Saturday, February 11, 2012

Terbaeklah hari ni...


Hari ini memang terbaik. Hari ini aku balik rumah dan hari ini jugak aku pergi Daurah Ansar. Buat pertama kali dalam hidup aku, aku buat keputusan macam ni. Sebelum ni bila aku dah menjejak kaki dirumah, takde maknanye aku nak keluar balik. Aku balik rumah pun sebab baucer aku tertinggal kat rumah. Haish... Masa nak balik uia hari tu tak teringat pula pasal baucer. Bila nak beli buku baru teringat baucer ada kat rumah. Nasib rumah aku dekat. Dekat2 pun masih kena tukar train kalau nak balik. Kalau tak ramai orang kat KL Central, aku akan sampai kat rumah dari Gombak dalam sejam setengah. Wah... Dah sampai rumah kena siap2kan kerja rumah. Mak kerja. Dia tak sempat nak bereskan rumah. Jap lagi nak bertolak balik ke uia. Cuma aku berhenti ke stesen Damai untuk ke Surau Ansar supaya aku dapat sertai Daurah Ansar. Aku ada pilihan untuk tidak pergi. Tapi aku rasa tak sedap kalau aku tak pergi. Entahlah kenapa. Kalau ikutkan tak payah susah2kan diri patah balik. Duduk rumah, makan ikan keli pastu esok balik sendiri naik train ke Gombak. Dah la aku mengidam lama nak makan ikan keli. Tapi bila difikirkan balik, tak berbaloi pula kalau aku tak pergi Daurah. Mungkin aktiviti pengisiannya yang menarik minat aku untuk hadiri Daurah kali ini. Semoga perjalanan aku ke sana berjalan dengan lancar.

P/s : Mengantuk...!!! ZZzzZZ

2 comments:

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe