Friday, February 24, 2012

Taking witness of contract.

Tengah aku belek2 buku nota fiqh, aku terjumpa satu potong ayat al-quran yang sangat panjang. Dalam ayat itu menceritakan bagaimana nak jalankan transaksi / contract pinjaman dengan individu atau dengan pihak lain. Aku tak sangka yang Allah sudah menceritakan panjang lebar dan sangat detail tentang contract pinjaman. Allah sudah ajar bila kita nak pinjam duit dengan pihak lain, mesti ada surat hitam putih. Kena isi borang dan borang itu mesti ada berapa amount dia pinjam dan bila tarikh bayaran dia. Kemudian, Allah juga ada terangkan siapa yang patut jadi saksi atau penjamin. Lihat. Allah dah terangkan segalanya. Anda boleh lihat potongan ayat dibawah dari surah Al-Baqarah ayat 282.
 
O you who have believed, when you contract a debt for a specified term, write it down. And let a scribe write [it] between you in justice. Let no scribe refuse to write as Allah has taught him. So let him write and let the one who has the obligation dictate. And let him fear Allah , his Lord, and not leave anything out of it. But if the one who has the obligation is of limited understanding or weak or unable to dictate himself, then let his guardian dictate in justice. And bring to witness two witnesses from among your men. And if there are not two men [available], then a man and two women from those whom you accept as witnesses - so that if one of the women errs, then the other can remind her. And let not the witnesses refuse when they are called upon. And do not be [too] weary to write it, whether it is small or large, for its [specified] term. That is more just in the sight of Allah and stronger as evidence and more likely to prevent doubt between you, except when it is an immediate transaction which you conduct among yourselves. For [then] there is no blame upon you if you do not write it. And take witnesses when you conclude a contract. Let no scribe be harmed or any witness. For if you do so, indeed, it is [grave] disobedience in you. And fear Allah . And Allah teaches you. And Allah is Knowing of all things.

P/s : Peraturan Allah yang sangat cantik. Bukankah Al-Quran itu source of guidance?
Kita adalah hasil ciptaan-Nya. Hanya Pencipta tahu apa yang baik untuk ciptaan-Nya...
Renung-renungkan.

Thursday, February 23, 2012

Indahnya Langit Malam



"Indahnya langit kat sini. Dapat tengok bintang2 bersinar-sinar kat langit." Itulah statement aku sebagai budak bandar yang tak pernah tengok bintang di langit melainkan sejak study di uia. Sebenarnya aku berpeluang untuk tengok bintang (dekat kampung) tapi tak berkesempatan. Agaknya busy sangat kat kampung sampai tak sempat nak tengok bintang. Kalau kat rumah memang jangan harap nak nampak bintang melainkan kalau tiba2 satu taman takda elektrik. Yang lagi best adik aku yang bongsu. Dia kata dia nampak bintang padahal benda yang duduk berkelip-kelip kat langit tu cuma kapal terbang. Kesian dia. Dia ingat yang berkelip-kelip tu bintang. Kat uia ni mungkin sebab lokasi dia dekat dengan gunung dan kurangnya pengunaan lampu di waktu malam (untuk penjimatkan kos elektrik) dapat juga aku tengok bintang di langit. Kadang2 lepas habis program dalam pukul 10 / pukul 11 on the way nak balik mahallah, aku selalu tengok langit. Memang best. Tengok langit pun kena berwaspada juga. Jalan tengok depan ya.

P/s : Terasa nak duduk di kawasan yang lapang kemudian baring untuk menikmati keindahan langit yang penuh dengan bintang2. Bilalah agaknya ya.

Perbezaan Semester Kali ini

Semester kali ini rasa lain. Kenapa ya?
1- Pertama kali rasanya tiada buku teks untuk dirujuk. Baru terasa nikmat bila buku ada didepan mata. Bila ada tak mahu dibaca. Bila tiada baru terasa kehilangannya.

2- Jadual kelas yang tak begitu teratur. Semester lepas pun sama juga. Dapat kelas terlalu petang dan berlainan lokasi kelas. Dapat kelas kat kuliyah Engineering, kelas kat kuliyah ICT pun ada. Kuliyah ICT yang dekat atas bukit. Memang selamat mendaki dan berlari.  Kena guna masa sebaiknya.
USE YOUR TIME WISELY
3- Kawan2 semua dapat majoring Accounting. Cuma aku di kalangan rakan2 yang rapat dapat majoring Economics. Ada juga rasa tersisih dan keseorangan. Kesibukan mereka tak sama dengan kesibukan aku. Mereka ada kelas tutorial, homework yang jauh lebih mengunung dari aku. Aku pula banyak benda nak dibaca dan difaham tambah pula dapat assignment yang mencabar. Kebanyakan assignment nak kena bentang di dalam kelas. Practice to speak in front the audience aka classmate. Haha... Tapi aku pujukkan hati yang aku tak keseorangan. Aku ada Allah disamping aku. Mungkin ini cara untuk aku berdikari dan melihat dunia lebih luas. Seperti kata lecture Intermediate Microeconomics, "Don't living within a circle. Sometime we need to live outside the circle".

4- Terlebih aktif semester ni. Sepatutnya aku tak bercadang pun nak join mana2 society. Tapi aku hanya boleh merancang. Secara tak sengaja terjoin pula. Memang kena bagi komitmen sepenuhnya. Walaupun kena bagi komitmen pun kena bahagi masa sebaiknya. Jangan gadaikan masa belajar hanya kerana hal persatuan. Aku datang uia untuk belajar bukan untuk berpersatuan. Need to be balance.


P/s : Nampaknya memang aku betul2 jadi productive muslim untuk semester ini... Hurm...

Wednesday, February 22, 2012

Daurah Ansar 2012

Pada tanggal 11 dan 12 Februari 2012, saya dan sahabat saya menghadiri Daurah Ansar di Surau Ansar, Kuala Lumpur. Alamak... Hari ini baru nak cerita pasal daurah. Hurm... Maaflah. Sebelum ni nak sangat cerita pasal daurah ni cuma kekangan masa dan kekurangan mood nak tulis. Hehe.. Berbalik kepada daurah ini... Apa yang best sangat dengan daurah kali ini. Bagi saya daurah kali sangat terbaik. Pertama kali saya melihat sambutan diluar jangkaan dari rakan2 uia serta universiti lain yang sanggup datang jauh semata-mata nak hadiri daurah ini. Memang ramai yang datang ke daurah. Terasa kemeriahan dia. Kemeriahan makan dalam talam beramai-ramai, solat berjemaah sampai penuh ruang solat dan bersama-sama menghadiri slot yang disediakan bersama. Memang terasa feeling masa kiamulail. Tidur himpit-himpit. Masing2 berkerjasama mengikut arahan dan memberi ruang kepada rakan yang lain untuk tidur bersama. Memang best.

Yang lagi membuatkan saya terharu bila ada slot tentang Palestine Woman. Ada puan ni (tak ingat pula nama dia... =_=') dia menceritakan pengalaman dia semasa tinggal di Palestine. Dia sebenarnya rakyat Malaysia yang berkahwin dengan seorang jejaka Palestine. Dia menceritakan bagaimana kekejaman askar disana yang tidak berperikemanusian. Dia menceritakan bagaimana dia survive disana. Tatkala hendak ke pasar untuk membeli barang dapur pun kena berhati-hati takut ditembak dari atas. Kadang2 tu tak semena-mena bom melayang masuk ke dapur rumahnya dan asap dari bom itu dapat membuat si hamil keguguran. Dia pun pernah mengalami keguguran akibat asap bom tersebut. Bila mendengar cerita dia rasa diri ini sangat bertuah sebab dipilih tinggal di Malaysia. Masih berkesempatan dan diberi peluang untuk belajar, kenal mak ayah, dapat ke kelas dengan aman dan dapat melakukan aktiviti harian dengan selamat. Sama-samalah kita doakan dan berusaha supaya Palestine bebas dari penjajah yang memang tak berperikemanusiaan.

Selain itu ada slot tentang akhlak Rasulullah, Muslim Scholar dan Umahatul Mukaimin (wanita2 pengukir sejarah). Banyak juga benda yang dapat saya pelajari dari slot2 diatas. Kadang2 tu ada benda yang kita tahu tapi kita terlupa tentang hal itu. Dapat juga kita refresh balik apa yang kita tahu dan mengamalkannya. 

Jeng2... Apakan benda dibawah ini? 



Inilah makanan orang palestine.... Siapa tahu nama makanan ini? Terutama yang kuah tu...

P/s : Aku pun dah lupa nama makanan ni... Sadis betul...

Monday, February 20, 2012

Baru diduga sikit...

Argh.... Dah 2 minggu aku belajar takda buku teks. Dalam kelas aku jadi blurr... Sebab aku tak baca dulu sebelum masuk kelas. Tadi lecture dah keluar segala bagai formula yang membuat aku tergamam seketika. Masuk tajuk baru pun aku dah tak tahu lecture cakap pasal apa. Aku tengok sekeliling semua orang anguk faham. Aku? Aku masih tak faham apa yang lecture sedang bercakap didepan. Tidak lama kemudian, kepala pun entah melayang kemana. Setelah melayang merata-rata, baruku sedar. Aku dah miss apa yang lecture cakap tadi. Aku pun mengunakan insentif menyalin balik slide lecture untuk mengelak fikiran aku melayang ke tempat lain. Orang lain print slide lecture tapi aku lebih selesa menyalin slide lecture. Dari slide lecture yang penuh dengan tulisan, aku tukar slide lecture jadi lukisan orang lidi yang menarik. Aku sorang je yang faham dengan nota aku. 

Sepatutnya, mood aku pagi ini ceria. Ceria bila mengingatkan janji penjual buku yang menyatakan stok buku teks sudah available untuk minggu ini. Tetapi apakan daya. Bila jumpa penjual buku tu, dia cakap yang stok buku teks masih tak sampai dan tak tahu bila nak sampai. Memang spoilkan mood aku je hari ini. Aku jadi bertambah geram bila dalam kelas aku jadi bertambah tak faham dengan apa yang lecture ajar. Aku perlukan buku teks sekarang. Kenapa time ini jugak publisher nak stop publish buku tu. Dan kenapa time ini juga stok buku teks dah habis. Dah penat menanya kat penjual tu bila stok sampai. Kadang2 aku pun dah segan nak tunjuk muka ni kat penjual buku tu. 

Aku ada juga search kat Kinokunia webside. Tengok2 kat Kinokunia pun out of stock. MPH pun lagilah takda langsung. Cari kat bookstore yang terbesar di alam maya - Amazon pun takda. Kalau ada pun aku tak beli buku dari Amazon. Itu dah menunjukkan yang buku tu dah tak available dimana-mana pun. Nak photostat pun segan sebab pernah satu hari tu aku nak photostat 1-2 chapter dari buku kepunyaan senior. Senior tu sangup ikut aku pergi photostat sebab alasan dia, dia nak guna buku tu petang tu jugak. Aish... Aku nak pergi photostat pun jadi tak senang. Risau benor senior tu dengan buku dia.

Aku pun termenung seketika dan menanya diri kenapa semua ini terjadi. Sepanjang perjalanan nak balik bilik, aku mengomel sorang2. Menyalahkan takdir kenapa aku yang harus merasai semua ini. Tak lama kemudian, aku teringat bapak aku. Dulu2 bapak aku selalu cerita cara dia belajar dulu. Dia lagilah masa tu ambil kursus komputer sains. Dia dulu belajar cuma bawa 1 buku nota kecil dan sebatang pen sahaja. Sepanjang satu semester, dia cuma guna buku nota kecil tu je. Dia bukan kedekut tapi keadaan hidup keluarga dia yang susah, dia tak sanggup nak minta duit dari embah untuk beli buku. Lagipun duit yang embah bagi cukup2 untuk bayar yuran pengajian. Bila seminggu nak exam final, dia sibuk nak photostat nota. Dia cari nota kawan2 dia yang lengkap untuk photostat. Dia jawab exam hanya bergantung pada nota2 kawan2 dia. Masa tu pun dia tak mampu nak beli buku teks dan masa tu mana ada pinjaman pelajaran macam zaman aku. Macam tulah cara dia belajar sampai dia graduate. Walaupun cara belajar dia macam tu tapi grade dia pun boleh tahan jugak. Aku pula bagaimana? Takkan nak terus menyerah atau menyalahkan nasib?

P/s : Kena cari jalan untuk selesaikan masalah ini. Salahkan takdir bukan cara terbaik untuk selesaikan masalah.

Tuesday, February 14, 2012

Cara-cara semak status halal

Hari ini saya nak tunjukkan cara-cara nak semak status halal. Ada pembaca yang budiman telah menanyakan saya soalan yang dikira cepu emas jugak. Lihat dibawah ini.



En / Pn Anonymous menanyakan saya macam mana nak tahu no pendaftaran syarikat?
Hurm... Macam mana ek? Sebelum saya menjawab soalan En / Pn Anonymous ni, apa kata saya tunjukkan cara nak semak status halal dengan mengunakan sms.

1- Taip HALAL SEMAK<>No pendaftaran syarikat
2- Hantarkan ke 15888
3- Tak lama kemudian akan sampai message dari 15888. RM0.20 dikenakan.

Disini saya sertakan contoh yang saya dah cuba sendiri. Saya check sendiri status halalnya.

Produk pertama : Jacob.

Produk kedua : Cloud 9
Bagaimana nak tahu no pendaftaran syarikat?
Kita tengok bahagian manufactured kat bungkusan makanan.

Double click untuk pembesaran image.

Kenapa nak kena tengok kat bahagian manufactured? Bahagian distribution tak payah tengok ke?
Yang penting kat sini kat bahagian manufactured. Bahagian ini yang menentukan bahan apa yang dibubuh dalam makanan tersebut, kebersihan ketika pengendalian makanan dan pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum diberi sijil halal.

Bagaimana wrigley chewing gum? Adakah dia halal dan bagaimana nak check?

Terdapat sedikit kesangsian tentang wrigley chewing gum ni. Saya pun tak pasti sama ada chewing gum ni halal ke tak dan yang pasti kita tak dapat check status halalnya sebab tiada no pendaftaran syarikat tercatat di bungkusan makanan ini. Apa yang saya lihat lagi, chewing gum ini bukan barang buatan Malaysia. Chewing gum ini dikilangkan di  luar negara. Jadi untuk lebih selamat, lebih baik kita beli product yang betul2 sudah disahkan oleh Jakim. Bukankah itu lebih terjamin dan lebih yakin kehalalannya?


Belilah barangan yang mempunyai logo ini.
Logo halal luar negara yang diiktiraf Jakim [Link]

P/s : Maaf buat  yang menanya soalan kerana lambat memberi jawapan. Semoga entry ini dapat merungkai sedikit persoalan tentang status halal.



Saturday, February 11, 2012

Terbaeklah hari ni...


Hari ini memang terbaik. Hari ini aku balik rumah dan hari ini jugak aku pergi Daurah Ansar. Buat pertama kali dalam hidup aku, aku buat keputusan macam ni. Sebelum ni bila aku dah menjejak kaki dirumah, takde maknanye aku nak keluar balik. Aku balik rumah pun sebab baucer aku tertinggal kat rumah. Haish... Masa nak balik uia hari tu tak teringat pula pasal baucer. Bila nak beli buku baru teringat baucer ada kat rumah. Nasib rumah aku dekat. Dekat2 pun masih kena tukar train kalau nak balik. Kalau tak ramai orang kat KL Central, aku akan sampai kat rumah dari Gombak dalam sejam setengah. Wah... Dah sampai rumah kena siap2kan kerja rumah. Mak kerja. Dia tak sempat nak bereskan rumah. Jap lagi nak bertolak balik ke uia. Cuma aku berhenti ke stesen Damai untuk ke Surau Ansar supaya aku dapat sertai Daurah Ansar. Aku ada pilihan untuk tidak pergi. Tapi aku rasa tak sedap kalau aku tak pergi. Entahlah kenapa. Kalau ikutkan tak payah susah2kan diri patah balik. Duduk rumah, makan ikan keli pastu esok balik sendiri naik train ke Gombak. Dah la aku mengidam lama nak makan ikan keli. Tapi bila difikirkan balik, tak berbaloi pula kalau aku tak pergi Daurah. Mungkin aktiviti pengisiannya yang menarik minat aku untuk hadiri Daurah kali ini. Semoga perjalanan aku ke sana berjalan dengan lancar.

P/s : Mengantuk...!!! ZZzzZZ

Tuesday, February 07, 2012

Kembali ke kampus...


Esok dah nak balik kampus dah. Perasaan... Gembira campur sedih. Kenapa gembira? Saya dah boleh pusing satu uia, dah boleh buat apa yang saya suka... Hahaha... Itu cuma salah satu sebabnya. Sebab utama aku dah bosan puas duduk rumah. Rindu dengan environment uia. Tak sabarnye. Dan kenapa pula sedih? Aku dah tak dapat online lama2 lagi. Mungkin blog ini akan kembali berabuk macam biasa. Sudah kembali busy sebagai student undergraduate. Lepas ni agak berlainan sikit. Aku dah tahu aku majoring apa. Lepas ni nak teruskan kejar pointer untuk graduate sebagai first holder degree. Aku nak jadikan pinjaman PTPTN sebagai biasiswa masa aku graduate nanti. Keeping up!... Satu lagi, hajat untuk ketemu seorang kawan tak kesampaian. Mungkin aku nak kena curi masa sikit esok jumpa dia sebelum balik uia. Huhuhu... Sedih... T_T

Cerita pasal majoring, aku dapat majoring Economics. Asalnya aku minta Accounting tapi tak dapat. Nampak sangat gred aku teruk gila. Terkubur sudah hasrat aku untuk menjadi cikgu akaun kat sekolah. Cita-cita aku masa SPM tu. Tapi apa boleh buat. Dia dah tunjuk jalan dah. Kalau rezeki aku memang kat Accounting, jalan aku ke sana mesti mudah walaupun penuh liku-liku. Tapi bila teringat balik kejadian yang lepas, benda yang aku dah buat, aku rasa tak perlu diungkit lagi. Dah takda rezeki. Tambahan aku dah hilang minat dengan Accounting sejak ambil Management Accounting. Hurm... Sekarang di depan mata aku ialah Economics. Sejak akhir2 ni aku dah minat nak belajar Economics. Kalau budak sastera dengar tentang Economics, diorang mesti geleng2 kepala dan tepuk dibahu sambil ucapkan "Good Luck". Hahaha... Bidang yang penuh cabaran dan sukar diterokai. Aku kena naikkan speed lagi dan amalkan apa yang aku dapat waktu ceramah sebelum exam. Aku kena fikirkan yang Economics ni best dan kepakarannya sangat diperlukan untuk merungkai permasalah yang berkaitan conventional economics dan islamic economics.

Wahai blog, aku pasti akan merindui kau. Tempat aku mencurah segala-gala.

P/s : Cilok broadband bapak aku semata-mata nak update blog. Nasib dia tengah tidur... Haha

Sunday, February 05, 2012

Ikhlaskan diri

Aku kena belajar untuk ikhlaskan diri.
Menjadi Ikhlas tak semestinya perlu diucap dengan kata-kata...
Ia perlu hadir di dalam hati...

Buat sesuatu bukan untuk mendapat imbuhan diSINI...
Tapi imbuhan kita diSANA...
Buat sehabis baik... ^__^

Lillahi Taala...


Friday, February 03, 2012

Bila sudah tiada kerja

Bila sudah tiada kerja, cuba juga nak cari kerja...
Setelah puas kacau hidup orang kat facebook, aku cari kerja lain pula.
Aku ternampak benda ni kat facebook.


Nampak menarik. Aku tak faham gambar tu bual pasal apa. Semua comment tulis dalam bahasa cina.
Aku pun ambil peluang untuk mengetahui perbualan mereka dengan menggunakan google translate.
 Ooo... Itu ke maksud dia. Aku pun ambil langkah advance. Aku click button tu...


Aku nak tahu macam mana diorang pronounce ayat tu. Haha... Bahagia giler...
Rindu pula dengan budak kelas form 5. Ramai budak cina dalam kelas. Suka dengar diorang cakap dalam bahasa ibunda dia walaupun tak faham...

P/s : Sah memang takde kerja. Rasa macam boleh belajar bahasa cina kalau gaya macam ni.

Bila aku jatuh cinta...


P/s : Kita selalu memuja ciptaan-Nya tapi kita jarang memuja Pencipta kita... 
 

Ruginya siapa yang tak solat.

Ruginya orang handsome tak solat, 
Nabi Yusof yang handsome pun solat.

Ruginya orang cantik tak solat, 
Saidatina Aisyah yang cantik pun solat.

Ruginya orang kaya tak solat, 
Nabi Sulaiman yang kaya pun solat.

Ruginya orang miskin tak solat, 
Nabi Muhammad yang miskin pun solat.

Ruginya budak-budak tak solat, 
Hasan dan Husin budak pun solat.

Ruginya orang berumur tak solat,
Nabi Adam yang umurnya panjang pun solat.
insaflah,insaflah,insaflah

P/s :  Sangat ruginya siapa yang tak solat... 
Dimana tempat kita kalau kita tak solat... 
Shame...

Life is unexpected...

Tak lama lagi dah nak start kelas dah...

Kita hanya boleh merancang, 
tapi 
Allah juga yang menentukannya.
Kita boleh rasa suka dan benci terhadap sesuatu, 
tapi 
Allah juga yang menentukan sesuatu kat kita.
Tak semestinya benda yang kita benci tu buruk untuk kita 
dan 
tak semestinya yang kita suka tu baik untuk kita.
Life is unexpected.
Kita cuma perlu sabar,
jalani hidup dengan hati yang tenang,
mana masalah yang boleh selesai, kita selesaikan.
mana yang tak boleh selesaikan, kita tunggu dulu.
masa juga membantu dalam menyelesaikan masalah.
Jangan berhenti belajar 
dan yang penting jangan putus harapan dengan Allah...

P/s : Need to keep remind these. Always remind these.

Thursday, February 02, 2012

Peringkat-Peringkat solat.


Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita check sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1. 
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2. 
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3. 
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4. 
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5. 
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6. 
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7. 
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8. 
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9. 
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ?
Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. 

Pertama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam. Surah Fussilat ayat 11, Allah berfirman langit dan bumi di peringkat awal dahulu kosong daripada sebarang objek di langit. Yang wujud hanyalah asap. Daripada asap-asap ini lahirlah bintang-bintang serta galaksi disusuli dengan kelahiran sistem suria dan Bumi. Berhubung dengan ini, dalam kitab Al-Asas fi al-Tafsir, As-Syeikh Said Hawa berkata, "Sesungguhnya memang sudah ada satu keyakinan sebelum terjadinya bintang-bintang, keadaan di angkasa raya adalah dalam bentuk gas seperti asap." Pandangan seperti ini dapat diterima sebagai sahih kerana ia begitu hampir dengan maksud perkataan dukhan di dalam Quran.

P/s : Alangkah bahagia jika tergolong dalam golongan 7,8 dan 9. Berusahalah... Usaha tangga kejayaan. Yes!!!

Bagaimana Syaitan bersumpah untuk menyesatkan manusia

Mari kita lihat bagaimana Syaitan bersumpah untuk menyesatkan manusia.
Lihat surah Al-A'raf ayat 13-23:

 7:13

Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".
 7:14
Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".
 7:15
Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)".
 7:16
Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
 7:17
"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".
 7:18
Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;
7:19
"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim".
7:20
Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)".
7:21
Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua".
7:22
Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?"
7:23
Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

Berdasarkan ayat diatas, kita dapat lihat bagaimana syaitan mengoda dan menyesatkan manusia. Syaitan akan menggunakan pelbagai cara untuk menyesatkan anak adam. Walaupun tidak sesat tapi sekurang-kurangnya membuat anak adam ini lalai dengan suruhan Allah. Syaitan memang tidak mengenal erti putus asa.

Adakah anda termasuk dalam golongan mereka yang tertipu dalam tipu daya syaitan?
Disini tersenarai ciri-cirinya :
- tak tersentuh dengan ayat2 Allah apabila mendengar mahupun ketika membaca
- semakin ketagih dengan nikmat dunia
- berlengah-lengah  dalam melakukan amal kebajikan
- kemaksiatan yang bercambah
- lemah keinginan agungkan Allah dan takutiNya

Marilah sama-sama mendekatkan diri kita kepada Allah dan sentiasa istighfar apabila diri mula menunjuk ciri-ciri diatas. 

P/s : Aku insan yang lemah. Perlukan peringatan sentiasa...

Jagalah Allah


Dari Abil Abbas Abdullah bin Abbas ia berkata...
"Dahulu aku pernah berada di belakang Rasulullah, lalu beliau bersabda:
"Wahai anak kecil sesungguhnya aku ingin mengajarimu beberapa kata, jagalah Allah, maka pasti Allah menjagamu, jagalah Allah pasti kau akan menjumpai-Nya dihadapanmu. Apabila engkau meminta maka mintalah kepada Allah dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, seandainya suatu umat berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu maka mereka tidak bisa memberi manfaat tersebut kecuali yang telah ditakdirkan Allah untukmu dan apabila mereka berkumpul untuk memudharatkanmu maka mereka tidak bisa memudharatkanmu kecuali dengan apa-apa yang ditakdirkan oleh Allah atasmu, telah diangkat pena dan telah kering tinta" 
(HR. Tirmidzi, dan dia berkata hadith hasan shohih).

P/s : Sesuatu perkara atau tragedi tidak akan berlaku jika tanpa izin-Nya. Ayuh kawan2ku. Mari kita kembali kepada Allah...

Wednesday, February 01, 2012

Jangan buka di New Tab!

Disini ada sedikit pesanan khidmat masyarakat dari pakar programming. Dia pesan kalau nak Log In / Sign In account e-mail dan account bank secara online, anda dinasihatkan supaya membukanya di New Window. Jangan sesekali Log In / Sign In account e-mail dan account bank di New Tab. Bila korang Log In kat New Tab, ia seperti membuka pintu untuk hacker mencuri password account e-mail dan account bank anda. Sangatlah tak selamat kalau mereka dapat curi password account bank. Pakar programming berkata, ada satu taktik dimana hacker boleh manipulasi kod supaya dapat mencuri password bila pengguna sedang Log In di New Tab. Demi keselamatan account anda, lepas ni nak Log In account e-mail dan account bank bukalah kat New Window.


P/s : Semoga dengan pesanan ringkas ini dapat mengurangkan risiko kes jenayah di alam siber. Hehe

Friendship live in Doa'

UKHWAH doesn't need TOGETHERNESS and EVERYDAY CONVERSATION 
as long as 
the 
FRIENSHIP live in the doa, it remain ABADAH

Does it means that I must always positive thinking to think they always remember me?

Sometimes,
I give up to think other people business.
But what can I do,
I can't live without them.
I need someone to be my friend.

Why people not treat me well?
Why they throw away me like that?
If they doesn't want to be my friend just say it.
Just say you hate me.
Don't make me waiting like crazy people.
Send you sms... But you doesn't reply...
Waste my time to worry you...
Everything I do for you..
Even sometime it look like not necessary to help you...

I think I'm too kind...
Yeah... I'm too kind...
I cannot control my kindness...
I hate to feel like this... 


P/s : I'm frust with my former friend. I hate them. After this, I need to make my life busy as busy I can. Although my life become busy, it doesn't mean I have to skip what that has been obligated to me. I just want to stay away from thinking other people business. That all.

Terasing

Aku nak cari buku ni. Nampak macam best.
Sekarang ni aku rasa terasing. Terasing dari dunia luar, Terasing dari kawan2, Terasing dari blog. Apa yang aku buat semua tak kena. Terasa aku hidup dalam dunia aku sendiri. Aku buat benda yang aku suka dan orang lain suka. Benda aku suka seperti menyendiri dan online. Aku pun suka tolong orang dan tolong sebaik dan sehabis mungkin. Antara cara aku menghilang rasa Terasing ni seperti solat, solat rawatib, baca al-mathurat dan baca al-Quran. Bila buat semua tu, sepanjang hari merasa aman. 

Kadang2 niat juga membuatkan aku merasa Terasing. Bila aku perbetulkan niat baru rasa Terasing ni hilang. Selalunya aku buat sesuatu mesti kerana seseorang atau nak dapatkan sesuatu. Contoh pertama, bila aku tolong emak sebab aku rasa bosan dekat rumah. Bila teruskan niat ni memang hati tak tenteram sepanjang hari. Tapi bila aku ubah niat, aku tolong emak sebab sekarang masa aku lebih lapang. Masa ni je aku bersama mak. Lain masa kita tak tahu. Entah sempat lagi nak berbakti kepada emak. Bila aku niat macam tu baru lega hati. 

Begitu juga dengan berkawan. Bila aku niat aku berkawan dengan orang supaya aku rasa aku masih wujud kat dunia ni. Terasa ada juga orang masih teringat kat aku dan masih anggap aku sebagai kawan. Tapi bile diteruskan niat ni hati ini terus tak tenteram sepanjang hari. Tapi bila aku ubah niat, aku berkawan supaya mereka senang bila bersama aku. Bila diorang perlukan sesuatu, aku berada disamping mereka dan sedia membantu. Tapi bila aku keseorangan dan perlukan bantuan, biar aku selesaikannya sendiri. Bila aku niat macam ni terus hati merasa nyaman. Aku rasa aku kena buat perkara yang membawa benefit kat orang lain tapi tidak buat aku. Patut ke aku berfikiran macam tu?

Perkara yang boleh dibuat masa cuti.

Ada yang masih blurr nak manfaatkan masa cuti? Here are some ideas (^^,

# Peruntukkan masa lepas subuh : baca Quran / mathurat / hafas / tadabbur.

# Buat kerja2 rumah cepat2 sampai tak sempat mak ayah kite nak buat apa2. Semua kita yang setelkan. Barang dapur, offerlah diri pergi belikan. Jangan tunggu disuruh. Terbaek.!!
# Buat aktiviti yang jarang dibuat. Sisters : Offer2la masak menu2 yang baru kat rumah, baru terasa special sikit menu rumah bila anda ada kat umah. 

# Dhuha + zikir + dengar Ikim (Sambil2 buat kerja lain) banyak ilmu, banyak muhasabah, banyak pahala. daripada duduk dengar lagu jiwang, lagu rock, korean, hati tak tenang, pahala tak dapat, resah gelisah duduk pikir nak kawin, kerja pulak tak sudah2.

# Manfaatkan waktu online : tengok video Islamic bermanfaat, sebarkan pada kawan + famili. 

# Make list utk bacaan (news + buku). waktu cuti waktu otak free, senang nak serap ilmu. 

# Make list surah hafazan. 

# Make list perancangan semester depan. (study / society / skill / target). buat PLANNER! 

# Ziarah jiran / saudara mara. Penuhi undangan kalau takda keuzuran. Inilah masa kenal sedara dan orang kampung. Jangan duduk jadi batu belah batu bertangkup ja kat rumah. Boleh cerita2 isu2 semasa yang maybe orang tak aware. Kongsi pandangan. Kadang2 pandangan sesetengah orang yang kurang menyuarakan pandangan ini bagus taw. 

# Ziarah kawan2 lama (haa sume IPT duduk cuti belaka kan?? boleh buat reunion). Sebarkan ilmu2 / kebaikan2 yang anda ada. Tak sama dengan MELEPAK BORAK BENDA yang SIA-SIA okey. Ajak diorang join anda buat aktiviti amal. 

# Ziarah sekolah lama, jumpa guru2 dan ucapkan terima kasih atas didikan mereka dulu. 

# Cari artikel2 Islamic @ isu2 semasa, print, photostat banyak2 dan letak dekat masjid / surau. Edar2kan kepada pengunjung masjid, after solat jumaat ke, untuk bacaan mereka. 

# Volunteer untuk tolong program2 masjid / program2 kampung / gotong royong / kelas mengaji etc 

# Ajar adik2 / anak sedara tentang solat / wudhuk / aurat / kisah nabi dll. bukan duduk ajak tengok movie kartun dan main games je. Inilah peluang untuk latih diri nak jadi ibu yang baik ;D 

# Jangan lupa contact sahabat2 uia / lecturer2 tanya khabar, kongsi tazkirah / ajak puasa / kejut qiyam dll. 

--> di uia, bukan di uia, rumah, luar rumah, Allah tetap ada di mana2. Jadilah diri sebenar, dengan iman yang benar. Bukan berubah melihat pada tempat masa dan suasana. 
Selamat Bermujahadah dan memanfaatkan cuti ^^

P/s : Pesanan dari Kakak VIM. Hurm... Berat juga list ni tambah pula cuti dah nak habis dah.

Kenapa boikot Mc Donald?


P/s : Dah lama dah tak makan dan memang tak teringin langsung nak makan. Mc Donald tak sedap... > <

Comellah bapak saya.

Korang jangan geli tau ngan tajuk aku kat atas ni. Tapi serius memang comel. Kenapa aku kata macam tu.??? Korang jangan fikir bukan2 pulak. Macam ni cerita dia....

Pada suatu hari dimeja makan, mak aku bertanya kepadaku. Mak aku bertanya," Kakak buat apa dalam bilik lepas maghrib?. Main sorok2 sambil baca sesuatu dalam bilik ke? Bapak tanya mak sebab bapak kata kamu baca sesuatu tapi baca sorok2. Dia dengar sayup2 je. Tak dengar dengan jelas. Mak risau kalau kamu buat sesuatu tak elok." Aku dalam hati tergelak. Lepas tu aku jawab,"Mak, bella tak buat pape pun dalam bilik. Cuma baca sesuatu je. Macam mak buat tiap2 malam." Mak aku tanya lagi," Tahulah. Kamu baca apa malam2. Seram tengok." Aku pun menjawab," Bella baca Al-Mathurat. Kan lepas subuh dengan lepas maghrib nak kena baca." Mak tanya lagi," Yang dalam buku kecil tu?" Aku menjawab," Ni buku Al-Mathurat. Versi kecil punya. Boleh bawa kemana-mana. Yang bella bagi emak tu buku yang bella dapat masa taaruf week cfs. Sama je macam mak punya." Lalu aku menunjukkan kat mak buku yang aku maksudkan.


Mak aku pun belek2 buku atas ni. Kemudian mak berkata,"Buku ni tak selengkap macam buku yang kamu bagi kat mak." Aku membalas,"Takpe mak, ni dah kira ok dah." Mak berkata pula," Lega mak. Ingatkan kamu buat apa dalam bilik senyap2." Sejak dari tu aku baca al-Mathurat bila bapak duduk dekar ruang tamu. Kesian juga dekat dia. Kesian sebab dia penat2 fikir macam2 pasal aku. Banyak lagi benda penting yang nak difikirkan. Jangan risau ayahdaku. Anakmu takkan buat benda yang dilarang agama. Tapikan, lagi best kalau bapak tanya sendiri kat aku. Boleh aku explain panjang lebar sikit. Silap2 aku dengan bapak aku berdebat. Haha... 

Jap, tadi kamu kata bapak kamu comel? Mananya?
Maksud aku, kecomelan dimata aku bila bapak aku tertanya-tanya sesuatu tapi akhirnya dia rujuk kat mak aku jugak. Dia tak pula tanya anak dia. Hehe... Harap jawapan aku memuaskan hati.

P/s : Aku tak suka baca kuat2 bila baca seorang diri. Takda kemanisan kalau baca kuat2.