Monday, January 30, 2012

Mitos tentang pakaian.

Dah lama aku tak update tentang mitos. Dulu aku pernah post pasal mitos pokok puding. Kenapa harus pakaian? Aku dengar yang pakaian yang tak muat dipakai atau dah lusuh, tak elok dibuat sebagai pengelap lantai. Betul ke? 

Ada yang kata kalau pakaian tu dibuat pengelap kaki, nanti dibenci orang. Dan ada juga yang kata badan akan rasa gatal2 kalau pakaian yang tak digunakan dijadikan sebagai pengelap. Bapak aku pun cakap yang Embah pun marah kalau jadikan baju2 yang tak pakai sebagai kain lap.
Hurm... Boleh percaya ke?

Baju ni dah buruk.
Boleh dijadikan kain lap tak?

Rasa aku lah, seeloknya pakaian yang tak muat tu tak perlu dibuat kain lap. Baju yang kita pakai bertahun-tahun akhirnya riwayat baju itu berakhir sebagai pengelap lantai. Baju kita pakaikan dibadan hari2, last2 berada di tapak kaki kita atau dibuat lap. Hurm... Nampak macam tak patut je. Mana yang tak muat tu baik disedekahkan kepada sesiapa yang muat untuk memakai baju tu. Orang tua2 nasihat supaya ditanam baju yang kita yang dah lusuh. Pasti ada sebab kenapa kita perlu tanam baju tersebut. Agaknya kenapa ya?

P/s : Korang setuju tak pendapat aku yang pakaian tak patut dijadikan kain lap? Kalau korang tak setuju kenapa ya?

Juara AJL ke 26 ialah Hafiz - Awan Nano


Untuk AJL kali ini, Hafiz AF7 merangkul gelaran juara. 


Pada mulanya aku tak tertarik nak dengar lagu ni. Tapi lepas tengok AJL tadi terus tertarik nak dengar. Hehe... Yang lebih tertarik bila nampak ada penyanyi 80-an yang memegang watak sebagai bapak kepada Hafiz untuk lagu ini. Bila tengok dua2 tu nampak macam anak dan bapak kandung. Rupanya penyanyi vateran tu adalah Herman Tino. Mulanya ingat penyanyi Indonesia. Tapi rupanya penyanyi Malaysia. Bapak aku bila tengok penyanyi vateran ni dia terus semangat bercerita. Dia kata arwah Embah Lanang dulu suka dengar lagu dari Herman Tino. Wah... Aku tak sangka... Dia siap suggest untuk cari info kat internet. Yup... Saya dah cari informasi tentang dia. Disini diselitkan sedikit kisah beliau.

Sumber : [Link]
PENYANYI Herman Tino, 52, amat sinonim dengan kain pelekat. Belum ada penyanyi tempatan yang dikenali dengan identiti begitu. Kain pelekat yang menjadi kebanggaan Herman Tino bukan sembarangan kerana ia ada cerita tersendiri.

Kata Herman yang pertama kali muncul dengan album Mengapa Dikenang Mengapa Difikir pada tahun 1984, dia mempunyai sembilan helai kain pelekat.

Sehingga kini dia telah menggunakan tujuh helai kain pelekat yang mewakili tujuh buah album yang telah dihasilkan.

Dia yang menyepi diri dari dunia seni sejak 1989 dan kini kembali membuat promosi untuk album Memori Hit Herman Tino edaran syarikat EMI itu baru-baru ini membongkar rahsia kain pelekat tersebut.

“Sebenarnya saya ada sembilan helai kain pelekat yang istimewa. Sepanjang saya menjadi penyanyi, saya sudah guna tujuh helai. Tinggal dua helai lagi. Itulah saya tengah fikir masa bila kain pelekat itu akan digunakan kerana setiap kain mewakili album baru.

“Kain-kain pelekat tersebut adalah pemberian daripada ibu saya. Ada maksud di sebalik kain pelekat itu. Setiap kali raya Aidilfitri, ibu saya hadiahkan kain pelekat untuk saya pakai sembahyang raya tapi saya tidak pergi. Dari himpunan kain itu maknanya sembilan kali saya tidak pergi menunaikan solat raya,” cerita Herman jujur tentang kepincangan sikapnya itu.

Jelas Herman, sewaktu belum bergelar penyanyi, dia bukan sahaja malas menjengah masjid setiap kali solat sunat Aidilfitri malah dia juga dikenali sebagai pencuri ayam.

Katanya, ramai penduduk di Tanjung Karang, Kuala Selangor tahu ketika remaja Herman suka mencuri ayam.

“Saya pernah mencuri kelapa, padi dan paling tragis saya curi tujuh ekor ayam guru yang mengajar saya mengaji al-Quran semata-mata untuk melihat persembahan Jeffry Din dan L.Ramlee. Guru saya tahu tapi dia tidak ambil sebarang tindakan.

“Saya lahir daripada keluarga miskin tapi masih tidak sedar diri. Waktu di kampung dulu saya berlagak kerana boleh menyanyi walaupun tidak sesedap mana. Lagu kegemaran saya Have You Ever Seen the Rain,” katanya yang masih menyanyi di majlis tertutup dengan Santino Grup.

Paling sedih kata Herman, ibunya pernah menggadai barang kemas semata-mata untuk membantunya menjadi penyanyi.

Malah sewaktu menjadi penyanyi Herman pernah mencetuskan kontroversi dalam dunia seni. Banyak cerita di majalah dan akhbar yang mengatakan Herman merajuk pada dunia seni dan menunjukkan protesnya dengan berjalan kaki dari Kuala Lumpur hingga ke Ipoh.

“Sebenarnya saya bukan merajuk dengan dunia seni tapi kesal dengan perubahan diri setelah bergelar penyanyi. Bayangkan orang miskin seperti saya tiba-tiba dapat kemewahan tentulah jadi lupa diri.

“Sewaktu popular saya mendapat pujian melambung dan hampir tersungkur. Semua itu adalah anugerah Allah yang perlu dijaga tapi waktu itu saya tidak menjaganya.

“Disebabkan saya rasa bersalah kerana tidak mensyukuri nikmat itulah saya berjalan kaki ke Ipoh untuk menenangkan hati. Tunggulah satu masa nanti saya cerita kenapa saya mengambil tindakan begitu,” katanya yang banyak terhutang budi dengan S.Atan yang membimbingnya menjadi penyanyi lagu asli menerusi album Melayu Deli.

Selain lagu Asli, Herman juga berkemampuan mendendangkan lagu berentak dangdut dan pop.

“Lagu dangdut saya bukan yang boleh ditarikan sebab saya nyanyi lagu dangdut inang. Bila saya menyanyi bersama grup, ramai yang sangka saya penyanyi dari Indonesia. Untuk pengetahuan, saya adalah anak Jawa dari Malaysia,” katanya dengan bangga.

Suami kepada Noraini Ibnu, penyelia KLfm dan bapa kepada Yusnor serta datuk kepada Mukhris itu berkata, buat masa ini dia malas untuk serius dalam bidang seni.

Antara lagu Herman Tino yang masih hangat hingga kini ialah Pelita Dalam Kabus, Berkorban Apa Saja, Yale Yale, Makan Sirih, Kamar Sepi, Ojo Kesandung, Cinta Tertahan Tahan dan banyak lagi. Semua itu boleh didapati dalam album Memori Hit Herman Tino yang kini di pasaran.

Bapak aku suruh aku search dan dengar lagu dia kat internet. Hurm... Tapi sekarang mood aku lebih ke arah mendengar lagu dari Opick. Tenang jiwa bila dengar dendangan zikir dan pujian kepada Allah dari Opick.

P/s : Kena cari lagu dari Herman Tino. Rasa ketinggalan pula.

Sunday, January 29, 2012

Aku Mahu Terbang


Cerita cerekarama hari ini best betul. First time aku terpacak depan tv semata-mata nak tengok cerekarama sepanjang cuti semester ni. Sebenarnya aku tak berapa tertarik nak tengok cerekarama malam ni. Tapi lepas tengok permulaan cerita dia terus minat nak tengok cerita dia. Cerita dia ala2 cerita "Aku tak bodoh" dan ada unsur2 cerita novel "Meniti kaca". Ingat lagi tak novel Meniti kaca? Novel komsas form 1. Ni novel komsas dulu2. Maybe budak yang sebaya dengan adik aku dah tak pakai buku Meniti kaca untuk subjek komsas.

Apa yang aku dapat dalam cerita ni,
1- Tersentuh dengan sikap abang dia. Suka tengok abang dia yang kuat semangat, berdikari dan pandai bagi nasihat. Suka part yang Syukur bagi nasihat kat Rezki kat atas bumbung. Pandai dia bermain kata dengan adik dia. Aku kena macam tu jugak. Kena berhemah bila bagi nasihat terutama dengan orang yang lebih muda.

2- Kita belajar kerana apa? Hurm... Rezki belajar sebab nak jadi pandai. Nak jadi juruterbang kena jadi pandai. Aku?

3- Tabah hadapi dugaan. Allah menguji seseorang mengikut kemampuannya. Allah tak akan menguji seseorang diluar kemampuannya. Kena sentiasa ingat benda ni. Walaupun apa yang terjadi sama ada manis atau pahit, pasti ada hikmah disebalik kejadian tersebut. Jangan putus harapan pada-Nya dan teruskan jalani kehidupan.

4- Kena ada matlamat hidup. Bila dah ada matlamat, baru terasa hidup bermakna. Ada matlamat bukan sekadar mahu tapi perlu mencapai matlamat tersebut. Rezki nak jadi juruterbang. Dia mahu dan berusaha menjadikan impian satu realiti.

5- Taat kepada ibu bapa. Ikut cakap mak dan bapak. Setiap kata2 mereka ada hikmah. Marah2 mereka, garang2 mereka bersebab. Mereka begitu sebab sayangkan anak dia. Terkejut kat part Rezki curi duit mak dia semata-mata nak beli helikopter mainan. Tapi lega jugak sebab tengok Rezki teragak-agak nak guna duit mak dia. Nasib dia ada kawan baik yang sudi menghadiahkan helikopter mainan kat dia.

6- Nilai seorang sahabat. Sahabat yang berkongsi suka dan duka bersama. Suka tengok part Rezki bersama dengan Busran.

Banyak pula pengajaran yang aku dapat dari cerita ni. Dah nampak macam tulis karangan untuk bahagian komsas pula. Rindu pula zaman sekolah... T_T...

Disini disertakan link untuk download lagu tema cerita ni. Sempat lagi aku mencari...
Hohoho... Lagu dia best tau...
1- Vierra - Terbang
2- d'Masiv - Jangan Pergi
3- The Fly - Terbang

Cuma 3 tu sahaja yang aku ingat. Rasa banyak lagi lagu tema dalam cerita tu... 

Friday, January 27, 2012

Kesan dari berCouple...


Hmm... (sambil memikir kenapa saya Bosan)

Rasanya dah tahu kenapa aku rasa bosan hari ni. Ni mesti sebab aku terlalu khusyuk tengok movie. Terlalu khusyuk tengok sampai terbawa-bawa ke alam nyata. Bahaya ni. Selalu macam ni kalau lepas tengok movie. Kena kurangkan aktiviti tengok movie lepas ni. 

Berbalik kepada tajuk atas "Kesan dari berCouple", apa kaitan tajuk ni dengan movie? Sebenarnya macam ni. Malam semalam lepas habis tengok movie tu terus muncul dalam kotak fikiran aku pasal couple. Kalau korang perasan dalam banyak2 cerita atau movie yang ditayangkan yang berkisar tentang cinta pasti cerita tu bermula dengan couple dulu. Tak kiralah cerita melayu, indonesia apatah lagi korea dan jepun. Tak couple pun mesti berkawan dulu. Berkawan dengan berlainan jantina. Bila tengok situasi macam tu, aku merasa yang betapa cantiknya agama Islam itu. Dalam Islam dah meletakkan beberapa garis panduan cara2 dan batasan dalam pergaulan dan bagaimana nak dapat pasangan dalam Islam.

Kenapa aku merasa macam tu? Kerana bila kita ikut garis panduan yang telah ditetapkan, kita akan terhindar dari beberapa masalah yang dikira agak besar. Masalah yang saya maksudkan seperti masalah anak luar nikah, masalah putus cinta dan masalah cinta 3 segi. Masalah ni juga sering timbul dan sering dilakonkan dalam cerita dan movie. Bila kita jaga batas pergaulan, kita terhindar dari melakukan sesuatu perkara yang sangat bodoh macam bunuh diri sebab putus cinta, buang masa memikir si buah hati sampai makan tak lalu, kecewa cinta tak berbalas dan sebagainya. Kan bagus kalau kita ikut cara Islam. BerCinta lepas kahwin. Takda timbul masalah anak luar nikah, masalah putus cinta dan cinta 3 segi. Bila dah berkahwin, pasangan tu memang sah dah milik kita. Kita nak pegang2 pun halal, nak bawak pergi dating pun halal dan buatlah apa yang korang suka bersama. Masa tu memang takda sesiapa yang nak larang. Kecuali bila dah sampai masa untuk kembali kepada Allah.

Semua diatas ni cuma pandangan saya. Pandangan saya hasil dari pemerhatian cerita dan movie. Setiap orang ada pendapat masing2. Dan apa yang pasti berCouple tu lebih banyak bawa keburukan dari kebaikan. Jadi bercintalah lepas kahwin. Baru terasa nikmat. Renung-renungkanlah...

P/s : Aku dah hilang akal ke post pasal kahwin? Adush...

Aku dah bosan... Aku dah bosan!!!

Saya... Saya... (Berkata-kata sambil menguis habuk di lantai) <-- Gedik
Saya sebenarnya nak cakap yang saya sangat2 bosan sekarang. Sebenarnya saya memang tak nak sebut perkataan "Bosan" dan nak buang perkataan ni jauh dari kamus hidup saya. Tapi tak boleh. Serius bosan giler. Wa!!! Terasa macam takda arah tujuan. Kalau aku kat kampus sekarang ni, sekurang2 aku boleh pusing satu uia semata-mata nak hilang bosan. Tak pun pergi female sport complex. Cari kucing untuk aku belai puas2 (last2 kena gigit ngan kucing sebagai tanda terima kasih). 

Tapi aku kat rumah sekarang. Dah seminggu terperap kat rumah. Nak keluar malas sebab takda benda yang perlu aku buat kat luar melainkan sidai kain. Nak hang out ngan kawan, semuanya senyap je.  Kacau kang nampak macam aku pula takda kerja. Hari tu kawan ajak keluar pun aku tolak sebab tak cukup duit nak keluar. Semester lepas memang boros betul belanja. Tak simpan pun duit. Last2 aku terperap dirumah mengadap depan komputer. Merayap kat alam maya. Badan tak bergerak tapi jari yang bergerak. Aish. Rasa macam takda life langsung. Bila tengok movie, mak monyok sebab nampak aku terlalu khusyuk tengok movie. Hurm.. Nak kacau life mak bapak, diorang pun busy dengan life diorang. Hurmm...

Haish... Kawan... Takkan senyap je semua. Busy sangat ke diorang sampai tak tanya khabar. Bak kata bapak aku, jangan diharapkan kawan untuk tegur kita, diorang pun busy dengan kehidupan masing2. Hurmmm... Semua orang sibuk dengan kehidupan masing2. Dah tak hirau orang lain. Bila aku nak busy macam diorang... Bila cuti nak habis!!!... Hurmmmm...

P/s : Haishhh.... Aku cuma tahu mengeluh je... Kena fikir jalan untuk buang perkataan "Bosan"....

Thursday, January 26, 2012

Mood belajar mengikut jenis darah


P/s : Haha... Bila tengok A, teringat kat bapak...

Tuesday, January 24, 2012

Al - Mathurat

Apakah itu Al-Mathurat?
Al-Mathurat bermaksud amalan wirid, zikir dan doa yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAWdan dikumpulkan oleh al-Imam al-Syahid Hassan Al-Banna untuk menjadi manusia soleh. Tanpa hubungan yang akrab dengan Allah, jiwa akan keluh resah kerana tiada kedamaian. Seperti kata2 Syeikhul Islam dalam al-Kalimuttayyib : 
"Tanpa zikrullah secara istiqamah, diri itu umpama ikan yang tercampak keluar dari airnya"
Disini disertakan link untuk melihat zikir2 yang terkandung dalam al-Mathurat.
[Link]<--Al-Mathurat Sughra
Al-Mathurat ini perlu dibaca 2 kali sehari. Dibaca pada waktu pagi dan waktu petang.
Sebaiknya dibaca selepas subuh dan selepas asar.

