Wednesday, February 01, 2012

Terasing

Aku nak cari buku ni. Nampak macam best.
Sekarang ni aku rasa terasing. Terasing dari dunia luar, Terasing dari kawan2, Terasing dari blog. Apa yang aku buat semua tak kena. Terasa aku hidup dalam dunia aku sendiri. Aku buat benda yang aku suka dan orang lain suka. Benda aku suka seperti menyendiri dan online. Aku pun suka tolong orang dan tolong sebaik dan sehabis mungkin. Antara cara aku menghilang rasa Terasing ni seperti solat, solat rawatib, baca al-mathurat dan baca al-Quran. Bila buat semua tu, sepanjang hari merasa aman. 

Kadang2 niat juga membuatkan aku merasa Terasing. Bila aku perbetulkan niat baru rasa Terasing ni hilang. Selalunya aku buat sesuatu mesti kerana seseorang atau nak dapatkan sesuatu. Contoh pertama, bila aku tolong emak sebab aku rasa bosan dekat rumah. Bila teruskan niat ni memang hati tak tenteram sepanjang hari. Tapi bila aku ubah niat, aku tolong emak sebab sekarang masa aku lebih lapang. Masa ni je aku bersama mak. Lain masa kita tak tahu. Entah sempat lagi nak berbakti kepada emak. Bila aku niat macam tu baru lega hati. 

Begitu juga dengan berkawan. Bila aku niat aku berkawan dengan orang supaya aku rasa aku masih wujud kat dunia ni. Terasa ada juga orang masih teringat kat aku dan masih anggap aku sebagai kawan. Tapi bile diteruskan niat ni hati ini terus tak tenteram sepanjang hari. Tapi bila aku ubah niat, aku berkawan supaya mereka senang bila bersama aku. Bila diorang perlukan sesuatu, aku berada disamping mereka dan sedia membantu. Tapi bila aku keseorangan dan perlukan bantuan, biar aku selesaikannya sendiri. Bila aku niat macam ni terus hati merasa nyaman. Aku rasa aku kena buat perkara yang membawa benefit kat orang lain tapi tidak buat aku. Patut ke aku berfikiran macam tu?

2 comments:

  1. Tidak mengapa andai terasa Terasing, kerana kita akan mudah mendekatkan kepada Allah.
    Biarlah kita terasing dr manusia seluruhnya, tapi pastikan yang kita takkan pernah terasing dengan Allah.
    Tak dapat dinafikan, dalam dunia pasti ada perkara yang membuatkan kita tertanya adakah betul apa yg sedang kita lakukan?atau pun kenapa hanya aku yang perlu memberi tapi tidak pernah menerima?
    Ingat memberi lebih baik dari yang menerima.
    Jadi kalau kita terasa yang hanya kita memberi kebaikan kpd org lain tp tidak kita yg menerima kebaikan percaya ganjaran Allah jauh lbh indah utk kita terima diakhirat nanti.
    Walaupun payah, tapi cuba lah sebaik mungkin untuk berfikir positif dgn tiap yg terjadi dlm kehidupan kita.Usaha utk tidak menyalahkn org lain krn tiap yg berlaku adalah kehendak Dia dan kita seharusnya brsangka baik dgn Allah.=)

    ReplyDelete
  2. Huhu... T_T
    Terima kasih sahabatku...
    Aku terlupa part ni...
    Lagi...

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe