Monday, January 30, 2012

Mitos tentang pakaian.

Dah lama aku tak update tentang mitos. Dulu aku pernah post pasal mitos pokok puding. Kenapa harus pakaian? Aku dengar yang pakaian yang tak muat dipakai atau dah lusuh, tak elok dibuat sebagai pengelap lantai. Betul ke? 

Ada yang kata kalau pakaian tu dibuat pengelap kaki, nanti dibenci orang. Dan ada juga yang kata badan akan rasa gatal2 kalau pakaian yang tak digunakan dijadikan sebagai pengelap. Bapak aku pun cakap yang Embah pun marah kalau jadikan baju2 yang tak pakai sebagai kain lap.
Hurm... Boleh percaya ke?

Baju ni dah buruk.
Boleh dijadikan kain lap tak?

Rasa aku lah, seeloknya pakaian yang tak muat tu tak perlu dibuat kain lap. Baju yang kita pakai bertahun-tahun akhirnya riwayat baju itu berakhir sebagai pengelap lantai. Baju kita pakaikan dibadan hari2, last2 berada di tapak kaki kita atau dibuat lap. Hurm... Nampak macam tak patut je. Mana yang tak muat tu baik disedekahkan kepada sesiapa yang muat untuk memakai baju tu. Orang tua2 nasihat supaya ditanam baju yang kita yang dah lusuh. Pasti ada sebab kenapa kita perlu tanam baju tersebut. Agaknya kenapa ya?

P/s : Korang setuju tak pendapat aku yang pakaian tak patut dijadikan kain lap? Kalau korang tak setuju kenapa ya?

5 comments:

  1. hmmm, sedekah jek kat orang lain. hehe XD

    ReplyDelete
  2. Setuju sebab kalau dibuat kain lap macam sia-sia je duit pergi beli baju. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah penat2 beli. mahal pula tu. takkan buat kain mengelap. hahaha

      Delete
  3. Entahla kan. Kalau tanam malas korek lubang pula, kesudah yg paling senang bg lori sampah ja. Bg lori sampah angkut. Hie

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe