Hari ini saya nak tunjukkan cara-cara nak semak status halal. Ada pembaca yang budiman telah menanyakan saya soalan yang dikira cepu emas jugak. Lihat dibawah ini.
En / Pn Anonymous menanyakan saya macam mana nak tahu no pendaftaran syarikat?
Hurm... Macam mana ek? Sebelum saya menjawab soalan En / Pn Anonymous ni, apa kata saya tunjukkan cara nak semak status halal dengan mengunakan sms.
1- Taip HALAL SEMAK<>No pendaftaran syarikat
2- Hantarkan ke 15888
3- Tak lama kemudian akan sampai message dari 15888. RM0.20 dikenakan.
Disini saya sertakan contoh yang saya dah cuba sendiri. Saya check sendiri status halalnya.
Produk pertama : Jacob.
Produk kedua : Cloud 9
Bagaimana nak tahu no pendaftaran syarikat?Kita tengok bahagian manufactured kat bungkusan makanan.
Double click untuk pembesaran image.
Kenapa nak kena tengok kat bahagian manufactured? Bahagian distribution tak payah tengok ke?
Yang penting kat sini kat bahagian manufactured. Bahagian ini yang menentukan bahan apa yang dibubuh dalam makanan tersebut, kebersihan ketika pengendalian makanan dan pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum diberi sijil halal.
Bagaimana wrigley chewing gum? Adakah dia halal dan bagaimana nak check?
Terdapat sedikit kesangsian tentang wrigley chewing gum ni. Saya pun tak pasti sama ada chewing gum ni halal ke tak dan yang pasti kita tak dapat check status halalnya sebab tiada no pendaftaran syarikat tercatat di bungkusan makanan ini. Apa yang saya lihat lagi, chewing gum ini bukan barang buatan Malaysia. Chewing gum ini dikilangkan di luar negara. Jadi untuk lebih selamat, lebih baik kita beli product yang betul2 sudah disahkan oleh Jakim. Bukankah itu lebih terjamin dan lebih yakin kehalalannya?
Terdapat sedikit kesangsian tentang wrigley chewing gum ni. Saya pun tak pasti sama ada chewing gum ni halal ke tak dan yang pasti kita tak dapat check status halalnya sebab tiada no pendaftaran syarikat tercatat di bungkusan makanan ini. Apa yang saya lihat lagi, chewing gum ini bukan barang buatan Malaysia. Chewing gum ini dikilangkan di luar negara. Jadi untuk lebih selamat, lebih baik kita beli product yang betul2 sudah disahkan oleh Jakim. Bukankah itu lebih terjamin dan lebih yakin kehalalannya?
Belilah barangan yang mempunyai logo ini.
Logo halal luar negara yang diiktiraf Jakim [Link]
P/s : Maaf buat yang menanya soalan kerana lambat memberi jawapan. Semoga entry ini dapat merungkai sedikit persoalan tentang status halal.
thanks 4 the info
ReplyDeleteberguna nih
:-)
P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html
mcm mana nak kenal pasti brg 2 halal ka tak walau ad status halal.. Macam sosej dagin mac-D
ReplyDeletekalau brg tu dah ada status halal, kita kena yakin yg barang tu halal. Tapi logo halal tu mesti dari logo halal jakim yg baru mcm kat atas...
Deleteproduk makanan segera mcm mc donald,kfc, pizza hut dan bermacam jenis lagi, anda kena lihat produk tu ada tanda halal ke tidak... dan yg penting tanda halal itu mesti dtg dari tanda halal jakim. selain dari tanda halal jakim, seeloknya dielakkan utk mkn.
P/s : anggap yg pihak jakim dah selidiki brg2 itu betul2 sblm berikan tanda halal tersebut.
kalau nak check status halal restaurant plak camner?
ReplyDeletetak silap pihak Jakim ada keluarkan aplikasi android utk mengenal pasti restoran mana yang statusnya halal...
DeleteBoleh check kat keratan akhbar dibawah ni...
http://www.sinarharian.com.my/nasional/jakim-lancar-aplikasi-telefon-pintar-kesan-premis-makanan-halal-1.143229
Baru lagi ni... tak pernah cuba lagi...
kesimpulannye Cloud 9 itu halal or haram?
ReplyDeleteSaya dari Indonesia. Tak boleh cakap Malaysia banyak.
Cloud 9 yang saya beli saiz kecil. tidak ada banyak keterangan. Maaf
Terimakasih :D
cloud 9 tu masih halal kerana sudah disahkan
Deleteoleh jabatan agama islam malaysia.
tak perlu ragu2 nak makan.
tetapi pastikan ada logo sama seperti diatas dibungkusan makanan.
lagipula, cloud 9 memang bersaiz kecil.
gambar yang saya tunjuk dalam blog itu dalam peket besar.
dalam tu ada banyak cloud 9 saiz kecil.
harap jawapan ini dapat mengurangkan kekeliruan... :D
Terimakasih atas panduan berguna ni.
ReplyDeleteYang penting kena semak dulu baru makan/guna.
ReplyDeleteSemak Status Halal JAKIM Secara Online Dan SMS
Ramen Alamanda Putrajaya Halal Tak?
ReplyDeleteYang ni kena rujuk balik Jakim.
DeleteMaaf ya