Thursday, February 23, 2012

Indahnya Langit Malam



"Indahnya langit kat sini. Dapat tengok bintang2 bersinar-sinar kat langit." Itulah statement aku sebagai budak bandar yang tak pernah tengok bintang di langit melainkan sejak study di uia. Sebenarnya aku berpeluang untuk tengok bintang (dekat kampung) tapi tak berkesempatan. Agaknya busy sangat kat kampung sampai tak sempat nak tengok bintang. Kalau kat rumah memang jangan harap nak nampak bintang melainkan kalau tiba2 satu taman takda elektrik. Yang lagi best adik aku yang bongsu. Dia kata dia nampak bintang padahal benda yang duduk berkelip-kelip kat langit tu cuma kapal terbang. Kesian dia. Dia ingat yang berkelip-kelip tu bintang. Kat uia ni mungkin sebab lokasi dia dekat dengan gunung dan kurangnya pengunaan lampu di waktu malam (untuk penjimatkan kos elektrik) dapat juga aku tengok bintang di langit. Kadang2 lepas habis program dalam pukul 10 / pukul 11 on the way nak balik mahallah, aku selalu tengok langit. Memang best. Tengok langit pun kena berwaspada juga. Jalan tengok depan ya.

P/s : Terasa nak duduk di kawasan yang lapang kemudian baring untuk menikmati keindahan langit yang penuh dengan bintang2. Bilalah agaknya ya.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe