointer semester ini.
Lagi best kalau dapat 3.5 ke atas.
Sebagai hadiah untuk aku last semester.
Lepas ni aku bakal jadi lepasan graduan.
Entah apa pula nasib aku lepas ni.
Harap baik2 aja.

Nasib aku,
adik adik aku,
mak bapak aku,
keluarga aku,
lepas ni mesti macam2 berlaku.
Be prepared ye.

Ada orang bahan aku dengan gambar ni.
Memang itu realitinya.
Maaf aku pelajar jurusan ekonomi

Konflik dalam sebuah organisasi

Organisasi ABC bergerak dengan menawarkan bermacam-macam projek untuk mahasiswa bergerak aktif. Organisasi ini berdaftar sebagai kelab di universiti. Untuk menghasilkan pelbagai projek, wujudlah pelbagai biro dalam organisasi tersebut dimana setiap biro menawarkan keunikan projek masing2.

-Situasi A-
Biro A menawarkan projek mentoring dimana mereka akan ke sekolah untuk membimbing pelajar sekolah mengikut modul yang ditetapkan. Kelebihan biro A terletak pada komiti dan ahli "mainboard" yang begitu komited dalam suatu kerja. Mereka membuat kerja tanpa disuruh, sedia untuk menjalankan tugas dan bertanya bila tak tahu nak buat kerja. Mereka sanggup berkorban masa dan tenaga dengan menghadiri mesyuarat, keluar untuk mencari bahan program dan memberi idea untuk program yang bakal dijalankan. Dengan adanya komiti dan ahli "mainboard" yang komited, program mereka berjaya namun tak memberi impak pada organisasi ABC sebagai program terbaik.

-Situasi B-
Biro B menawarkan projek mentoring untuk pelajar bermasalah. Projek berjalan dengan baik. Namun terdapat kelemahan dalam struktur ahli. Ahli "mainboard" yang tidak produktif, menyelasaikan tugasan di saat akhir dan sering pemurah dengan alasan. Mereka tidak sanggup berkorban masa dan tenaga. Mereka sudah diberi tugasan tetapi gagal menyiapkan. Malah tugasan disiapkan oleh Ketua dan penolong ketua. Walaupun menghadapi masalah dalaman namun projek mereka memberi impak pada organisasi ABC sebagai program terbaik.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Aneh bukan.
Aku terfikir perkara ini gara2 ada seseorang menceritakan aku tentang ini.
Pelbagai persoalan bermain main di kepala.
Mana datangnya ahli2 yang komited?
Macam mana mereka boleh bekerja tanpa disuruh?
Mereka tahu pula nak bertanya bila tak tahu. 

Mengapa wujud ahli yang tak komited?
Mana datangnya ahli sebegini?
Mengapa mereka bersikap begitu?

Aku menyangka dengan adanya program yang motifnya untuk merapatkan ukhuwah seperti riadah bersama dan iftar bersama dapat melahirkan insan2 yang komited. Oh, aku lupa ada dikalangan ahli yang tak komited tak hadir ke program sebegitu. Mereka memilih ke jalan itu namun mereka tak menyumbang pun sesuatu. Sedihkan. 

Persoalan utama, mengapa mereka mahu jawatan itu? 
Mengapa mereka sanggup mengalas amanah tersebut namun mereka tidak melaksanakan amanah tersebut? Adakah mereka dipaksa? 

Salah satu pesanan Imam Ghazali, benda yang paling berat dalam dunia ialah amanah.

Mereka tidak takut nanti bila satu saat nanti apa yang mereka pegang di dunia ini akan dipersoal kelak?

Mungkin ada masalah dalam diri ahli tak komited itu.
Bagaimana mahu perbetulkannya?
Mencari solusi terbaik itu pun masalah juga.
Setiap solusi pasti ada persoalannya.

[Sumber]
Salah satu ciri organisasi berjaya adalah bila ahli bermeja bulat bersama,
menyumbang masa, tenaga dan idea bersama 
dan sama2 mengharungi kesenangan dan kesusahan bersama 
demi mencapai objektif yang ditetapkan dalam organisasi tersebut.

Cadangan solusi untuk situasi 2:
1- Menasihati
2- Buang dan ganti baru

Dua2 solusi memakan masa untuk lihat hasil.
Projek berjalan namun masalah lambat selesai.

atau solusi ke 3, biarkan berlaku sampai habis tenure.
Ketua dan penolong ketua terus buat semua kerja.

Tapi ketua dan penolong ketua pun pelajar juga.
Mereka ada "banyak" masa nak buat semua benda.
Boleh longlai dan lunyai budak berdua tu.
Haha...

Kan senang kalau jujur dari awal. 
Dah taknak pegang amanah cakap taknak.
Kan dah menyusahkan orang. 

