Monday, January 30, 2012

Juara AJL ke 26 ialah Hafiz - Awan Nano


Untuk AJL kali ini, Hafiz AF7 merangkul gelaran juara. 


Pada mulanya aku tak tertarik nak dengar lagu ni. Tapi lepas tengok AJL tadi terus tertarik nak dengar. Hehe... Yang lebih tertarik bila nampak ada penyanyi 80-an yang memegang watak sebagai bapak kepada Hafiz untuk lagu ini. Bila tengok dua2 tu nampak macam anak dan bapak kandung. Rupanya penyanyi vateran tu adalah Herman Tino. Mulanya ingat penyanyi Indonesia. Tapi rupanya penyanyi Malaysia. Bapak aku bila tengok penyanyi vateran ni dia terus semangat bercerita. Dia kata arwah Embah Lanang dulu suka dengar lagu dari Herman Tino. Wah... Aku tak sangka... Dia siap suggest untuk cari info kat internet. Yup... Saya dah cari informasi tentang dia. Disini diselitkan sedikit kisah beliau.

Sumber : [Link]
PENYANYI Herman Tino, 52, amat sinonim dengan kain pelekat. Belum ada penyanyi tempatan yang dikenali dengan identiti begitu. Kain pelekat yang menjadi kebanggaan Herman Tino bukan sembarangan kerana ia ada cerita tersendiri.

Kata Herman yang pertama kali muncul dengan album Mengapa Dikenang Mengapa Difikir pada tahun 1984, dia mempunyai sembilan helai kain pelekat.

Sehingga kini dia telah menggunakan tujuh helai kain pelekat yang mewakili tujuh buah album yang telah dihasilkan.

Dia yang menyepi diri dari dunia seni sejak 1989 dan kini kembali membuat promosi untuk album Memori Hit Herman Tino edaran syarikat EMI itu baru-baru ini membongkar rahsia kain pelekat tersebut.

“Sebenarnya saya ada sembilan helai kain pelekat yang istimewa. Sepanjang saya menjadi penyanyi, saya sudah guna tujuh helai. Tinggal dua helai lagi. Itulah saya tengah fikir masa bila kain pelekat itu akan digunakan kerana setiap kain mewakili album baru.

“Kain-kain pelekat tersebut adalah pemberian daripada ibu saya. Ada maksud di sebalik kain pelekat itu. Setiap kali raya Aidilfitri, ibu saya hadiahkan kain pelekat untuk saya pakai sembahyang raya tapi saya tidak pergi. Dari himpunan kain itu maknanya sembilan kali saya tidak pergi menunaikan solat raya,” cerita Herman jujur tentang kepincangan sikapnya itu.

Jelas Herman, sewaktu belum bergelar penyanyi, dia bukan sahaja malas menjengah masjid setiap kali solat sunat Aidilfitri malah dia juga dikenali sebagai pencuri ayam.

Katanya, ramai penduduk di Tanjung Karang, Kuala Selangor tahu ketika remaja Herman suka mencuri ayam.

“Saya pernah mencuri kelapa, padi dan paling tragis saya curi tujuh ekor ayam guru yang mengajar saya mengaji al-Quran semata-mata untuk melihat persembahan Jeffry Din dan L.Ramlee. Guru saya tahu tapi dia tidak ambil sebarang tindakan.

“Saya lahir daripada keluarga miskin tapi masih tidak sedar diri. Waktu di kampung dulu saya berlagak kerana boleh menyanyi walaupun tidak sesedap mana. Lagu kegemaran saya Have You Ever Seen the Rain,” katanya yang masih menyanyi di majlis tertutup dengan Santino Grup.

Paling sedih kata Herman, ibunya pernah menggadai barang kemas semata-mata untuk membantunya menjadi penyanyi.

Malah sewaktu menjadi penyanyi Herman pernah mencetuskan kontroversi dalam dunia seni. Banyak cerita di majalah dan akhbar yang mengatakan Herman merajuk pada dunia seni dan menunjukkan protesnya dengan berjalan kaki dari Kuala Lumpur hingga ke Ipoh.

“Sebenarnya saya bukan merajuk dengan dunia seni tapi kesal dengan perubahan diri setelah bergelar penyanyi. Bayangkan orang miskin seperti saya tiba-tiba dapat kemewahan tentulah jadi lupa diri.

“Sewaktu popular saya mendapat pujian melambung dan hampir tersungkur. Semua itu adalah anugerah Allah yang perlu dijaga tapi waktu itu saya tidak menjaganya.

“Disebabkan saya rasa bersalah kerana tidak mensyukuri nikmat itulah saya berjalan kaki ke Ipoh untuk menenangkan hati. Tunggulah satu masa nanti saya cerita kenapa saya mengambil tindakan begitu,” katanya yang banyak terhutang budi dengan S.Atan yang membimbingnya menjadi penyanyi lagu asli menerusi album Melayu Deli.

Selain lagu Asli, Herman juga berkemampuan mendendangkan lagu berentak dangdut dan pop.

“Lagu dangdut saya bukan yang boleh ditarikan sebab saya nyanyi lagu dangdut inang. Bila saya menyanyi bersama grup, ramai yang sangka saya penyanyi dari Indonesia. Untuk pengetahuan, saya adalah anak Jawa dari Malaysia,” katanya dengan bangga.

Suami kepada Noraini Ibnu, penyelia KLfm dan bapa kepada Yusnor serta datuk kepada Mukhris itu berkata, buat masa ini dia malas untuk serius dalam bidang seni.

Antara lagu Herman Tino yang masih hangat hingga kini ialah Pelita Dalam Kabus, Berkorban Apa Saja, Yale Yale, Makan Sirih, Kamar Sepi, Ojo Kesandung, Cinta Tertahan Tahan dan banyak lagi. Semua itu boleh didapati dalam album Memori Hit Herman Tino yang kini di pasaran.

Bapak aku suruh aku search dan dengar lagu dia kat internet. Hurm... Tapi sekarang mood aku lebih ke arah mendengar lagu dari Opick. Tenang jiwa bila dengar dendangan zikir dan pujian kepada Allah dari Opick.

P/s : Kena cari lagu dari Herman Tino. Rasa ketinggalan pula.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe