Thursday, February 02, 2012

Bagaimana Syaitan bersumpah untuk menyesatkan manusia

Mari kita lihat bagaimana Syaitan bersumpah untuk menyesatkan manusia.
Lihat surah Al-A'raf ayat 13-23:

 7:13

Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".
 7:14
Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".
 7:15
Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)".
 7:16
Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
 7:17
"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".
 7:18
Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;
7:19
"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim".
7:20
Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)".
7:21
Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua".
7:22
Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?"
7:23
Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

Berdasarkan ayat diatas, kita dapat lihat bagaimana syaitan mengoda dan menyesatkan manusia. Syaitan akan menggunakan pelbagai cara untuk menyesatkan anak adam. Walaupun tidak sesat tapi sekurang-kurangnya membuat anak adam ini lalai dengan suruhan Allah. Syaitan memang tidak mengenal erti putus asa.

Adakah anda termasuk dalam golongan mereka yang tertipu dalam tipu daya syaitan?
Disini tersenarai ciri-cirinya :
- tak tersentuh dengan ayat2 Allah apabila mendengar mahupun ketika membaca
- semakin ketagih dengan nikmat dunia
- berlengah-lengah  dalam melakukan amal kebajikan
- kemaksiatan yang bercambah
- lemah keinginan agungkan Allah dan takutiNya

Marilah sama-sama mendekatkan diri kita kepada Allah dan sentiasa istighfar apabila diri mula menunjuk ciri-ciri diatas. 

P/s : Aku insan yang lemah. Perlukan peringatan sentiasa...

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe