Korang jangan geli tau ngan tajuk aku kat atas ni. Tapi serius memang comel. Kenapa aku kata macam tu.??? Korang jangan fikir bukan2 pulak. Macam ni cerita dia....
Pada suatu hari dimeja makan, mak aku bertanya kepadaku. Mak aku bertanya," Kakak buat apa dalam bilik lepas maghrib?. Main sorok2 sambil baca sesuatu dalam bilik ke? Bapak tanya mak sebab bapak kata kamu baca sesuatu tapi baca sorok2. Dia dengar sayup2 je. Tak dengar dengan jelas. Mak risau kalau kamu buat sesuatu tak elok." Aku dalam hati tergelak. Lepas tu aku jawab,"Mak, bella tak buat pape pun dalam bilik. Cuma baca sesuatu je. Macam mak buat tiap2 malam." Mak aku tanya lagi," Tahulah. Kamu baca apa malam2. Seram tengok." Aku pun menjawab," Bella baca Al-Mathurat. Kan lepas subuh dengan lepas maghrib nak kena baca." Mak tanya lagi," Yang dalam buku kecil tu?" Aku menjawab," Ni buku Al-Mathurat. Versi kecil punya. Boleh bawa kemana-mana. Yang bella bagi emak tu buku yang bella dapat masa taaruf week cfs. Sama je macam mak punya." Lalu aku menunjukkan kat mak buku yang aku maksudkan.
Mak aku pun belek2 buku atas ni. Kemudian mak berkata,"Buku ni tak selengkap macam buku yang kamu bagi kat mak." Aku membalas,"Takpe mak, ni dah kira ok dah." Mak berkata pula," Lega mak. Ingatkan kamu buat apa dalam bilik senyap2." Sejak dari tu aku baca al-Mathurat bila bapak duduk dekar ruang tamu. Kesian juga dekat dia. Kesian sebab dia penat2 fikir macam2 pasal aku. Banyak lagi benda penting yang nak difikirkan. Jangan risau ayahdaku. Anakmu takkan buat benda yang dilarang agama. Tapikan, lagi best kalau bapak tanya sendiri kat aku. Boleh aku explain panjang lebar sikit. Silap2 aku dengan bapak aku berdebat. Haha...
Jap, tadi kamu kata bapak kamu comel? Mananya?
Maksud aku, kecomelan dimata aku bila bapak aku tertanya-tanya sesuatu tapi akhirnya dia rujuk kat mak aku jugak. Dia tak pula tanya anak dia. Hehe... Harap jawapan aku memuaskan hati.
P/s : Aku tak suka baca kuat2 bila baca seorang diri. Takda kemanisan kalau baca kuat2.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe