Wednesday, February 01, 2012

Perkara yang boleh dibuat masa cuti.

Ada yang masih blurr nak manfaatkan masa cuti? Here are some ideas (^^,

# Peruntukkan masa lepas subuh : baca Quran / mathurat / hafas / tadabbur.

# Buat kerja2 rumah cepat2 sampai tak sempat mak ayah kite nak buat apa2. Semua kita yang setelkan. Barang dapur, offerlah diri pergi belikan. Jangan tunggu disuruh. Terbaek.!!
# Buat aktiviti yang jarang dibuat. Sisters : Offer2la masak menu2 yang baru kat rumah, baru terasa special sikit menu rumah bila anda ada kat umah. 

# Dhuha + zikir + dengar Ikim (Sambil2 buat kerja lain) banyak ilmu, banyak muhasabah, banyak pahala. daripada duduk dengar lagu jiwang, lagu rock, korean, hati tak tenang, pahala tak dapat, resah gelisah duduk pikir nak kawin, kerja pulak tak sudah2.

# Manfaatkan waktu online : tengok video Islamic bermanfaat, sebarkan pada kawan + famili. 

# Make list utk bacaan (news + buku). waktu cuti waktu otak free, senang nak serap ilmu. 

# Make list surah hafazan. 

# Make list perancangan semester depan. (study / society / skill / target). buat PLANNER! 

# Ziarah jiran / saudara mara. Penuhi undangan kalau takda keuzuran. Inilah masa kenal sedara dan orang kampung. Jangan duduk jadi batu belah batu bertangkup ja kat rumah. Boleh cerita2 isu2 semasa yang maybe orang tak aware. Kongsi pandangan. Kadang2 pandangan sesetengah orang yang kurang menyuarakan pandangan ini bagus taw. 

# Ziarah kawan2 lama (haa sume IPT duduk cuti belaka kan?? boleh buat reunion). Sebarkan ilmu2 / kebaikan2 yang anda ada. Tak sama dengan MELEPAK BORAK BENDA yang SIA-SIA okey. Ajak diorang join anda buat aktiviti amal. 

# Ziarah sekolah lama, jumpa guru2 dan ucapkan terima kasih atas didikan mereka dulu. 

# Cari artikel2 Islamic @ isu2 semasa, print, photostat banyak2 dan letak dekat masjid / surau. Edar2kan kepada pengunjung masjid, after solat jumaat ke, untuk bacaan mereka. 

# Volunteer untuk tolong program2 masjid / program2 kampung / gotong royong / kelas mengaji etc 

# Ajar adik2 / anak sedara tentang solat / wudhuk / aurat / kisah nabi dll. bukan duduk ajak tengok movie kartun dan main games je. Inilah peluang untuk latih diri nak jadi ibu yang baik ;D 

# Jangan lupa contact sahabat2 uia / lecturer2 tanya khabar, kongsi tazkirah / ajak puasa / kejut qiyam dll. 

--> di uia, bukan di uia, rumah, luar rumah, Allah tetap ada di mana2. Jadilah diri sebenar, dengan iman yang benar. Bukan berubah melihat pada tempat masa dan suasana. 
Selamat Bermujahadah dan memanfaatkan cuti ^^

P/s : Pesanan dari Kakak VIM. Hurm... Berat juga list ni tambah pula cuti dah nak habis dah.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe