Wednesday, November 30, 2011

Mukayyam Khariji 2011 : Pemuda Khafi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca. Dah lama saya tak upadate blog ni, rindu pula dengan blog ni. Berbalik dengan tajuk kali ini, agak2 korang dapat agak tak maksud Mukayyam Khariji? Nak tahu apa itu Mukayyam Khariji, silalah baca entry ini sampai habis. Hohoho...


Pada sabtu yang lepas, saya ada ikuti satu program. Program 3 hari 2 malam. Sehari menginap di Surau Ansar dan 2 hari di Nur Laman Bestari. Serius, saya memang malas sangat nak pergi. Kesian dengan kak usrah saya. Kejap saya kata nak pergi, kejap saya kata taknak pergi. Akhirnya pergi juga.
Hari pertama : Surau Ansar.
Program ini bermula di Surau Ansar. Nak ke sana memang mencabar. Saya dan rakan2 yang lain kena menaiki train untuk ke Surau Ansar. Masa ini memang tak sangka nak ke surau tu kena naik train. Dari uia, naik teksi pastu naik train berhenti kat Damai. Naik teksi pun sebab bas rapid datang lambat dan bila bas datang pun dalam bas tu dah penuh macam sardin. Tetapi ada ibrah (pengajaran) disini. Bagi saya ini suatu pengalaman yang manis. Dengan perut yang lapar tambah pula dengan membawa sedikit barang2 ke kem, memang menguji kesabaran. Lagipun siapa pernah rasa pergi kem naik train?. Kamu ada?

Bila sudah berada kat surau ni, slot untuk program ini pun bermula. Berpandukan tema Pemuda Khafi, kami telah didedahkan tentang Jahiliyyah Moden yang sedang berlaku dalam masyarakat kini. Bukan sahaja di Malaysia, seluruh dunia pun mengalami hal yang sama. Kemudian kami didedahkan tentang Kepentingan Tarbiyah. Proses pentarbiyahan ini adalah satu proses pembelajaran sebanjang hayat. Nak melalui process ini, kenalah masuk bulatan gembira (usrah). Cebisan tentang tarbiyah [Link].

Hari kedua : Nur Laman Bestari
Hari kedua hari yang penuh dengan aktiviti. Kami ke tapak kem dari Surau Ansar dengan menaiki bas. Kami bersarapan bersama-sama diatas bas. Sampai sahaja ke kem, dah dapat rasa aura nak berkemping. Tengok ada sungai, kolam, chalet terapung atas air, tambahan pula ada pokok2 menghijau di bukit2 membuatkan diri lebih bersemangat nak ikuti program ini.

Kemudian, kami didedahkan dengan slot seterusnya yaitu Pembinaan Pemuda. Dalam slot ini, kitorang didedahkan dengan potensi diri yang ada dalam setiap pemuda. Selain itu tarbiyah juga mampu membina potensi diri. Siapa sangka orang yang selalu menyertai bulatan gembira bukan sahaja dapat mengisi keperluan rohani malah dapat mencungkil potensi diri. Yang paling penting mengunakan kelebihan yang ada untuk manfaat Islam. Contoh saya ada blog, jadi saya akan gunakan blog ini sebagai tempat saya menerapkan nilai-nilai Islam dalam penulisan saya. Hurm, masih mencari idea untuk membuatkan ia nampak menarik, tak bosan dan terkesan dihati pembaca. InsyaAllah.

Slot seterusnya berkisar tentang Intellektual Pemuda Islam. Apa yang saya dapat dalam modul ini, saya dapat memahami kepentingan ilmu terutama dalam majlis ilmu. Seorang yang intellektual bukan sahaja diukur dengan penampilan yang kemas, mempunyai IQ yang tinggi, berkerjaya tetapi ia juga perlu diukur dari segi akhlaknya juga.

Adakah mereka adalah Pemuda Intellek?
Kemudian kami didedahkan dengan salah seorang sahabat nabi iaitu Abdullah Ibnu Mas'ud dalam slot Teladan Pemuda. Abdullah Ibnu Mas'ud ini adalah salah seorang sahabat nabi yang paling rapat. Dimana sahaja Rasulullah berada, dia mesti ada disisi Rasulullah sehinggakan Abdullah Ibnu Mas'ud dianggap sebagai ahli keluarga Rasulullah sendiri. 

Sebelum Islam, Abdullah Ibnu Mas'ud seorang pemuda yang jujur dan amanah. Pernah satu ketika, Abu Bakar As-Sidiq bersama Rasulullah menguji pemuda ini. Pada ketika itu, Abdullah ditugaskan untuk menjaga kambing2 tuannya. Abu Bakar menemui Abdullah untuk membeli kambing yang dijaga oleh Abdullah. Tetapi Abdullah membalas dengan menyatakan kambing2 ini bukan milik dia dan dia cuma diamanahkan untuk menjaganya. Abu Bakar menawarkan lagi dengan meletakkan harga yang tinggi untuk membeli kambing2 tersebut, tetapi Abdullah tetap menolak pelawaan itu dengan alasan yang sama. Rasulullah tersenyum melihat kejujuran Abdullah dan beliau menghampiri salah satu kambing yang belum cukup usia matang. Rasulullah membacakan sesuatu sambil menyapu-yapu badan kambing tersebut dan tiba2 kambing itu gemuk dan mengeluarkan susu yang banyak. Abdullah terkejut melihat kejadian itu kemudian meminta diajarkan ayat yang Rasulullah baca sebentar tadi. Begitu menarik sekali peribadi Abdullah Ibnu Mas'ud. Biografi penuh tentang Abdullah Ibnu Mas'ud [Link].

Lepas habis je slot tentang Teladan Pemuda, kami akan ke hutan untuk junggle treaking. Ada benda menarik berlaku masa junggle treaking. Nak tahu, tunggu sambungannya.... (Be continued)

Friday, November 25, 2011

Action speak louder than word


Don't say too much.
Just smile - People know you happy.
 
Follow the prophet Muhammad S.A.W action.
Make him as a role model.
He is the best man ever in this world.

Monday, November 21, 2011

Jom test otak anda

Hahahahahaha... Ha... Ha... Ha... Penat gelak sampai sakit belakang.
Ok... Serius... >_<
Tadi saya ada terbaca entry dari blog ni [Link]
Dia cerita pasal otak. Otak kiri dan otak kanan mana yang dominan.
Dia suggest untuk buat test. Jadi, saya yang dah penat mengadap assignment ni cuba juga buat test.

Result :

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 10(10)
Right Brain Dominance: 10(10)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Kesimpulannya:
Buatlah assignment banyak2. Nescaya assignment tu mampu mengaktifkan kedua-dua belah otak.
(macam pelik je ayat).

P/s : Kepala dah panas buat assignment. @_@
Nak buat test jugak? tekan sini

Teka Teki # 2 : Amicable Number

Once upon a time there was a sultan who considered himself a great problem solver. The guards told him that one of his prisoners was a mathematician. The very next day he visited the captive and offered him the following challenge: "Either you remain in prison for the rest of your life or you give me a problem to solve and I will let you go free until I find the answer, but as soon as I discover the solution, off comes your head." The clever captive did not hesitate in accepting the deal. He gave the sultan the following problem: "The sum of all the natural divisors of 220, except for the number itself, equals
 
1 + 2 + 4 + 5 + 10 + 11 + 20 + 22 + 44 + 55 + 110 = 284
and the sum of all the natural divisors of 284, except for the number itself is equal to
 
1 + 2 + 4 +71 + 142 = 220.
Find another pair of such numbers."

P/s : Siapa yang sudi nak menyelesaikan teka teki sultan ni? Nak tengok siapa yang berani...

Saturday, November 19, 2011

Don't be double standard


If you want other person respect and understand you,
Treat other people well.
Respect them and understand their behavior.
Don't feel angry if other person don't respect you,
not understand you,
because you never want to respect other people,
never want to understand other people.
Don't be double standard.

P/s : 'You' is refer to me. Sorry for my complain about friends behavior on my last entry. 
I not the perfect friend either. Doing same mistake.

Ayat Qursi bersama terjemahan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca. Hari ini rasa tergerak pula nak tahu maksud ayat Qursi. Selama kita baca ayat ini, adakah kita fahami dan dalami maksud ayat ini? Begitu dalam sekali maksud ayat ini.

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
P/s : Marilah kita baca ayat kursi sambil memahami maksud ayat tersebut.

How to recover the search provider

Korang pernah tak terkena yang search provider korang yang sebelum ni bertukar ke search provider lain. Contohnya sebelum ni korang biasa search pakai Google, tapi tetiba satu hari tu dia bertukar Baidu. Biasanya search provider ni bertukar bila korang baru install software baru dari internet. Alang2 korang install product dia, dia bagi sekali search provider. Kadang2 tu kalau korang tak baca betul2 masa nak install, dia akan tolong installkan anti virus ataupun paling common toolbar. Kat installer tu biasanya dia bagi tahu benda dia nak install dalam komputer dan kita boleh pilih untuk tidak install benda2 tambahan tu.

Bahaya ke kalau search provider bertukar dengan sendirinya?
Nak kata bahaya tu saya tak tahu. Cuma agak melecehkan dan menyusahkan. Cuba bayangkan selama ini korang search pakai Google lepas tu tetiba pula dia bertukar ke search provider yang kita tak biasa guna. Yang Baidu tadi tu search provider yang 100% dalam bahasa cina [Link]. Bila nak tukar balik kepada Google, dia tak bagi. Secara automatik dia buat default. Kalau korang rajin nak tekan home setiap kali nak search, tak jadi masalah. Tetapi bagi mereka yang terus type keyword kat bar, menjadi satu beban. 

Macam mana nak betulkan?
Untuk Mozilla Firefox


Klik kat Firefox, cari Help dan klik kat Restart with Add-ons Disabled...
Kemudian akan keluar dialog box dan tekan Restart

Untuk Internet Explorer



1- Pergi dekat Tools
2- Tekan Manage Add One
3- Pastu akan keluar dialog box. Kemudian, tekan Search Providers.
4- Pilih search provider yang mahu dijadikan Default. Kat gambar tu Bing dijadikan default.
5- Kemudian Remove search provider yang tak berkenaan.

Semoga berjaya dan harap tutorial ini membantu. ^^

Friday, November 18, 2011

New campus for CFS IIUM for next intake


Lihatlah keratan akhbar diatas ni. Mahallah Maryam ditutup untuk menempatkan student Economics CFS IIUM. Nampaknya budak new intake lepas ni sangat beruntung terutama budak yang amik ECON (Economics and science management) course. Lepas dapat tawaran asasi terus masuk main campus (Gombak). Bertuahnya kamu2 semua. Nampaknya 6 tahun korang duduk kat Gombak. 2 tahun asasi, 4 tahun undergraduate. Belum tambah tahun nak ambil master atau extend semester. Takpe. UIA tempat yang paling best. Takpayah nak berangan pergi belajar oversea. Campus CFS IIUM Nilai dah nak tutup. Budak asasi LAW, BAR, HS dan BEN akan ke campus CFS IIUM Petaling Jaya.

P/s : Aku tahu, budak new intake dah tahu benda ni masa Taaruf Week. Aku saje je taknak kasi tahu awal2. Nak tunggu bukti keratan akhbar. Hehehe... Bukti dah depan mata. Tak sangsi dah. Thanks bro yang sudi tangkap gambar ni.

Thursday, November 17, 2011

Kawan sejati? Ade ke?

Kawan sejati...
Apakah itu? Wujud ke kawan sejati ni kat dunia ni?


Bagi saya sudah hampir 20 tahun berkenalan dengan orang, saya masih tak jumpa pun kawan sejati ni. Mungkin pandangan atau tanggapan saya terhadap seorang kawan sejati terlalu tinggi. Tapi apa yang saya berani katakan, orang ni banyak sangat perangai dan sukar difahami. Kalau kita ikut sangat perangai orang ni kita juga jadi pening. Susah nak jumpa kawan yang bila kita susah dia sedia membantu. Ramai juga kawan yang bila kita senang, dia pun ada.

Cuma dalam beberapa situasi ini yang saya agak terkilan dengan sikap kawan. Waktu dalam kelas, ketika buat assignment, kita bersama. Tetapi bila kita bercuti, sudah berada dalam rumah sendiri, kita lupakan kawan. Even kawan message tanya homework memang jenuh menuggu balasan. Seperti bapak saya cakap, mereka ada komitmen masing2, ada kehidupan masing2, ada keluarga sendiri. Jangan diharapkan sangat dengan kawan bila time cuti panjang. Tapi malangnya saya masih tak boleh terima kenyataan ini. Mungkin terlalu rapat dengan kawan sampai time cuti pun masih nak contact lagi. Bukan seorang dua tapi ramai.

Situasi kedua bila kawan yang kita dah kenal lama tetiba layan kita macam orang asing. Bila tanya khabar macam nak tak nak je jawab. Bila berjanji nak buat itu buat ini last2 tak jadi. Sampai aku pun terikut buat perangai tak senonoh tu. Perangai janji dengan orang tetapi tak tunaikan. Bila orang buat kat kita marah tetapi bila kita buat kat orang takpe pula. Last2 saya diamkan diri je. Buat macam saya ni tak wujud dalam diri dia. Dan nampaknya dia memang nak macam tu pun.

Saya rasa macam dah serik pula nak rapat dengan orang. Kawan biasa2 sudah. Tak payah nak rapat sangat. Bila dah rapat sangat mulalah sakit hati. Salah sikit dah terasa. Lepas ni saya kembali jadi seorang yang pendiam dan jadi pemerhati jelah. Dengar je. Saya memang suka mendengar dan malas nak keluarkan pendapat sendiri sebab tiada siapa yang nak dengar. Sebab tu saya suka dengan blog. Saya boleh luahkan apa sahaja. Biar saya seorang sahaja yang bersuara. Pendapat saya dapat diutarakan disini tidak kira logic atau tak logic. Saya juga suka blog sebab benda2 yang saya nak share boleh share kat sini. Macam lawak2 yang best, ilmu, berita, saya boleh share disini. Kalau nak cerita dekat orang memang susah nak suruh diorang dengar. Last2 dia tukar topik lain. Hurm...

P/s : Jadi kawan biasa sudeh. Penatlah nak cari kawan sejati. Baik aku kawan dengan buku. Macam mak aku cakap. Terima kasih mak atas nasihat mak. Lepas ni kawan dengan buku jelah. Lagipun dah nak final examkan.

Wednesday, November 16, 2011

Buku... Dimanakah kamu?

Buku... Kenapa begitu susah sekali nak cari buku...
Kerana assignment, aku terpaksa mencari buku.
Nak harapkan maklumat dalam internet memang tak boleh pakai.
Maklumat yang sama tapi terdapat unsur tokok tambah yang entah mana info owner website tu dapat. Yang lagi best ejaan nama lain2. Contoh nama penuh Al-Khawarizmi, ada yang kata nama dia Abu Abdallah Muhammad Ibn Musa Khawarizmi, ada pula yang kata nama dia Abu Ja'far Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Yang lagi best cara diorang eja nama kitab al-Khawarizmi. Ada yang eja nama kitab dia Hisab Al-Jabr wal Mugabalah ada yang pula yang eja Hisab Al-Jabr wal Muqabala. Typo error ke atau tak reti eja. Aku tak jumpa nama kitab ni dalam versi tulisan arab. Beginilah jadinya kalau tulisan arab tu dirumikan sampai tak tahu mana satu yang betul. Itu baru bab cerita pasal Al-Khawarizmi. Tokoh2 lain tak tahulah jadi lagu mana. Sampai dah pening tak tahu nak pilih yang mana. Nak kena tulis semua ke?

Yang tentang buku, aku tertarik dengan buku "Al-Khawarizmi : The inventor of Algebra"


Isi buku ni best giler. Dah lebih tahap giler dah. Aku review kat Google Books. Tapi percaya tak buku ni takda kat Malaysia. Buku yang sebagus macam ni pun takda kat Malaysia. Kat Singapore ada, kat Yishun Public library dan Choa Chu Kang Public Library. Kenapa harus di Singapore dan mengapa tidak di Malaysia. Aku masih terima kalau kat Library IIUM takda buku ni tapi aku tak dapat nak terima kalau buku ni takda kat Perpustakaan Negara. Apa yang aku sedang fikirkan? Aku fikir agak2 apa je yang ada kat Perpustakaan Negara. Seperti kata lecture saya, In islamic economy, the scarcity not exist as whole but relatively exist. Scarcity exist because of lack of knowledge, not enough time to discover and lack of effort. Seperti dalam kes ni, pihak Perputakaan Negara tak tahu agaknya tentang kewujudan buku ni. Hurm...

P/s : Nampaknya aku lebih memilih untuk update blog dari update assignment. Petang ni pergi date dengan library.

Dialog sengal : Demi CINTA dan KAWAN

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung.
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga . 
Kenapa?

Kerana CINTA itu buta .

Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga . 
Kenapa?

Kerana KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !

Di dalam telaga CINTA hilang . 
Kenapa?

Kerana CINTA itu halus , mudah hilang kalau tak dijaga ,
sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap .

Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu . 
Kenapa?

Kerana KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia kan

so , hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI .

Walau kita punya couple , KAWAN still paling SETIA.
Walau kita punya harta banyak , KAWAN still paling BERHARGA....

Tuesday, November 15, 2011

152,000 anak luar nikah direkodkan pada 2008-2010

Assalamualaikum buat pembaca sekalian. Hari ini siapa yang dah baca surat khabar?
Sementara menunggu kawan aku habis kelas, tergerak pula nak baca paper online. Memang dah depan mata, tajuk berita ini "152,000 anak luar nikah direkodkan pada 2008-2010" suatu angka yang agak mengerunkan juga.

Berita Harian [Link]
KUALA LUMPUR: Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.

Timbalan Menterinya, Heng Seai Kie, berkata daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570). Beliau berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan "reproductive" dan sosial. "Program itu membabitkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana tindakan mereka," katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Jidin ingin tahu jumlah anak luar nikah yang direkodkan sejak 2008, punca masalah dan inisiatif kementerian untuk membendung gejala itu.

Heng berkata, enam pusat remaja ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun bagi memberi maklumat berkaitan isu psiko-sosial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup.

"Program 'outreach' yang dilakukan di sekolah dan komuniti setempat itu berjaya mendekati 257,147 remaja melalui 4,698 program dari November 2005 hingga September 2011," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula memberitahu dewan bahawa 24,813 orang dimasukkan ke hospital kerajaan kerana masalah berkaitan mental tahun lalu.

"Setakat ini kita ada empat institusi mental di seluruh negara, 42 hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan rawatan mental dan 124 pakar dalam bidang itu," katanya kepada soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Pengkalan Chepa).

Rosnah berkata, usaha sedang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran awam serta kepekaan masyarakat untuk mengenal pasti tanda-tanda awal dan mereka yang berpotensi mendapat rawatan awal. - BERNAMA

P/s : Kita sebeagai rakyat Malaysia yang perihatin takkan nak biarkan kerajaan seorang je handle masalah ni. Kita sebagai kakak, abang, ayah, mak, masyarakat yang hidup bersama di negara tercinta ini takkan nak lihat sahaja. Apa yang patut kita buat?

Apam Balik


Bila informasi di hujung jari

Saturday, November 12, 2011

Question By A student


Are you dare to ask this question to you beloved teacher?

P/s : Just for fun only... ^^

Ni rusuk lembu ke atau ekor lembu?

Pada suatu hari yang hening...

Emak : Bella, nanti kamu kerjakan tulang2 lembu tu ye. Lepas basuh semua tulang2 tu masukkan dalam preasure cooker tau. Pastu terus masukkan sup bunjut dengan rempah sup tulang. Mak nak pergi kerja dah ni. Jangan Lupa tau.

Bella : (tengah gosok2 mata). Baik mak.

Dalam peti ais tu ada rusuk lembu, sebahagian tulang belakang lembu dan satu batang tulang yang dipercayai ekor lembu. Jadi sudah menjadi tugas aku hari ini untuk mengerjakan tulang2 tu sebelum mak balik kerja. Kiranya bila mak dah sampai rumah, tulang2 lembu tu pun dah berada dalam preasure cooker. Nak senangkan kerja mak. Hehe...

Bella : Dah pukul 3 petang. Nak kena siapkan tulang2 tu.
Semua dah keluarkan. Rusuk lembu, ekor lembu dan dua ketul sendi tulang belakang lembu. Masa untuk buang lemak lembu. Yang putih2 tu dibuang. Mak kata putih ni lemak.


Ish... Benda panjang ni ekor lembu ke? Wah.. First time tengok. Kat hujung sekali tajam sikit. Dah tahu dah.
Kerasnye bende ni. Tulang ke kayu ni? Mak suruh potong kecil2. Hurm... Teruskan memotong.
Tulang yang dipercayai ekor lembu.
Wah... Kerasnye... Tak sangka ekor lembu ni keras jugak ek. Macam nak patah je aku tengok pisau ni. Kuat juga tulang ni. Agak2 jiran2 ingat aku buat ape ek. Kuat giler bunyi potong tulang ni. Aku tengok makcik aku rilex je potong tulang kat kampung hari tu. Sekali libas je. Hurm...
Dipendekkan cerita, tulang2 tu dibersihkan dan kemudian dimasak
Di meja makan...

Bapak : Mananye ekor lembu?
Emak  : Tanya anak kamu tu. Dia yang potong tadi.
Bella   : Jap... Nak cari dalam periuk...
            Ha... Ni bukan ekor lembu ke?
Bapak : Ni bukan ekor lembu. Ekor lembu tulang dia tak sekeras macam ni.
            Dia punya tulang ada sendi2.
            Ni semata-mata tulang. Tulang rusuk ni.
Bella   : La... Yeke... Padanlah keras semacam masa potong tadi.
Emak  : Lain kali masa orang tengah masak tu tengok. Nasib baik tak patah pisau aku.

The moral of story : Rajin2lah pergi dapur ek.

Ada journal pasal daging : [Link]

Friday, November 11, 2011

Sistem Ujrah PTPTN

Tengah2 search tentang PTPTN untuk assignment, terjumpa artikel best dari Berita Semasa.

Memang dia detailkan cara pengiraan upah perkhidmatan. Seperti yang sedia maklum sebelum ni upah yang dikenakan 3% dan sekarang dah bertukar kepada 1%. Yang 1% ni dipanggil Sistem Ujrah. Sistem Ujrah ni upah setahun pada kadar sama rata. 
Formula nak kira upah berdasarkan Sistem Ujrah :
Upah = Jumlah pembiayaan diluluskan x kadar upah x tempoh bayaran balik
Berbeza dengan kiraan upah perkhidmatan sebelum ini. Yang 3% tu.
Formula nak kira upah perkhidmatan sebanyak 3% (sistem lama)
Jumlah baki pinjaman x 3% (setiap tahun)
Tinggi juga upah mengunakan sistem lama daripada Sistem Ujrah. Tengok formula pun dah tahu. Nasib baik juga dah bertukar sistem. Nak baca artikel penuh, silalah klik [disini]... Banyak benda korang dapat bila baca artikel tu. Lagi best bila baca comment kat artikel tu. Hehe...

Hari tu keluar kat berita yang PTPTN hanya akan beri pinjaman untuk bayar wang pengajian sahaja mulai tahun 2013. Duit poket? Hurm... Kerajaan dah merajuk ek sebab ramai tak bayar pinjaman... [Link]

P/s : Tak jadi nak buat disadvantage pinjam PTPTN sebab interest tinggi. Sekarang dah bertukar sistem baru.
Harap2 dipermudahkan untuk bayar hutang belajar ni lepas graduate.

Erk... Jangan contohi perangai ni...
Buruk beno perangai...
(Pesanan untuk diri sendiri juga... T_T)

Tak perlu nak dengki dengan orang lain.

Apabila engkau melihat seseorang menunjukkan kelebihannya, jangan sesekali engkau berkata "alah, nak menunjuk lah tu" @ seumpamanya.. Sebenarnya apabila engkau berkata begitu' engkau telah menunjukkan bahawa engkau DENGKI, BUSUK HATI.. Adakah engkau tahu yang dia itu menunjuk sebab apa? Adakah engkau tahu HATI mereka? Ingat bersangka buruk itu bukan sifat muslim.. Sebaliknya ucapkanlah SUBHANALLAH kerana itu semua kekuasaanNya.. (Petikan status rakan fb)

Astaghfirullah al-azim...
Apa yang sedang aku fikirkan. Kenapa aku harus merasa iri dengan kelebihan orang lain. Dia darah dagingku juga. Kenapa boleh timbul perasaan ini. Lantak dia nak buat apa pun. Asalkan dia bahagia. Tak ganggu hidup aku pun. Sudah2lah pikir pasal dia. Sudahlah. Dia dapat rezeki lebih dari tuhan. Kini giliran aku pula untuk ubah nasib keluarga aku. InsyaAllah.

P/s : Tak mahu dengki2 dengan orang. Tak mahu...

Thursday, November 10, 2011

Internet punya pasal


P/s : Haha... No comment

Wednesday, November 09, 2011

New Album from matluthfi


Jom layan video ni. 
Adik aku tengah hantu tengok video matluthfi ni. Satu malam kitorang tengok vblog mamat ni. Serius best. Ni video yang aku rasa agak sengal juga. Sengal2 pun masih ada maksud tersirat. Sesuai untuk mereka yang tengah stress. Gerenti korang akan gelak terguling-guling. Buat peminat lagu korea jangan marah ek. 

P/s : Stress... Macam mana nak siap assignment bila kertas assignment pun hilang. Memang masak + hangus aku nanti...

Kembara Ukhwah... Part 2

Lepas habis jogging, kitorang teruskan program dengan pengisian rohani pula. Ada kakak bagi usrah untuk program riadah kali ini. Memang best. Terkesan juga kata2 dia. Yang paling terkesan bab perubahan lepas sertai program tarbiah. Memang diakui yang saya ni lambat sikit nak follow buat benda yang sunat2 macam solat dhuha, solat tahajud, puasa2 sunat dan solat sunat rawatib. Sejak akhir2 ni kakak usrah selalu tanya tentang2 ibadat sunat ni. Bila ditanya memang timbul rasa segan sebab saya tak buat. Takat baca dan dalami maksud ayat quran tu adalah. Bila kakak ni bercerita tentang kesan lepas sertai usrah, saya rasa macam apa perubahan saya. Selama ini saya hanya ingin tahu dan hanya menambah pengetahuan sahaja. Untuk mengamalkan apa yang saya tahu tu masih tak terlaksana lagi. Bila difikirkan balik rasa rugi kalau saya hanya datang usrah setakat nak tahu tapi taknak buat. 
Macam ustaz UNGS cakap,” Dia tahu tapi taknak amalkan apa yang dia tahu, dia umpama syaitan”. Syaitan tahu siapa itu Allah tapi dia tak mahu ikut perintah Allah. Malah menyesatkan lagi manusia. 
Nampaknya, saya kena perlahan2 mula buat ibadah sunat tu. Sampai bila saya nak tangguh2. Hal dunia sudah cukup, bagaimana pula hal akhirat. Bila2 pun kita akan mati. 
 
Lepas program pengisian rohani, kitorang main games outdoor. Antaranya main baling2 selipar, isi air dalam botol pakai straw, cari gula-gula dalam tepung dan beregu. Main2 baling selipar tu yang seorang tu baling selipar kat longgokan selipar yang didirikan pastu bila selipar tu jatuh, ahli kumpulan tu kena berdirikan balik seliparnya. Sambil2 diorang tengah dirikan selipar tu, ada kumpulan lain baling selipar kat orang yang tengah dirikan selipar tu. Yang kena baling tu dikira mati. Aku tak tahu nama game ni dan sesuka hati panggil main baling2 selipar. First time main kot. 
Bak kata kawan saya, budak2 bandar mana main benda2 macam ni... T_T
Yang isi air dalam botol tu memang best. Seorang isi air dan seorang lagi pegang botol dan botol tu kena letak atas kepala dia. Memang mandi kat situlah nampaknya. Cari gula-gula dalam tepung pun best jugak. Semua orang muka dia penuh dengan tepung. Terutama muka saya. Waaa... Diorang nak tangkap gambar saya. Tapi nasib baik sempat melarikan diri. Hohoho... Beregu pula soalan dia banyak tentang artis2. Contoh soalan macam “Maher Zain berjalan-jalan ke Jalan Tar membeli lansir”. Yang lagi best “Siti Nurhaliza makan nasi lemak sambal sotong”. Agak2nya gaya apa nak dibuat supaya orang lain faham.

Lepas penat2 main games kitorang lunch bersama-sama. Memang seronok makan ramai-ramai. Dia bagi bookmark sekali sebagai kenang-kenangan. Suka baca kata-kata kat bookmark tu. Pastu berkenalan dengan majalah Sinergi. Sebelum ni Cuma tahu majalah solusi dan GenQ. Ni ada majalah baru pula.


Hurm... Ni dia bookmark yang kita dapat. Gambar kurang jelas.  



P/s :Wah... Sangatlah best hari tu. ^___^

Sinergi


Majalah baru yang diperkenalkan waktu program Kembara Ukhwah. Memang best. Kebanyakkan penulis majalah ni student2 universiti dan ada juga ustaz. Ada komik, tafsir ayat Al-Quran, motivasi dan banyak lagi. Harga majalah ni RM3. Bila baca isi majalah ni nak kata sama macam Solusi pun ada tapi Solusi ada kelainan sedikit. Berdasarkan kata-kata kakak usrah saya, buku ni sudah ada dipasaran. Lihat ada barcode. Tapi saya tak nampak pula buku ni kat luar. Maybe baru lagi. Kat selected shop agaknye. 

P/s : Nak tengok website majalah ni, tapi tak boleh buka. Dalam proses menaiktaraf website. Hurm...

Tuesday, November 08, 2011

Kembara Ukhwah... Part 1

Hari ahad 2minggu lepas, aku dan kawan2 aku pergi satu program. Program ni buat kat Female Sport Complex, IIUM. Memang best sangat. Program ni start pukul 7.15pagi sampai 1.00 petang. Mula2 kitorang taaruf (ice breaking) dulu. Sebelum taaruf, ada games sikit. Kitorang main “mak2 tanya anak”. Tapi aku tak tahu tajuk sebenar game ni tapi cuma tahu cara nak main je. Mula2 buat bulatan dan seorang berdiri dalam bulatan tu. Seorang yang berdiri dalam bulatan tu jadi mak. Orang yang jadi mak tu kena tanya soalan. Soalan nak ditanya, ikutlah dia nak tanya apa. Tempat tinggal ke, bilangan adik beradik ke, ikut dia. Tapi mula2 dia kena ikut dialog ni, “mak2 nak tanya, Siapa yang….. (soalan yang ingin ditanya)”. Orang yang duduk kat bulatan tu jadi anak dan kena peka dengan soalan mak. Contoh mak tanya, siapa yang duduk Selangor, anak2 yang duduk Selangor kena masuk bulatan bersama mak dan bila mak kata ”mak2 nak masuk bulatan”, mak dan anak kena masuk bulatan. Orang paling last masuk jadi mak.  Memang bestlah game ni. Lepas main game, kitorang start bertaaruf. 

Lepas taaruf, kitorang berjogging keliling sungai kat Female Sport Complex. Memang cuci mata tengok keindahan pohon2 hijau. Aku dan kawan aku siap bermain-main lagi masa jogging. Jumpa lalang yang bunga dia macam ekor kucing. Bila tengok lalang tu teringat masa zaman sekolah rendah. Masa tu memang suka mengutip lalang tu buat main. Bila pegang bunga tu rasa macam pegang ekor kucing.

Macam ni rupa lalangnye. Cilok kat Google.

Masa tu juga timbul idea jahat. Terfikir idea best nak kejut kawan untuk bangun subuh. Caranya, ambil lalang tu, pastu lalu2kan lalang tu kat hidung kawan. Hahaha… Memang la terasa nak kena campak ke luar tingkap. Tengah2 jogging tu ternampak pula bangau tengah breakfast. Comel la bangau tu.


Hehe... Kecik pula gambar bangau ni...

Apa yang terjadi lepas berjogging? Nak tahu?
Tunggu sambungannya... ^^
 Part 2 disini

Sunday, November 06, 2011

Semut Hitam

Terjumpa semut hitam ni kat Musolla. Tengah aku duduk khusyuk2 dengar usrah tetiba aku terpegang sesuatu. Ingat serpihan kertas kecil. Jari aku pun duk tenyeh2 benda tu tanpa tengok aku pegang apa. Bila aku tengok jari aku tetiba timbul rasa seram pula. Aku pula sedap2 tenyeh semut hitam tu. Kesian semut tu. Nasib baik aku tak tenyeh kuat2 macam aku selalu buat kat kertas. Tapi serius. Semut tu baik. Dia tak gigit pun aku. Tapi lagak dia macam geram sangat dengan aku sebab aku asyik tenyeh dia. Dia nak juga pergi dekat dengan aku. Pastu aku halang laluan dia dengan gulungan kertas. Dia tak naik pun atas gulungan kertas tu. Rupanya dia cari jalan lain nak pergi kat aku. Aku jumpa dia pastu tahan lagi dengan gulungan kertas. Pastu dia muncul lagi. Aku buatkan terowong guna kertas kat dia. Dia naik atas kertas tu pastu terus masuk terowong. Dia baik sangat. Dia duduk diam je dalam terowong tu. Tak macam semut lain. Kalau semut lain dah main lari2 dalam terowong tu. 

Lepas habis je usrah, aku lepaskan dia kat dinding musolla. Aku panggil kawan aku dan bagi diorang tengok semut tu, dia terus cakap, “ Eiii… Kerengga!!”. Aku cakap, “Mana adalah… Kerengga badan dia warna oren la. Yang ni hitam. Lagipun semut ni baik tak macam kerengga. Kerengga dia nakal sikit. Nak gigit orang je tahu.”.

P/s : Kawan aku cakap aku jahat sebab siksa dia. Huhuhu…
Hilang konsentrasi aku dalam usrah sebab duk melayan semut hitam ni. Kepala semut ni besar pastu tanduk dia macam sepit ketam. Agak mengerikan juga rupa dia. Cuma semut ni baik je.

Saturday, November 05, 2011

Salam Eid Adha khas untuk semua pembaca

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca sekalian. Wah... Rindunya dengan blog ni. Dah berabuk dan tak terurus nampaknya. Baru berkesempatan nak update setelah meredah 3 paper mid semester exam minggu lepas. Walaupun tengah sibuk dengan assignment yang tersusun dekat tepi tu tambah pula dengan quiz dan satu lagi paper mid semester lepas cuti ni, saya tetap juga update blog. Nampak macam pengorbanan yang berbaloi? Baik... Lupakan dengan bebelan sebentar tadi, disini saya nak highlightkan beberapa perkara penting.

1- Mula2 saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat pembaca yang beragama Islam. Esok pakat2 solat raya kemudian laksanakan ibadah korban pula. 


2- Terima kasih buat Ayu sebab tolong buatkan header blog ni. Maaf sangat sebab terlambat tukar header. Sekarang dah bertukar. Lawakan...^^

Old Header
New Header


 Jumpa nanti dengan cerita terbaru dari saya... Wasalam...