Thursday, May 15, 2014

Video assignment


Video di atas adalah hasil dari kerja kuliyah kami sekumpulan.

Anda dijemput untuk menonton 
dan kalau tidak keberatan komen sekali ya.

Komen anda umpama baja kepada kami
untuk berkembang mekar di masa hadapan.
*macam pelik je ayat

Tuesday, May 13, 2014

Ketua... pandai2lah

Seorang ketua harus tahu untuk bahagi kerja.
Bukan kata...
"Boleh tak buat sekian sekian" dekat 4 orang ahli.
Agak2 siapalah insan yang bertuah nak buat tu.
Masing2 ada kerja masing2.

"Dia tak reti nak bahagi kerja tu"
Dah 4 tahun belajar.
Dan ini bukan assignment pertama beb.
Assignment berkumpulan.

Padahal budak pandai tu.
(macam ayat tak puas hati je)

"Budak pandai tak semestinya pandai semua benda"
Haha. Ok.
Tapi aku tak akan secara sukarela nak tolong buatkan.
Walaupun kerja berkumpulan.
Dahsyat beno ego dan selfish aku beb.

Aku bukan nak penting diri sendiri.
Aku dan kawan aku dah sukarela meminta kerja itu dibahagikan dari awal.
Siap suruh leraikan laporan tu dan bahagi ikut part masing2.
Tapi dia nak jugak simpan dan nak tengok balik.
Dah 5 hari dia simpan.
Last2 dia edit sorang2. Huahaha. Cleaver
So, sekarang aku buat senyap jelah.
Aku pun ada assignment lain nak dibuat ni.
Alasan.

"Bagitahulah dia, ajari dia"
Suara aku tak didengari.
Dia tak nak dengar.

Hidup ni kena pandai.
Pandai2lah nak hidup.

[Sumber]

Maksud aku bukan jadi leader macam ni ye.
Ketua yang menindas rakan sekerja
demi kepentingan diri.

Pengajaran dari Surah Takathur


Nah, saya mahu mengajak anda menyelami pengajaran surah Takathur.
Video ini dalam bahasa inggeris
Tetapi jangan risau,
ilustrasi menarik mampu menarik kefahaman anda.

Bagi sesiapa yang tak dapat nak tonton video ini kerana kurang jalur lebar,
saya akan beri ringkasan video ini.
Ini sekadar ringkasan.
Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh tengok video tu ek.

Video ini berkisar tentang gangguan nikmat atas kita. Terutama nikmat yang menyenangkan kita seperti kemewahan harta, masa yang lapang, kesihatan tubuh badan dan bermacam nikmat yang boleh membuat kita merasa nyaman. Namun nikmat itu juga mampu menarik kita ke lembah tidak baik. Dengan nikmat kekayaan, ada orang menjadi kedekut. Dengan nikmat masa yang lapang membuatkan orang melakukan perkara yang sia-sia. Dengan nikmat kesihatan yang baik membuatkan orang menjadi bongkak. Harus diingatkan yang segala nikmat yang Allah beri itu akan dipersoal kelak di akhirat. Harta yang banyak itu Allah akan soal bagaimana perbelanjaan kita. Adakah banyak bersedekah atau belanja untuk memuaskan nafsu diri. Masa yang lapang itu bagaimana kita menggunakannya. Adakah melakukan benda yang bermanfaat atau berfoya foya untuk kepuasan diri. Malah kesihatan yang baik itu juga Allah akan tanya. Adakah kita guna tenaga yang kuat itu untuk kebaikan atau keburukan.Tak salah untuk mengecapi malah mengejar kenikmatan dunia namun haru diingatkan yang kita punya jawapan dalam setiap benda yang kita dapat. Sesungguhnya segala benda disekeliling kita malah tubuh badan kita itu kepunyaan Allah. Dialah pemilik yang mutlak. Dan segala benda disekeliling kita adalah ujian. Ujian untuk kita sama ada kita ni hamba yang benar2 beriman dan layak ke syurga.

Sampai disini sahaja ringkasan video tu.
Hurmm. Bukan ringkasan tu. Ada juga sesedap rasa.
Tapi itulah isi yang ada dalam video tu.
Jadikan ia sebagai peringatan.
Buat diri anda juga yang menulis ini.

[sumber]
Sambil2 tu boleh hafaz surah sekali. hehe

Nak lagi tengok video sebegini?
Nah link : Youtube
Facebook pun ada : Link
Blog pun ada jugak : Link
Selamat menonton. ^____^

P.s : Tadi ada cerita pasal menguna masa sebaiknya.
Assigment tak siap lagi tapi duk update blog. T_T

Monday, May 12, 2014

Kelas terakhir Investment Analysis


Nah nota untuk cari bilangan hari pakai financial kalkulator HPbII+
*Banyak pahala sis ni bila share info ni dan saya share lagi dalam blog.
Bak kata lecture buat amal jariah.

