Thursday, July 07, 2011

Belajar menjahit.

Seronok belajar jahit baju. Dah lama tak pegang mesin jahit.. Hohoho...
Last pegang mesin masa sekolah menengah dulu. Kan belajar ERT (Ekonomi Rumah Tangga), subjek Kemahiran Hidup. Cuti ni emak ajar jahit. Sudah tiba masanya saya belajar menjahit. Ala belajar takat boleh buat baju sendiri boleh la. Baru first time jahit baju sendiri. Biasa tengok mak jahit waktu sekolah dulu. Sejak duduk asrama dah lupa cara nak jahit. Mak suruh pandai jahit tepi dengan pandai cantum baju. Buat plan baju nanti2 dulu. Habis aku kerjakan mesin jahit. Hampir setahun juga mesin tu tak bergerak. Nak tahu mesin pun nak kena exercise tau. Kalau dah setahun tak guna jahitan lompat2, asyik2 jarum patah, benang sangkut. Banyak masalah masa nak jahit. Bila dah lama kasi mesin tu bergerak baru ok. Tadi dah siap cantum baju kat bahagian badan. Mak cakap aku banyak makan kain masa jahit tepi dengan masa nak cantumkan kain. Bila test nasib baik muat. Hohoho... Kalau tak muat membazir pula. Nak belajar jahit sampai pandai la... ^o^

Nak tahu sejarah dan jenis mesin jahit? Klik dibawah :
Sejarah mesin jahit

2 comments:

  1. bagus...menjahit tak rugi bagi kita...tapi kalau nak menjahit untuk lrbih yakin...masa buat ukuran, kita tanda dulu...kalau belajar kat sekolah menjahit, kena guna kertas karban, pengele untuk tanda, nanti kalau kita jahit, taklah makan kain...good luck

    ReplyDelete
  2. ooo.. Haah an...pasni nak belajar ngan akak la... hehehe

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe