Showing posts with label Mitos. Show all posts
Showing posts with label Mitos. Show all posts

Monday, January 30, 2012

Mitos tentang pakaian.

Dah lama aku tak update tentang mitos. Dulu aku pernah post pasal mitos pokok puding. Kenapa harus pakaian? Aku dengar yang pakaian yang tak muat dipakai atau dah lusuh, tak elok dibuat sebagai pengelap lantai. Betul ke? 

Ada yang kata kalau pakaian tu dibuat pengelap kaki, nanti dibenci orang. Dan ada juga yang kata badan akan rasa gatal2 kalau pakaian yang tak digunakan dijadikan sebagai pengelap. Bapak aku pun cakap yang Embah pun marah kalau jadikan baju2 yang tak pakai sebagai kain lap.
Hurm... Boleh percaya ke?

Baju ni dah buruk.
Boleh dijadikan kain lap tak?

Rasa aku lah, seeloknya pakaian yang tak muat tu tak perlu dibuat kain lap. Baju yang kita pakai bertahun-tahun akhirnya riwayat baju itu berakhir sebagai pengelap lantai. Baju kita pakaikan dibadan hari2, last2 berada di tapak kaki kita atau dibuat lap. Hurm... Nampak macam tak patut je. Mana yang tak muat tu baik disedekahkan kepada sesiapa yang muat untuk memakai baju tu. Orang tua2 nasihat supaya ditanam baju yang kita yang dah lusuh. Pasti ada sebab kenapa kita perlu tanam baju tersebut. Agaknya kenapa ya?

P/s : Korang setuju tak pendapat aku yang pakaian tak patut dijadikan kain lap? Kalau korang tak setuju kenapa ya?

Sunday, September 04, 2011

Mitos tentang pokok Puding

Bila dengar nama pokok Puding ni, agak2 apa yang terlintas dalam kotak pemikiran anda?


Mesti teringat puding kan3333...
Kalau tak pun mesti makanan.. Mengaku jela...
Ni dia pokok pudingnye...



Makcik saya cakap, pokok ni namanya pokok Puding sebab warna daunnya berwarna warni macam Puding.Percaya tak pokok ni takde bunga. Cuma daun semata-mata. Lawa buat perhiasan pagar rumah.

Tadi kata ada mitos pasal pokok Puding... 
Mananye tak nampak pun...

Bawak bertenang. Baru nak cerita mitosnya.
Dengar cerita dari kampung saya yang pokok ni tak elok ditanam dihalaman rumah nanti tok laki mung mati dulu. Maksudnya nanti suami tuan rumah yang ada pokok Puding tu mati dulu.

Jap, ada kena mengena ke pokok puding dengan orang nak mati...

Berdasarkan pemerhatian penduduk kampung saya yang bertahun-tahun tinggal di kampung, apa yang dia lihat hanya janda sahaja yang tanam pokok Puding. Lagi satu perasan tak pokok Puding ni biasanya kat mana? Kat atas kuburkan. Diorang buat pokok ni sebagai pokok hiasan atas kubur.

Hek eleh... Sebab tu je ke...
Habis tu pokok bunga kemboja tu pe cite?


The moral of story : Korang percaya ke mitos karut marut macam ni. Takkan sebab pokok jadi sebab penyebab suami, isteri, orang mati dulu. Lainlah kalau orang mati langgar pokok. Tapi takkan nak salahkan pokok jugak. Mesti orang duk salahkan orang yang langgar tu. Kesian pokok tu tak bersalah. Dia pun makhluk Allah juga. 

Ingatlah hanya Allah mempunyai kuasa manghidupkan malah mematikan makhluknya. Jika berlaku sesuatu sama seperti apa yang diperkatakan dalam mitos tersebut ingatlah bahawa kejadian tersebut hanyalah suatu kebetulan dan itu semua adalah kehendak Allah. Yakinlah dan bersangka baik kepada Allah. Lagi2 tentang Jangan tanam pokok sebarangan. Sudahlah... Takpayahlah percaya dengan mitos2 ni...Syirik tau...

P/s : Setelah aku menulis entry ini, aku merasa yakin untuk tanam pokok Puding dihalaman rumah aku. Penat doh aku angkut pokok tu dari halaman rumah Embah tetiba pula ada orang cakap bukan2 pasal pokok tu sebab mitos ni la. Banyak kali kot dia duk ulang2 benda yang sama macam nak mendoakan bapak aku mati cepat. Tak baik tau. Goyah kejap iman aku. Haish....