Tiba2 hari ni nak cerita pasal subjek Investment Analysis ni. Tak pernah aku menukil kisah atau pengalaman sepanjang satu semester terutama subjek tertentu. Mungkin aku rasa ada yang menarik, suka dan duka tentang subjek ni. Dari nama dia dah sedia maklum "Investment Analysis".... susah oOo subjek ni. Haha. Mana2 subjek pun susah cik kak oii. Tapi aku tak yakin atas diri aku. Selama aku ambil elektif finance dan bidang terbesar (baca : major courses) aku adalah ekonomi, aku macam tak layak nak jadi ahli ekonomi atau jadi pakar dalam bidang finance. Bagi sesiapa yang blur atau tak faham ape benda "finance" ni, korang bayangkan orang yang duduk analisis stok market, capital market macam jual beli fizikal asset dan money market macam forex. Entah betul ke apa yang aku define pasal finance ni. Ini hasil dari kefahaman aku duduk ambil subjek elektif finance ek. Berbalik dari kisah tadi, aku tak yakin dengan diri aku. Fakta entah ke mana. Aku rasa apa yang aku belajar dah masuk dalam tong sampah. Ke sebab aku belajar untuk exam. Untuk exam pun grade bukan gempak pun. Aku dah nak grad semester ni pun aku tak rasa aku mampu nak bersaing kat pasaran pekerjaan kat luar sana. I'm lacking.

Usah di kenang kekurangan diri tambah tinggal beberapa hari nak final exam, aku nak cerita suka duka dalam kelas Investment Analysis ni. Aku ingat lagi waktu pertama kali masuk kelas ni, aku dah kena sound dengan lecture ni. Yang aku pun satu hal. Yang pergi simpan kalkulator dalam beg tu apa pasal. Aku ada post kenangan yang best tu kat post ni. Sejak tu aku terus masam muka dengan lecture tu. Boleh tahan jugak ego aku. Haha. Susah nak mengaku salah sendiri padahal dah penat nasihat kat diri sendiri. Tapi hari ini aku boleh gelak dengan riangnya sebab lecture buat lawak. Biasalah. Mula expectation nampak lecture tu garang nak mampus. Lama2 lepas buat presentation day, dah nampak kesempoian dia. Dia dengan student selamba je. Tapi nampaklah dia dah aim aku. Hari pertama aku dah jatuhkan tanggapan pertama lecture tu terhadap aku. Nampak juga dia aim aku. Tiap kali suruh bawak handout dan surat khabar, mesti dia lalu kat meja aku. Huahaha. Dia nak tembak aku lagi sebab tak bawak. Kalau aku dah kena sekali, aku tak buat lagi. Takpelah, lecture tu terlebih caring sebenarnya. Kadang2 kantoi jugak tak bawak kalkulator tapi aku pura2 tanya kawan sebelah bila lecture tu lalu. Pandai cover nampak. 

Hari ni last kelas kitorg berselfie dengan lecture tu. Lecture tu layan je. Kawan siap promote monopod lagi. Lecture tu dah macam bapak2. Cara dia mengajar pun dah macam bapak2 ajar anak2. Mana2 lecture pun sama. Diorang dah anggap anak murid dia macam anak dia. Biasalah kadang2 dia berleter sikit dan marah tak bersebab. Selagi mana kita berada di jalan yang betul, jangan takut. Perjelaskan mana yang betul. Terpulanglah dia nak terima atau tidak. Itu yang aku belajar dari pelajaran tak langsung dalam kelas tu. 

Sepatutnya aku kena siapkan assignment dari subject ni. Kena buat literature review, run DEA (Data envelopment Analysis) dan analysis result. Dah macam buat paper article sendiri. Tapi aku takde mood. Sebab tak faham dengan artikel ni....


Artikel dah cun tapi isi dia.... Ke aku je yang tak faham.... Dah banyak kali berhenti tengah jalan. Buat sikit main facebook lah, youtube lah... Dah 2 hari membazir masa. Lagi dasyat update post kat blog. Tolonglah beri daku kekuatan mengadap benda ni. Pleaaseee... Nak nangis dan dalam masa yang sama rasa nak campak laptop ni. Dalam imaginasi sahaja. Belum dalam bentuk realiti. Aku sayang lagi laptop ni. Sayang lagi.

P.s : Aku bila stress dan takde siapa nak berbual, aku akan update blog. 
Salah satu medium untuk hilangkan stress.... barangkali.

Friday, May 09, 2014

Flava - Diary Mobile

Saya mahu memperkenalkan kepada anda aplikasi menarik.
Saya pasti mereka yang suka menulis diary atau jurnal pasti menyukainya.
Tadaaa...

Flava™ - Note/Journal - screenshot

Flava™ - Note/Journal - screenshot

Nak tengok lagi? Klik Play Store - Flava

Saya pun punya satu.
Bila tiada masa nak update blog atau status di facebook,
saya akan update di Flava.
Kadang2 memang sengaja nak update kat Flava.

Flava ni macam diary. 
Boleh tulis apa sahaja yang anda suka.
Setiap detik dalam hidup. 

Contoh:
Makanan tengah hari sedap, 
tangkap gambar dan post kat.... 
Flava la. Bukan di Insta.

Tengah dengar ceramah best,
rakam dan terus post kat Flava.

Video pun sama.
Rakam moment yang best pastu post kat Flava.

Flava ni aplikasi lagi osem dari diari biasa.
Dengan Flava boleh letak gambar, lagu dan video lagi tu.

Cuma setiap post tu untuk tatapan sendirilah.
Tapi jangan risau jika anda masih nak share diary anda,
anda masih boleh share.

Flava ni ada ciri2 keselamatan
Boleh letak password kalau risau ada orang baca.
Boleh siap simpan backup kat cloud storage.

Teringat pesan cikgu,
dalam poket harus ada buku catatan.
Bila ada kata2, nasihat atau pengajaran yang kita baru dapat dan pelajari,
benda itu perlu dicatat,
bila suatu hari nanti bila dibelek kembali
ia menjadi revisi dan nasihat buat diri sendiri.


P.s : Aku ni dah macam promoter barang dah.
Bagi sesiapa berminat sila check kat play store smartphone masing2 ek.
Search je Flava dan install. Khas buat menguna platform android.
Untuk platform window dan apple tu cuba2lah search Flava dalam store yang disediakan ek.
Selamat mencuba.

Semangat berpasukan


Semangat berpasukan banyak sekali diterap dalam cerita Naruto ini.
Apabila setiap ahli kumpulan berganding bahu, ketua meletakkan seseorang itu di posisi yang dia berkebolehan dan ahlinya begitu percaya dan patuh akan ketua punya strategi.
Satu satunya cerita anime yang menerapkan nilai kerjasama dalam kumpulan.

Di bandingkan cerita ini dalam kehidupan kita seharian, pasti banyak element kerjasama yang wujud. Kerjasama dalam keluarga. Malah ketika masih belajar terutama dalam menyiapkan tugasan yang ditugaskan oleh lecture. Kadangkala kita diuji dengan berlainan fikiran ahli kumpulan yang kadangkala menyulitkan proses menyiapkan tugasan. Yang lebih parah bila ada yang curi tulang. Hanya ahli yang komited sahaja yang berusaha menyiapkan tugasa demi mendapat markah dan menjaga reputasi. Ada pula ahli yang salah faham dalam tugasan hingga menyebabkan tindakan dia memeningkan kepala ahli2 lain.

Berlainan fikiran dan kemahiran itu penting dalam berkumpulan kerana perbezaan itu dapat membuahkan hasil kerja yang lebih bermutu. Namun masih bergantung kepada siapa si ketuanya. Jika ketuanya jenis meraikan perbezaan pendapat maka hasilnya pasti berlainan. Jika ketuanya jenis mahu ikut cita rasa dia maka hasilnya biasa2 aja. Adakala sesetengah lecture mahu satu kumpulan bercampur jantina antara lelaki dan perempuan yang lazimnya lelaki dan perempuan sangat berbeza dari buah fikiran dan gerak kerja.

Bagi yang curi tulang itu, sudah2lah mencuri tulang. Tindakan itu tidak membawa kebaikan kepada si perlaku. Ya, sekarang memang senang dan tindakan mencuri tulang ini boleh membawa kesan positif dan negatif buat ahli kumpulan. Kesan positif pada ahli kumpulan itu sendiri dimana mereka akan lebih banyak belajar dan tahu banyak benda. Ujian ini akan buat mereka lebih matang dan membuat mereka lebih berpengalaman. Kesan negatif mungkin berlaku pergaduhan, bermasam muka dan mungkin bila kes curi tulang ini dihidu oleh lecture maka padahlah si pencuri tulang itu.

Jadi kesimpulannya, belajarlah untuk bekerja berkumpulan. Ia membawa kesan positif pada jangka masa panjang. Pada mulanya memang pahit ditelan. Lama2 sudah biasa. 

P.s : Kenapa tiba2 nak cerita pasal kerja berkumpulan? Mungkin sebab dorongan dari komik Naruto tu. Mungkin juga sebab tengah frust sebab dah menyusahkan ahli kumpulan sebab kesalahfahaman. Mungkin juga sebab isi borang Malaysian Soft Skills Scale My3s Online Survey. Survey dia banyak menekankan tentang kerja berkumpulan. haha.

Jarang aku bercerita tentang anime bila cerita dari anime itu banyak memberi kesan kepada aku terutama part teamwork dan friendship. Thanks author.