Kelebihan membaca Al-Mathurat :
1- Tidak dihampiri syaitan
2- Rumah dan keluarganya selamat dari perkara yang tidak diingini.
3- Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat
4- Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari @ malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5- Selamat dari segala sesuatu
6- Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7- Allah berhak untuk meredainya
8- Tidak ada suatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9- Terhindar daripada syirik
10- Selamat dari bisa @ sengatan semua makhluk beracun
11- Dimudahkan menyelesaikan hutang2
12- Berhak mendapatt syafaat pada hari akhirat
13- Sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga waktu petang.
Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang, akan dipelihara oleh Allah hingga waktu pagi.
14- Mengamalnya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullahdari sudut zikir dan doa.

Walaupun apapun kebaikan yang kita dapat, niat utama kita untuk membacanya adalah kerana Allah.

Nak berubah?... Susah Ooo...


Siapa kat nak berubah tu senang? Proses nak berubah tu sangat susah. Ia memerlukan kekuatan mental dan rohani. Setiap hari kita belajar dari kesilapan. Even orang yang habis belajar sampai peringkat PHD pun masih lagi meneruskan pelajaran untuk mengubah diri. Kenapa saya kata nak berubah tu susah? Sebab saya alaminya sendiri.

Bayangkan sebelum ini saya memang liyat nak solat, nak baca Al-Quran pun malas, nak solat mesti dilambat-lambatkan dan lebih suka berhibur. Serius saya dulu sangat jahil. Walaupun family dah hantar saya ke sekolah agama waktu sekolah rendah, tapi biasalah budak2. Masa tu keinginan untuk bermain lebih kuat dari keinginan untuk belajar. Masa tu memang tak nampak langsung tujuan hidup yang sebenar. Cuma tahu makan, tidur, sekolah dan ikut cakap mak dan bapak. Perkara ini berterusan sehingga sekolah menengah. Sekurangnya saya bersyukur yang saya ada kawan yang rajin solat. Dari situ saya belajar untuk cuba cukupkan solat 5 waktu sehari semalam. Masa tu saya ingat kalau solat, saya akan berjaya macam kawan saya. Bila bersendirian, saya lebih suka dengar radio. Menyanyi untuk hiburkan hati memang lumrah masa itu.

Tapi semuanya berubah bila saya mula masuk uia. Pada mulanya tak sangka yang saya akan ikuti usrah. Masa tu pun tak terfikir usrah itu apa. Memang benda itu perkara yang sangat asing bagi saya. Kemudian diperkenalkan dengan Al-Mathurat. Sekarang diperkenalkan pula mutabaah ibadat.

Mutabaah Ibadat
Kakak usrah bagi jadual ni kat saya suruh isi sepanjang cuti semester ni. Serius katakan, jadual ni memberi saya semangat dan dorongan untuk mengubah diri. Bagaimana? Yelah, dah nama cuti. Semua benda nak buat. Nak tidur lama2, nak goyang kaki lama2. Malas nak buat tu nak buat ni. Nak mengadap komputer lama2 tengok movie. Tapi bila terkenang jadual tu rasa pilu pun ada. Bila tengok bilangan tick yang kita buat kurang atau tak buat langsung rasa macam teruk sangat diri ni. Sepanjang hari Allah kasi kita hidup, kita taknak pun nak lakukan sesuatu yang dikatakan amalan tambahan buat diri kita. Cuba kalau jadual tu betul2 jadi buku amalan kita. Kita tengok semuanya kosong. Kita kat mana tu nanti. Kadang2 cuba untuk memenuhkan. Dan lama kelamaan terasa kemanisan beribadat. Lain rasanya kalau kita buat mana yang ibadat wajib sahaja dengan buat ibadat wajib + sunat. Hanya Allah sahaja tahu kemanisannya. Kadang2 saya rasa bersyukur sangat sebab berpeluang merasai erti hidup sebenar dan dapat mengetahui tujuan hidup yang sebenar. Terima Kasih Ya Allah.

P/s : Cuma satu je. Bila la aku nak buang pengaruh cerita My Girlfriend is Gumiho. Huhuhu...
Masih berhantu dengan cerita ini...

Edit gambar dengan piZap pic.

piZap pic? Apakah itu?
Boleh edit gambar hanya mengunakan piZap pic? Biar betik...
Betul la... Tak perlu download, tak perlu nak install.
Just upload dan edit. Function dia lagi banyak dan pelbagai.
Gerenti korang suka.

Caranya :
1- Pergi ke laman --> http://pizap.com/
2- Click kat START
3- Then, korang akan nampak benda ni



Korang pilih dan click yang mana satu yang korang nak buat. Nak buat collage ke, edit photo ke atau nak buat background ke boleh je...

4- Korang dah boleh start edit atau buat apa yang korang suka kat gambar.


Korang pandai2 guna function yang ada kat atas tu. Boleh edit huruf, smile yang comel2, haiwan peliharaan. Kalau korang tengok satu2 memang rasa nak taruk semua kat gambar. Hehe... Letak pada tempat yang sepatutnya ek...

5- Lepas dah siap edit, click kat SAVE. Pastu pilih nak save kat mana.


Korang boleh save gambar kat komputer atau nak post terus kat facebook pun boleh.

Tengok hasil kerja saya... Hehe



Haha.. Seronok main edit2 gambar. Cubalah try. Selamat mencuba...^^

P/s : Cuma ada satu pemberitahuan kat sini. Untuk Save hasil kerja yang disiap, seeloknya disave kat album facebook. Kalau simpan secara direct ke file komputer risau pula kalau malware atau virus masuk dalam komputer. Pilihan ada ditangan anda... 

Aku, Adinda dan kekanda...


Aku nak tergelak bila dengar lagu ni. First, aku rasa muzik latar dia membuatkan aku rasa nak makan ais cream. Entah kenapa aku rasa macam tu. Second, sebab adik aku cerita yang bapak aku suka dengar lagu ni. Bila bapak aku dengar lagu ni kat radio, dia akan naikkan volume suara. Aku jadi kepelikan sekejap. Pelik pulak bapak aku jadi minat dengan lagu ni. Selidik punya selidik rupanya dia terkenang zaman dulu2. Dulu mak aku kerja petang2 dan bapak aku pula kerja pagi2 untuk cari rezeki. Kalaulah korang boleh bayangkanlah, macam mana hidup mak ngan bapak aku. Bapak aku kerja pagi2 dan mak aku tinggal kat rumah untuk uruskan hal anak2 dia. Kemudian bila pukul 5 petang, mak aku pula mula masuk kerja. Dan masa tu juga bapak aku balik dari kerja. Bapak pula tukar jadual jaga anak2 dia dari petang sampai tengah malam. Kemudian pukul 12 tengah malam baru emak balik dari kerja. Jadual ini berterusan dari hari isnin sampai hari sabtu. Hari ahad hari melepak. Masa ni emak cuba sedaya upaya untuk berehat seharian dirumah. Memang kitorang tak kemanalah. Keluar cuma nak beli barang dapur. Kadang2 tu kalau cuti panjang sikit, bapak ajak pergi picnic sambil memancing kat kolam ikan. Best tau. 

Bila terkenang balik, teringat zaman survive aku. Memang waktu tu aku survive giler. Aku jadi babysister + budak sekolah. Bayangkan aku terkejar-kejar nak balik rumah sebab nak jaga adik. Lepas je habis aktiviti kokurikulum, aku terkejar-kejar nak balik rumah sebab nak jaga adik. Memang aku merempit basikal masa tu. Aku dah plan dari awal. Kalau ada kokurikulum petang, dari pagi tu aku naik basikal. Biasanya aku pergi sekolah naik bas. Pastu bila sampai rumah, mak dah panggil2 suruh masuk rumah sebab dia dah nak pergi kerja. Begitulah rutin aku. Kadang2 aku malas sangat nak pergi kokurikulum. Nasib aku baik sebab cikgu2 aku baik dan tak ditolak markah merit kalau tak datang kokurikulum. Cuma terkenang satu hari tu aku basah kuyup mandi hujan sebab tak bawak payung. Aku jalan kaki sorang2 dari sekolah ke rumah. Aku terpaksa balik sebab adik aku sorang2 kat rumah walaupun masa tu hujan sangat lebat dan kilat sambung menyambung. Memang aku tak lupa bagaimana rasanya masa tu.

P/s : Kadang2 pengalaman dan kepayahan dapat mendewasakan kita.

Baucar Buku 1 Malaysia... Apa nak dibuat?


Hurm... Apa nak dibuat dengan baucer buku ni ek? Kenapalah aku tanya soalan macam ni... Semestilah untuk beli buku akademik untuk semester hadapan. Tapi, teringin jugak nak guna baucer ni untuk beli benda lain. Beli komik ke, buku cerita ke, novel ke. Tapikan, macam tak patut pula nak guna baucer ni untuk beli buku selain dari buku akademik. Baucer ni dari cukai yang dibayar oleh rakyat malaysia. Kesian mak bapak kita berkerja penat pastu kena bayar cukai kat kerajaan. Kemudian kita yang generasi muda pula gunakan kemudahan ke tempat tak sepatutnya. 

Yang lagi best, ada orang guna baucer buku ni untuk jual kat Mudah.com [Berita Penuh]


P/s : Apa yang boleh dikatakan, kita dah besar dan dikatakan boleh berfikir sendiri. Bertindaklah bila difikirkan benda tu membawa kebaikan bukan sahaja untuk kita sahaja tapi untuk semua pihak. Renung-renunglah

Perkara yang selalu buat masa kecil

Anda pasti pernah buat salah satunya masa kecil:
1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.

Gambar hiasan... Lebih kurang macam ni... Ngaaaa...
2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.

Selalu ingat macam tu masa kecil2...
Even dah besar pun masih fikir bulan ikut kita masa naik kereta...
hehehe
3. Lukis burung guna huruf 'v'.
Weh, burung2...
4. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.


5. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥
Nomo Nomo Nomo Chuahae...

Korang mesti pelik kenapa tiba2 kita post pasal perkara yang selalu buat masa kecil. Hurm.. Sebenarnya...... Kita ternampak status kat facebook pasal perkara yang selalu buat masa kecil. Bila baca status budak tu rasa tertarik pulak. Tambah dia suruh share. Jadi kita share kat blog. Ngeh33.. Macam budak2 pulak aku ni. Tapi serius, lepas baca status budak tu satu persatu memori timbul. Terutama masa nak lukis pemandangan untuk subjek pendidikan seni masa sekolah rendah. Aku kalau diminta lukis pemandangan, dalam fikiran aku mesti terbayang....


P/s : Terus terang, saya memang tak pandai melukis. Tapi saya pandai melukis pakai "Paint"...

Sunday, January 22, 2012

Sahabat yang baik

Salah satu pesan al-Qamah (sahabat Rasulullah s.a.w.) kepada anaknya:

"Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu."


