Thursday, February 23, 2012

Perbezaan Semester Kali ini

Semester kali ini rasa lain. Kenapa ya?
1- Pertama kali rasanya tiada buku teks untuk dirujuk. Baru terasa nikmat bila buku ada didepan mata. Bila ada tak mahu dibaca. Bila tiada baru terasa kehilangannya.

2- Jadual kelas yang tak begitu teratur. Semester lepas pun sama juga. Dapat kelas terlalu petang dan berlainan lokasi kelas. Dapat kelas kat kuliyah Engineering, kelas kat kuliyah ICT pun ada. Kuliyah ICT yang dekat atas bukit. Memang selamat mendaki dan berlari.  Kena guna masa sebaiknya.
USE YOUR TIME WISELY
3- Kawan2 semua dapat majoring Accounting. Cuma aku di kalangan rakan2 yang rapat dapat majoring Economics. Ada juga rasa tersisih dan keseorangan. Kesibukan mereka tak sama dengan kesibukan aku. Mereka ada kelas tutorial, homework yang jauh lebih mengunung dari aku. Aku pula banyak benda nak dibaca dan difaham tambah pula dapat assignment yang mencabar. Kebanyakan assignment nak kena bentang di dalam kelas. Practice to speak in front the audience aka classmate. Haha... Tapi aku pujukkan hati yang aku tak keseorangan. Aku ada Allah disamping aku. Mungkin ini cara untuk aku berdikari dan melihat dunia lebih luas. Seperti kata lecture Intermediate Microeconomics, "Don't living within a circle. Sometime we need to live outside the circle".

4- Terlebih aktif semester ni. Sepatutnya aku tak bercadang pun nak join mana2 society. Tapi aku hanya boleh merancang. Secara tak sengaja terjoin pula. Memang kena bagi komitmen sepenuhnya. Walaupun kena bagi komitmen pun kena bahagi masa sebaiknya. Jangan gadaikan masa belajar hanya kerana hal persatuan. Aku datang uia untuk belajar bukan untuk berpersatuan. Need to be balance.


P/s : Nampaknya memang aku betul2 jadi productive muslim untuk semester ini... Hurm...

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe