Tuesday, February 07, 2012

Kembali ke kampus...


Esok dah nak balik kampus dah. Perasaan... Gembira campur sedih. Kenapa gembira? Saya dah boleh pusing satu uia, dah boleh buat apa yang saya suka... Hahaha... Itu cuma salah satu sebabnya. Sebab utama aku dah bosan puas duduk rumah. Rindu dengan environment uia. Tak sabarnye. Dan kenapa pula sedih? Aku dah tak dapat online lama2 lagi. Mungkin blog ini akan kembali berabuk macam biasa. Sudah kembali busy sebagai student undergraduate. Lepas ni agak berlainan sikit. Aku dah tahu aku majoring apa. Lepas ni nak teruskan kejar pointer untuk graduate sebagai first holder degree. Aku nak jadikan pinjaman PTPTN sebagai biasiswa masa aku graduate nanti. Keeping up!... Satu lagi, hajat untuk ketemu seorang kawan tak kesampaian. Mungkin aku nak kena curi masa sikit esok jumpa dia sebelum balik uia. Huhuhu... Sedih... T_T

Cerita pasal majoring, aku dapat majoring Economics. Asalnya aku minta Accounting tapi tak dapat. Nampak sangat gred aku teruk gila. Terkubur sudah hasrat aku untuk menjadi cikgu akaun kat sekolah. Cita-cita aku masa SPM tu. Tapi apa boleh buat. Dia dah tunjuk jalan dah. Kalau rezeki aku memang kat Accounting, jalan aku ke sana mesti mudah walaupun penuh liku-liku. Tapi bila teringat balik kejadian yang lepas, benda yang aku dah buat, aku rasa tak perlu diungkit lagi. Dah takda rezeki. Tambahan aku dah hilang minat dengan Accounting sejak ambil Management Accounting. Hurm... Sekarang di depan mata aku ialah Economics. Sejak akhir2 ni aku dah minat nak belajar Economics. Kalau budak sastera dengar tentang Economics, diorang mesti geleng2 kepala dan tepuk dibahu sambil ucapkan "Good Luck". Hahaha... Bidang yang penuh cabaran dan sukar diterokai. Aku kena naikkan speed lagi dan amalkan apa yang aku dapat waktu ceramah sebelum exam. Aku kena fikirkan yang Economics ni best dan kepakarannya sangat diperlukan untuk merungkai permasalah yang berkaitan conventional economics dan islamic economics.

Wahai blog, aku pasti akan merindui kau. Tempat aku mencurah segala-gala.

P/s : Cilok broadband bapak aku semata-mata nak update blog. Nasib dia tengah tidur... Haha

1 comment:

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe