Wednesday, February 22, 2012

Daurah Ansar 2012

Pada tanggal 11 dan 12 Februari 2012, saya dan sahabat saya menghadiri Daurah Ansar di Surau Ansar, Kuala Lumpur. Alamak... Hari ini baru nak cerita pasal daurah. Hurm... Maaflah. Sebelum ni nak sangat cerita pasal daurah ni cuma kekangan masa dan kekurangan mood nak tulis. Hehe.. Berbalik kepada daurah ini... Apa yang best sangat dengan daurah kali ini. Bagi saya daurah kali sangat terbaik. Pertama kali saya melihat sambutan diluar jangkaan dari rakan2 uia serta universiti lain yang sanggup datang jauh semata-mata nak hadiri daurah ini. Memang ramai yang datang ke daurah. Terasa kemeriahan dia. Kemeriahan makan dalam talam beramai-ramai, solat berjemaah sampai penuh ruang solat dan bersama-sama menghadiri slot yang disediakan bersama. Memang terasa feeling masa kiamulail. Tidur himpit-himpit. Masing2 berkerjasama mengikut arahan dan memberi ruang kepada rakan yang lain untuk tidur bersama. Memang best.

Yang lagi membuatkan saya terharu bila ada slot tentang Palestine Woman. Ada puan ni (tak ingat pula nama dia... =_=') dia menceritakan pengalaman dia semasa tinggal di Palestine. Dia sebenarnya rakyat Malaysia yang berkahwin dengan seorang jejaka Palestine. Dia menceritakan bagaimana kekejaman askar disana yang tidak berperikemanusian. Dia menceritakan bagaimana dia survive disana. Tatkala hendak ke pasar untuk membeli barang dapur pun kena berhati-hati takut ditembak dari atas. Kadang2 tu tak semena-mena bom melayang masuk ke dapur rumahnya dan asap dari bom itu dapat membuat si hamil keguguran. Dia pun pernah mengalami keguguran akibat asap bom tersebut. Bila mendengar cerita dia rasa diri ini sangat bertuah sebab dipilih tinggal di Malaysia. Masih berkesempatan dan diberi peluang untuk belajar, kenal mak ayah, dapat ke kelas dengan aman dan dapat melakukan aktiviti harian dengan selamat. Sama-samalah kita doakan dan berusaha supaya Palestine bebas dari penjajah yang memang tak berperikemanusiaan.

Selain itu ada slot tentang akhlak Rasulullah, Muslim Scholar dan Umahatul Mukaimin (wanita2 pengukir sejarah). Banyak juga benda yang dapat saya pelajari dari slot2 diatas. Kadang2 tu ada benda yang kita tahu tapi kita terlupa tentang hal itu. Dapat juga kita refresh balik apa yang kita tahu dan mengamalkannya. 

Jeng2... Apakan benda dibawah ini? 



Inilah makanan orang palestine.... Siapa tahu nama makanan ini? Terutama yang kuah tu...

P/s : Aku pun dah lupa nama makanan ni... Sadis betul...

1 comment:

  1. InsyaAllah Program Ansar kembali lagi
    pada 3hb/3/2012 pukul 6 ptg hingga 4hb/3/2012 pukul 12 tghr ... =) Jemput datang , ajak kawan-kawan skali...

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe