Tuesday, January 29, 2013

Ambil ibrah dari benda tak bernyawa.

Kadang2 benda yang tak bernyawa pun nak ajar kita supaya kita harus selalu bergantung harap dengan Allah.


Aku ingat laptop kesayangan aku tu dah tak bernyawa lagi. Sebelum ni aku ada buat satu entry khas buat dia. [Link] Tadi aku tergerak nak on balik laptop sambil berdoa diberi kesempatan lagi untuk copy file2 yang masih tersisa dalam laptop tu dan membuat backup. Sebelum ni cuba juga on tapi laptop tu dah tak nak on. Bila dah dapat on tersembur keluar perkataan Alhamdulillah. Memang suka tak terhingga. Allah masih nak bagi peluang untuk aku menghabiskan kerja menyimpan backup. 

Bila perkara ini terjadi, aku teringat dalam tafsir surah yasin yang menceritakan tentang kekuasaan Allah yang berkuasa dalam menghidupkan dan mematikan. Anda boleh baca kupasan surah yasin dari DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI [Link]. Tiada yang mustahil kat dunia kalau Allah mahu ia terjadi. Kita hambaNya kena bersujud dan akui kebesaranNya.

P/s : Alhamdulillah... Semoga dipermudahkan urusan backup file.
Moga sempat sebelum laptop tu "tido" buat selamanya... huhu

Friday, January 25, 2013

Menjadi diriku-EdCoustic

Pernah dengar tak lagu ni?
Tak sangka lirik dia begitu bermotivasi...
(selama ni tahu dengar je... hoho)



Lirik :
Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya
*)

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

sumberliriknasyid.com

P/s : Jadilah diri sendiri.
Tak perlu nak ubah diri untuk orang lain.
Tapi nak ubah diri untuk jadi lebih baik itu takpe

Revolusi rumah

Rumah Zaman Dolu-Dolu....

Rumah felda... [sumber]

Rumah  minangkabau. [sumber]
Rumah tepi pantai. [sumber]

Rumah Zaman Cekarang...

Rumah  Flat. [sumber]

Rumah Teres. [sumber]
Berbezakan?
Rumah zaman dahulu diperbuat dari kayu.
Rumah zaman sekarang diperbuat dari batu.
Cepat jugak zaman berubah.

20 tahun akan datang, rumahnya masih rumah batu ke?
Kalau panjang umur boleh lihat perubahannya...

Teringat kat rancangan Tanyalah Ustazah tengah hari tadi.
Ustazah tu ada cerita keadaan rumah Rasulullah.
Tak terbayang yang rumah Rasulullah hanya beratap pelepah dan berlantaikan tanah. 
Dinding dari tanah dan dilapik dengan kain untuk mengelak terkena air hujan.

Gambaran rumah Rasulullah
[sumber]
Rasa sedih bila lihat tempat tinggal Rasulullah.
Nak dibandingkan dengan kita umatnya jauh lebih selesa tempat tinggalnya berbannding Rasulullah. Rasulullah bukan calang2 orang. Beliau utusan Allah. Beliau umpama Al-Quran bergerak. Beliau orang hebat dipilih untuk uji oleh Allah dengan pelbagai ujian yang berat.

Ttiba-tiba teringat kata2 pujangga...
Kita umpama musafir
Hanya berhenti sebentar sebelum menyambung kembali perjalanan.
Adakah perhentian ini membuat kita dibuai mimpi sehingga terlepas dari membuat persiapan untuk perjalanan seterusnya? atau adakah perhentian ini adalah ladang untuk kita menyemai benih untuk persiapan ke destinasi seterusnya? 

Ayuh Bell... 
Ayuh pembaca semua... 
Bangunlah dari tidur yang lena...

Wednesday, January 23, 2013

Generasi dahulu VS Generasi sekarang : Asset

Cutenye.... [Sumber]
Generasi dahulu kalau nak memiliki asset, mereka menyimpan dahulu. 
Hasil simpanan mereka itu mereka boleh buat beli rumah atau tanah. 
Hasil pinjaman mereka itulah dapat membolehkan mereka memiliki rumah atau kereta. 

Generasi sekarang kalau nak memiliki asset, mereka kena buat pinjaman dahulu. 
Mana perginya tanah dan rumah yang generasi dahulu simpan? Dah kena jual meh. 
Nak miliki tanah lagi? Kena tunggu duit beranak beratus ribu kat bank. 

Generasi belalang. Thomas L. Friedman 
 

Anda perasan tak situasi ini?
Takkan tak perasan kot.
Aku perasan hal ni sejak aku di bangku sekolah
Aku pelik kenapa bapak aku bersusah payah pinjam sana pinjam sini semata-mata nak miliki kereta.
Bila nak tambah asset lain kena pinjam. Hatta nak sekolahkan anak pun meminjam jugak. Bila dah pinjam, bil pun datang rumah. Tiap2 bulan kena bayar hutang. Bukan bayar hutang bersih. Bayar dengan bunga2 hutang sekali pulak tu. (macam mana rupa bunga hutang ek?). 

Adakah ini trend generasi sekarang?
Yelah kot.
Nak sambung belajar pun dah nak kena berhutang.
Itulah, dulu tak skor kaw2 masa SPM.
Keluarga pun susah. Mana mampu diorang nak sara aku masuk universiti.
Simpanan pun takda.
Bila dah grad, hutang pun keliling pinggang.
Agaknya ini realitinya...

Apa perlu aku generasi baru patut ubah realiti ini?
Sampai bila aku hidup dengan meminjam... hidup dengan bunga2 hutang. Kalau bunga tu sedap dilihat takpe jugak. Antara faktor utama yang terjadinya situasi ini adalah kurangnya simpanan untuk masa hadapan.
Menyimpan itu penting. Even dalam Solow model mengatakan untuk sesebuah negara mencapai taraf "develop countrykenalah memiliki "high saving" dan beberapa faktor lain. 
Simpanan itu penting. Amalkan formula 70/30.
70% dari pendapatan-perbelanjaanlebihan 30% :
10%-perbelanjaan kebajikan (eg: derma, belanja orang)
10%-bisnes
10%-simpan

Semuanya ditangan kita. Perbaiki kesilapan yang mereka buat.
Anda mampu mengubahnya.
Untuk kebaikan diri dan anak cucu cicit jugak.

P/s : Meniti hari sambil telan air liur...