P/s : Aku nak jadi sahabat yang sedia memberi, yang sedia membantu, yang sedia menyapa dahulu dan sedia memulakan persahabatan dahulu. InsyaAllah. Aku tak kisah kalau aku seorang je yang syok sendiri untuk berkawan. Yang penting aku dah buat apa yang aku perlu buat sebagai seorang sahabat.

Dilema Adik

Aku kesian kat adik aku. Aku tahu dia nak exam PMR tahun ni.


Bila masa aku cuti semester panjang, ayat yang aku selalu dengar dari mak dan bapak aku....
Kakak kamu tengah cuti panjang ni gunakan dia sebaiknya. 
Tanya soalan yang mana kamu tak tahu.
Aku on je kalau nak tanya soalan apa2 pun cuma tapi soalan yang adik aku tanya biasanya semua jawapannya ada dalam buku. Contoh, dia tanya soalan objektif kemahiran hidup kat aku. Bila aku tengok soalan tu terus terbayang buku text kemahiran hidup. Aku cakap kat dia. Kamu carilah jawapan kat buku text. Kat dalam tu semua ada. Cuma tinggal nak baca dan ingat. Macam cikgu kemahiran hidup aku cakap, soalan PMR untuk kemahiran hidup selalu berulang. Sebab tu masa exam PMR kemahiran hidup dia ambil balik kertas soalan exam. Pastu adik aku cakap, kan kamu balik. Tak tanya soalan kang kata kita tak tanya soalan masa kakak balik. Alamak sudah. Aku diam jelah.

Aku bukan kedekut ilmu. Tapi kalau asyik tanya soalan yang jawapan dia ada dalam buku, takkan aku yang nak kena belekkan untuk dia, tunjukkan muka surat kat dia. Aku dulu pun usaha sendiri nak belajar. Talian hayat aku cuma ada cikgu dan kawan. Mereka jadi sumber rujukan aku. Kalau ada apa2 ke, tak faham ke, aku kejar diorang. Kalau mak boleh digunakan untuk tanya soalan matematik. Mak yang dah tak sekolah 20 tahun pun masih boleh selesaikan soalan matematik. Mak memang powerlah. Kalau aku kena suruh tolong dia solve soalan matematik pula kena tengok keadaan. Kalau yang basic tu bolehlah aku tolong solvekan. Tapi ada satu topic tu aku tak dapat nak solve. Haish... Jatuh standard aku sebagai pelajar universiti. Malu2...

Apa2 pun, semoga adik aku berjaya menyiapkan buku latih tubi yang bapak aku baru sahaja beli semalam dan semoga cita2 dia untuk dapat 8A tercapai. Ingat, belajar kerana Allah dan untuk dapat ilmu. 8A tu cuma satu bonus sahaja.
P/s : Mak aku teringin nak tengok anak dia dapat 8A PMR. Maaf ya. Aku tak dapat nak melaksanakan hajat mak. Sekarang hanya boleh berharap cuma kat adik2 aku. InsyaAllah.


Akibat tidak solat.

Solat itu tiang agama. Mereka yang meninggalkan solat umpama meruntuhkan tiang agama. Yang lagi special tentang solat, solat adalah satu tuntutan yang Allah minta pada peristiwa Isra' Mikraj. Allah memerintahkan hambanya untuk solat. Dan perintah itu diminta oleh Allah directly to Rasulullah. Rasulullah dapat perintah untuk solat ketika berhadapan dengan Allah. Lihat. Betapa istimewanya solat itu dan betapa beratnya tuntutan solat itu. Jadi memang beratlah bagi mereka yang meninggalkan solat. Video dibawah ini menceritakan akibat tidak solat. Renung-Renungkanlah.


P/s :Allah dah bagi macam2 kat kita. Allah dah bagi peluang kat kita untuk terus hidup, sihat, Islam pun dah kira nikmat yang terbesar kita dapat. Kita perlu bersyukur dan berterima kasih kepadaNya. Bagaimana? Tunaikanlah solat 5 waktu sehari semalam. Begitulah cara yang paling basic untuk berterima kasih buat Pencipta kita.

Saturday, January 21, 2012

My Girldfriend is a Gumiho.

Wah!!!... Tak sangka aku sangkut dengan cerita "My Girlfriend is Gumiho". Ya, aku tahu, korang mesti dah tengok lama cerita ni. Tapi aku baru tengok. Kesian kan3. Sebenarnya tak. Kita dah tengok dulu tapi tengok dengan mood yang takde perasaan. Boleh pulak macam tu. Entah. Tiba2 aku rasa nak copy cerita ni dari kawan dan start tengok lepas habis exam last paper. Memang khusyuklah tengok sampai kawan ajak makan pun aku siap lambat sekali. Kalau boleh nak lekat kat depan laptop sampai tengah malam dan tak nak turun makan. Tapi apakan daya, janji harus ditunaikan. Ni kira satu kejayaan bagi penulis script cerita tu sebab aku ni bukan jenis hantu tengok cerita korea dan telah berjaya menarik minat aku untuk tengok cerita ni. Hahaha. Boleh pulak macam tu. Biasanya aku layan cerita jepun tau. Bagi yang tak tengok tu, sila2lah tengok. Best tau cerita ni.

Synopsis : [Wikipedia]
Cha Dae-Woong (Lee Seung Gi) accidentally releases a gumiho, a legendary fox with nine tails who was trapped inside of a painting of Grandma Samshin (三神). He does this by adding nine tails to the fox. The gumiho wanted to be human before, but was not able to fulfill the requirement of finding a husband, because a rumor was spread claiming that she eats the livers of humans. During their first encounter, Dae-woong experiences a life-threatening fall, and the gumiho saves his life by giving him her fox marble (여우 구슬). Later on, Dae-Woong wakes up and meets a pretty girl, not knowing that she is the gumiho that he released. When Dae-woong finds out about what he did, he must try to keep her happy and hide the fact that she is a gumiho from everyone. However, because Dae Woong has gumiho's bead that saved his life, he has no choice but to let her stay with him.

As the story goes on, the legendary gumiho, later called Miho, wants to be human. Miho (Shin Min Ah) is informed by a veterinarian named Park Dong Joo (who is half human, half monster) that in order to fully transform into a human, she must drink human blood and give a human her fox marble so that he keeps the fox-marble in his body for a full 100 days. Moreover, Dae Woong will not be able to date anyone else but Mi Ho within the 100 days. However, Dong Joo does not tell Miho that, after the 100 days pass, in order for her to become human, Dae-woong must die. Trouble brews when Miho and Dae-woong eventually fall in love.

Suka dengar soundtrack dia. Best sangat. Happy je dengar lagu dia. Nak dengar tekan kat link kat bawah.
List soundtrack OST My Girlfriend is a Gumiho.
4- Trap

P/s : Best2 pun still tengok dengan tekan next. Dengan cara begini. satu hari pun dapat katam 16 episode.

Nasyid VS K-Pop

Bila tengok taju "Nasyid VS K-Pop" teringat artikel Solusi edisi ke 39 dari Ustaz Pahrol Muhammad Juoi.


Artikel dia memang best. Ustaz tu ajar cara berhibur cara Islam. Terus terang katakan, saya memang suka dengar lagu. Kalau stress mesti terasa nak tengar lagu rock2 dan korea. Rasa lega sebentar. Kadang2 main game. Memang berlambak game dalam laptop ni. Pada suatu hari tu, entah kenapa hati ni rasa tak sedap. Ada je tak kena. Tambah pula masa tu minggu exam. Memang stress dia lain sikit. Seperti biasa, saya mengubat hati dengan main game sambil dengar lagu. Memang kuat betul pasang. Pakai earphone. Ingat bila pasang kuat2 sambil main game boleh hilangkan stress. Tapi aneh sebab semakin lama main rasa macam nak campak je laptop tu. Lepas tu aku shutdown terus laptop dan termenung seketika. Tetiba teringat buku solusi yang dah beli lama tapi tak baca lagi. Tengok tajuk depan pasal stress. Time tu aku pun rasa stress jugak last2 capai solusi tu dan baca. Belek2 setiap muka surat terpandang satu artikel tentang hiburan. Apa yang aku baca terkena sebijik2 kat aku. Dalam hati, aku mengiakan sahaja apa yang ustaz tu kata. Ada satu ungkapan yang sangat tersentuh masa tu. Ungkapan itu...
Hiburan yang berlebihan umpama meneguk air laut. 
Makin diteguk makin terasa dahaganya. 
Air laut itu pun tak mampu nak hilangkan dahaga.
Lepas baca artikel tu, aku tersedar. Aku dah terlalu banyak sangat berhibur. Berhibur tu tak salah cuma ada batasannya. Dalam ajaran islam, hiburan adalah seperti solat, membaca Al-Quran, zikrullah, berselawat dan ibadah2 lain sama ada asa atau sunat. Jika seseorang itu benar2 beriman, jiwanya akan terhibur dan tidak ada apa2 yang boleh menjejaskan hatinya. Nak berhibur tak salah cuma kena jaga batasan dan panduan dalam syariat. Hiburan tu mesti berunsurkan islamic, menutup aurat dan membuatkan kita lebih mendekati dan mengingati Allah. Itu baru hiburan yang sebenar.

Disini diselitkan video yang best juga. Silalah menonton ya.


P/s : Semoga aku lebih memilih untuk berhibur secara Islam...

Friday, January 20, 2012

Hanya tinggal kenangan


Entah mengapa sejak akhir2 ni aku asyik teringat arwah pakcik aku. Kadang2 masa nak study pun duduk teringat dia. Masa nak online pun duduk teringat dia. Apatah lagi masa buka facebook. Nasib baiklah makcik dah deactive account facebook dia. Hurm... Kenangan tentang dia terlalu banyak.

Bila teringat arwah, aku terfikir yang aku mungkin akan jadi seperti dia juga. Akan dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan. Semua orang akan merasai semua itu. Cuma membezakan cepat atau lambat. Kadang2 aku termotivasi seketika. Tak berani nak buat benda tak senonoh dan tak berani nak buang masa macam tu sahaja. Risau kalau aku tak sempat nak buat amal kebaikan. 

Bila dikenang kenangan memang sedih. Tapi bila dikenang pengajaran disebalik sesuatu trgedi secara tak langsung mengingatkan aku dan menguatkan aku. Arwah sempat meninggalkan zuriat. Semoga anak dia jadi anak yang solehah walaupun tak sempat nak merasai kasih sayang seorang bapa. Amin~

P/s : Alangkah bagusnya kalau aku lebih lagi merindui dan mencintai Rasulullah.

Kahwin VS Couple

Kahwin VS Couple. Isu ni memang hangat sepanjang masa terutama dikalangan remaja. Kita selalu didedahkan isu couple sejak di bangku sekolah lagi. Kawan kita sendiri pun bercouple. Biasalah remaja. Masa tulah nak test market dan skill mereka. Ada yang bercouple sejak dibangku sekolah dan bertahan sehingga ke jinjang pelamin. Orang tua2 selalu panggil "Cinta Monyet". Kadang2 terfikir pula kenapa harus "monyet"? Kenapa tak "Cinta Kucing" ke atau "Cinta Harimau" ke? Dalam banyak2 haiwan monyet juga dipilih. Haha. 

Daripada saya berceloteh panjang disini, marilah kita lihat video yang menarik. Best tau.
Video yang berkaitan dengan Kahwin VS Couple juga... Semoga dengan menonton video ini, kita akan memperoleh pelajaran dan menjadi pedoman buat kita kelak. InsyaAllah... Jom layan.



Contract kita dengan Allah.

Assalamualaikum semua.
Hari ini nak bercerita tentang contract kita kepada Allah. Anda perasan tak yang kita telah 'menandatangani' contract dengan Allah sebelum kita lahir ke dunia lagi. Masih ingatkah anda bahawa dulu2 anda pernah berjanji kepada Allah yang anda akan taat kepada dia dan mengakui Dia adalah tuhan yang maha Esa?

Surah Al-A'raf :172

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". 
 
Kita telah mengatakan "bala syahidna" dan mengakui Allah itu tuhan maha Esa.
 
Tetapi mengapa kita bila telah berada didunia, dengan segala nikmat yang kita dapat, kita lupa padaNya. Malah kita lupa kontrak kita kepada Allah. Kita merasa masih seronok melakukan kemaksiatan daripada mengikuti apa yang Allah suruh. Bila kita rasa sunyi dan terasa kekosongan dalam diri, kita lebih memilih untuk menghiburkan hati kita dengan dendangan lagu, bermain game, melepak dengan kawan2 dan berhibur. Tapi kita tak sedar yang cara sebegitu hanya menghilangkan sunyi dan kekosongan sebentar sahaja. Tidak lama kemudian, hati bertambah perit dan bertambah kosong.
 
Allah dah ajar kita bagaimana nak jalani hidup kita dimuka bumi ini. Kita dilahirkan dimuka bumi ini pun bersebab. Allah tidak mencipta sesuatu tanpa sebab. Allah ciptakan gunung kerana untuk menjadikan ia sebagai pasak bumi demi menjaga keseimbangan alam. Begitu juga manusia. Ada misi dan hikmah disebalik ciptaan manusia. Allah menciptakan manusia untuk beribadat kepadaNya dan menjadi khalifah dimuka bumi ini. 
 
Surah Adh-Dhariat : 56
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. 

Surah Al-Baqarah : 30

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"

Marilah kita tunaikan kontrak kita dengan Allah dengan melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa Allah larang. Mana yang ibadah wajib seperti solat, puasa, zakat mesti kena penuhi. Tak malukah kita bila diakhirat kelak Allah tanya kepada kita, dimanakah janji2 kita untuk taat kepadaNya jika sekarang kita masih lalai dengan kehidupan dunia dan tak buat apa yang Allah suruh. Ingat ajal tak kenal usia. Bila2 masa2 kita akan mati.

Surah Al-'Ankabut : 57
Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).

Thursday, January 19, 2012

What do you think?


Betul ke?
Bilik perempuan lagi bersih dari bilik lelaki
cuma
Kereta kepunyaan lelaki lagi bersih dari kereta kepunyaan perempun..
Bagaimana pula dengan pendapat anda?

Setelah sebulan lebih menyepi...

Assalamualaikum semua...

Rindunya dengan blog ni. Setelah sebulan lebih menyepi akhirnya dapat juga update blog ni. Sebulan yang lepas busy sangat. Busy nak study, join program, assignment, final exam dan banyak lagi. Itulah lumrah kehidupan bila sudah menjadi pelajar universiti. Sekarang sudah cuti semester, tapi macam takda perasaan pula cuti semester kali ini. Seperti biasa, time cuti smester tugas berubah dari seorang student sepenuh masa kepada surirumah sepenuh masa. Masa ni jugaklah nak topup balik apa yang aku tak buat masa aku sibuk study sepanjang semester. Tolong mak settlekan kerja rumah, bersihkan rumah dan jaga adik2. Bila tengok emak, terasa susah juga nak survive kat tengah2 bandar ni. Gaji tiap2 bulan tak cukup untuk menampung pembelanjaan rumah. Setiap minggu kurang2 RM200 melayang untuk belanja dapur. Nak kata beli barang atau makanan mewah tak jugak. Itu pun jarang makan kat luar sebab kitorang tak suka. Lebih yakin kalau masak sendiri. Harga barang semakin naik harganya. Dulu ikan sardin sekilo tak sampai RM5, sekarang naik RM8 sekilo. Kadang2 tu turun jugak dalam RM6 sekilo. Bapak pun kerja juga tambah mak terpaksa kerja. Jadi aku termotivasi seketika supaya aku tak lalai masa belajar nanti.


Aku juga ada seludup buku dan komik kat rumah jugak. Buku2 tu dalam proses membaca. Mengisi masa lapang dengan benda bermanfaat. Kadang2 rasa bersalah sebab dulu2 time sekolah tak belajar betul2. Tahu je belajar sebab nak dapat A banyak. Itu je. Rupanya kita perlu berlajar untuk dapat ilmu supaya dapat digunakan serta dimanfaatkan kelak. Banyak benda yang aku pernah jumpa tapi tak ingat. Lepas ni kena perbetulkan niat masa nak belajar. Belajar sebab nak dapat ilmu dan kerana Allah. Baru tak cepat bosan.

Setakat ini coretan saya yang tak seberapa ini. Jumpa di entry seterusnya. Wasalam.