Argh.... Dah 2 minggu aku belajar takda buku teks. Dalam kelas aku jadi blurr... Sebab aku tak baca dulu sebelum masuk kelas. Tadi lecture dah keluar segala bagai formula yang membuat aku tergamam seketika. Masuk tajuk baru pun aku dah tak tahu lecture cakap pasal apa. Aku tengok sekeliling semua orang anguk faham. Aku? Aku masih tak faham apa yang lecture sedang bercakap didepan. Tidak lama kemudian, kepala pun entah melayang kemana. Setelah melayang merata-rata, baruku sedar. Aku dah miss apa yang lecture cakap tadi. Aku pun mengunakan insentif menyalin balik slide lecture untuk mengelak fikiran aku melayang ke tempat lain. Orang lain print slide lecture tapi aku lebih selesa menyalin slide lecture. Dari slide lecture yang penuh dengan tulisan, aku tukar slide lecture jadi lukisan orang lidi yang menarik. Aku sorang je yang faham dengan nota aku.
Sepatutnya, mood aku pagi ini ceria. Ceria bila mengingatkan janji penjual buku yang menyatakan stok buku teks sudah available untuk minggu ini. Tetapi apakan daya. Bila jumpa penjual buku tu, dia cakap yang stok buku teks masih tak sampai dan tak tahu bila nak sampai. Memang spoilkan mood aku je hari ini. Aku jadi bertambah geram bila dalam kelas aku jadi bertambah tak faham dengan apa yang lecture ajar. Aku perlukan buku teks sekarang. Kenapa time ini jugak publisher nak stop publish buku tu. Dan kenapa time ini juga stok buku teks dah habis. Dah penat menanya kat penjual tu bila stok sampai. Kadang2 aku pun dah segan nak tunjuk muka ni kat penjual buku tu.
Aku ada juga search kat Kinokunia webside. Tengok2 kat Kinokunia pun out of stock. MPH pun lagilah takda langsung. Cari kat bookstore yang terbesar di alam maya - Amazon pun takda. Kalau ada pun aku tak beli buku dari Amazon. Itu dah menunjukkan yang buku tu dah tak available dimana-mana pun. Nak photostat pun segan sebab pernah satu hari tu aku nak photostat 1-2 chapter dari buku kepunyaan senior. Senior tu sangup ikut aku pergi photostat sebab alasan dia, dia nak guna buku tu petang tu jugak. Aish... Aku nak pergi photostat pun jadi tak senang. Risau benor senior tu dengan buku dia.
Aku pun termenung seketika dan menanya diri kenapa semua ini terjadi. Sepanjang perjalanan nak balik bilik, aku mengomel sorang2. Menyalahkan takdir kenapa aku yang harus merasai semua ini. Tak lama kemudian, aku teringat bapak aku. Dulu2 bapak aku selalu cerita cara dia belajar dulu. Dia lagilah masa tu ambil kursus komputer sains. Dia dulu belajar cuma bawa 1 buku nota kecil dan sebatang pen sahaja. Sepanjang satu semester, dia cuma guna buku nota kecil tu je. Dia bukan kedekut tapi keadaan hidup keluarga dia yang susah, dia tak sanggup nak minta duit dari embah untuk beli buku. Lagipun duit yang embah bagi cukup2 untuk bayar yuran pengajian. Bila seminggu nak exam final, dia sibuk nak photostat nota. Dia cari nota kawan2 dia yang lengkap untuk photostat. Dia jawab exam hanya bergantung pada nota2 kawan2 dia. Masa tu pun dia tak mampu nak beli buku teks dan masa tu mana ada pinjaman pelajaran macam zaman aku. Macam tulah cara dia belajar sampai dia graduate. Walaupun cara belajar dia macam tu tapi grade dia pun boleh tahan jugak. Aku pula bagaimana? Takkan nak terus menyerah atau menyalahkan nasib?
P/s : Kena cari jalan untuk selesaikan masalah ini. Salahkan takdir bukan cara terbaik untuk selesaikan masalah.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe