Sunday, July 31, 2011

SAINS BUKTIKAN ZIKIR JANA OTAK AKTIFKAN KEBAIKAN

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

SUMBER: Ustaz Rohidzir Rais
Cpj: Dengan izin Allah, berzikir akan menjadikan jiwa manusia tenang.Dengan jiwa yang tenang, akal akan mendekati rasional dan menjauhi emosional(nafsu).Fikiran/Akal yang rasional membuahkan keputusan yang betul/tepat yang membawa kebaikan@Akal mengalahkan nafsu!...Moh lah kita berzikir weh!!!  Berzikir juga bermakna kita mendekati diri kepada Allah. Sekiranya kita mendekati Allah sehasta, Allah akan mendekati kita sedepa.Akhirnya kita akan berada di dalam pelukan/perlindungan Allah.Sesiapa yang dilindungi oleh Allah maka dia akan menjadi 'kebal'. Sesiapa yang mahu 'kebal' maka berzikirlah....InsyaAllah akan termakbul!

Saturday, July 30, 2011

Puasa | Kenapa bulan Ramadhan tidak bulan September? (Allah Itu Maha Adil)

"Apa istimewanya berpuasa pada bulan Ramadhan dan bukannya September?" saya bertanya. Para peserta modul Fiqh of Travellers terpinga-pinga.

       Bukan tidak tahu jawapan, tetaipi tidak faham apa hubung kaitnya antara Ramadhan dan September. "Kedua-duanya adalah bulan kesembilan di dalam kalendar Gregorian dan kalendar Hijriah Islam," aju seorang peserta.

       "Benar sekali. Tetapi sentiasakah Ramadhan itu jatuh bersamaan dengan bulan September?" saya melanjutkan soal jawab.

       "Tentu sahaja tidak. Malah Ramadhan akan tiba kira-kira 10 hari lebih awal berbanding dengan tahun sebelumnya. Ramadhan pernah jatuh pada bulan Disember, ia juga boleh tiba pada bulan Jun.

       Hikmahnya besar.

       Hikmah yang lebih jelas bagi manusia yang mengambil peluang kembara ke utara dan selatan Bumi.

       Semasa Ramadhan tiba pada bulan Disember, ia bermaksud umat Islam di negara-negara utara Bumi menyambut bulan yang penuh makna ini pada musin sejuk. Selain cuaca yang sejuk, mengurangkan rasa dahaga yang menguji, siang pada musim sejuk adalah pendek berbanding malam. Subuh lewat dan Maghrib pula awal.

       "Seawal bagaimana ustaz?" tanya seorang peserta.

       "Subuh boleh masuk selewat 7.30 pagi dan Maghrib pula masuk pada jam 4.00 petang!" saya menjawab.

       "Wah, hebatnya!" pelajar-pelajar itu kelihatan teruja.

       "Sebab itu ramai orang kaya buat 'umrah' di London, semasa Ramadhan jatuh pada musim sejuk!" saya berseloroh.

       Mereka ketawa, faham dengan bahasa sinis itu.

       "Tetapi lain pula ceritanya pada musim panas. Apabila Ramadhan tiba pada bulan Julai, itu sudah terbalik. Siang menjadi panjang, malam menjadi pendek." Saya menyambung penjelasan.

       "Misalnya?" tanya anak muda yang bakal terbang ke Amerika Syarikat itu.

       "Di Amerika Syarikat saya tidak pasti. Tetapi di tempat saya bertugas dahulu di Ireland Utara, Subuh boleh tiba seawal jam dua suku pagi dan maghrib selewat jam sembilan empat puluh lima!" jawab saya.

       Terkejut mereka.

       "Mujurlah saya sudah balik ke Malaysia. Kalau tidak, tinggal sekepinglah jawabnya!" saya mengusik.

       Dalam ketawa, mereka turut dilanda resah. Saya tinggal di Malaysia, mereka bakal terbang ke destinasi pengajian masing-masing. Bakal berpuasa di perantauan. Menyambut Ramadhan pada musim panas. Musim yang siangnya panjang berganda dan malam pula hanya segelintir hari.

       "Tetapi untunglah mereka yang bakal ke Australia dan New Zealand. Terbalik daripada UK, Amerika, Russia dan Jepun, bulan Jun, Julai dan Ogos di sana itu adalah musim sejuk," saya menyambung kuliah.

       Benar sekali.

       Jika selama ini, umat Islam di Hemisfera Selatan Bumi seperti Australia, New Zealand, Afrika Selatan dan Argentina diuji dengan Ramadhan yang jatuh pada November, Disember dan Januari yang merupakan musim panas, umat Islam di utara Bumi sedang meraikan puasa pada musim sejuk. Kini, apabila umat Islam di utara pula semakin panjang tempoh puasanya kerana Ramadhan jatuh pada musim panas, umat Islam di Selatan pula mengambil giliran menikmati puasa yang semakin pendek dan mudah.

      Duduklah dimana sahaja, dengan Islam kita akan menikmati keadilan Allah.

      Lagi bagus, kalau duduk di Malaysia, sejak lahir sampai mati, sentiasa sederhana dan sama sahaja!

      Berbeza sekali dengan agama Kristian yang menggunakan kalendar berasaskan Matahari. Tarikh 25 Disember sentiasa musim sejuk di Utara Bumi, dan sentiasa musim panas di selatan sana. Imej Krismas di Australia dan New Zealand tidak pernah sama dengan imej Krismas menurut sentuhan United Kingdom dan Amerika Syarikat kerana Disember sentiasa musim sejuk di atas sana, sentiasa musim panas di selatan pula.

      ISLAM AGAMA FITRAH
      Bukankah ia sesuatu yang indah?


TRANSFORMASI RAMADHAN - Hasrizal Abdul Jalil (www.saifulislam.com)

Friday, July 29, 2011

Teladan cerita Keranamu Laila.

Pernah tengok cerita Keranamu Laila?



Kalau pernah pasti pernah lihat watak aunty May / Qasidah.
Tentang kisah hidup aunty May ketika dia hidup susah, pakaian compang camping serta kehidupan Laila yang penuh dengan kemewahan itu terdapat mesej yang tersirat yang membuat kita terfikir sejenak.

  • pakai selipar jepun, pakai baju selekeh, rambut tak terurus ...tidak bermakna orang tu ..tak ada duit..
  • diam tidak mau bercakap..tidak bermakna..orang tu bisu...
  • kutip tin kosong, kutip suratkhabar ..menyara hidup ...tidak bermakna orang tu 'kotor'..
  • tidak mencuri, sanggup kerja ...menyara hidup..bermakna ..dapat rezeki halal..dgn tangan sendiri...apa kah salahnya??
  • ada banyak duit ..tidak bermakna ..ada kebahagiaan ...
  • pakai baju yang besar saiznya, yang berkedut, yang lama..tidak bermakna dirinya 'kotor'..
  • tidak bermekap..tidak set rambut..tidak bermakna ...mukanya hodoh..
  • hidup merana skrg..tidak bermakna orang tu tak berpelajaran dulu...
  • hidup miskin skrg..tidak bermakna orang tu tak kaya dulu...dan hidup mewah dulu tidak bermakna akan kekal selamanya...

The moral of story : Don't judge the person based on their appearance.
Terimalah seseorang itu seadanya. Jangan kerana dia kaya, semua orang pakat2 mahu berkawan. Tetapi bila lalu je orang miskin, tak pun orang yang berpakaian compang camping... nak pandang sebelah mata pun tak mahu... Terus terang... Pemikiran sebegini masih wujud dalam masyarakat kita.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...

Salah satu status di facebook yang menarik sekali :


Tak sabar rasanya menyambut tetamu kaya dan dermawan yg akan bertandang ke rumah saya 3 hari lagi... jangkaan tiba pada hari Ahad lepas Maghrib.. Saya nak pakai wangi2, prepare diri siap2.. bila dia sampai, saya nak peluk dia sekuat2 hati... sbb dia dtg sekejap je.. pastu tahun depan pulak baru datang.. Dia sgt kaya..bila dia dtg, dia offer mcm2.. nak bg mahligai lah, bg kebun buah2an seluas mata lah..Ish,seronoknya..

Hari Isnin ini bermulalah 1 Ramadhan. InsyaAllah...
Tak sabar rasanya nak mula berpuasa.
Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja.
Puasa mulut.:
- Jangan berkata-kata dengan perkara sia-sia mahupun mengumpat.
- Banyakkan berzikir dan membaca Al-Quran

Puasa mata.:
- Jangan menggunakan mata untuk melihat perkara tidak baik atau tidak berfaedah.
- Gunakan mata untuk melihat ciptaan Allah dan tidak lupa membaca Ayat suci Al-Quran.

Puasa Tangan.:
- Jangan gunakan tanggan untuk mencuri. Menulis perkara yang sia-sia.
- Ringankan tanggan dengan bersedekah, menolong ibu, menyediakan juadah berbuka.

Puasa Kaki.:
- Gunakan kaki dengan bertandang ke masjid serta berjemaah di masjid, bertarawih di malam hari di masjid.
- Jangan mengunjungi tempat maksiat serta tempat yang boleh menimbulkan fitnah seperti kedai makan yang masih degil untuk beroperasi, disko, berdua-duaan dengan bukan muhrim secara terang2 atau sembunyi.

Puasa Hati.:
- Sentiasa memenuhi hati dengan menginggati Allah dan memuji kebesaran-Nya.

Disini disertakan check list ibadah khas untuk bulan Ramadhan.
Tapi seeloknya ia berterusan sampai bila2.
Tak semestinya masa bulan ramadhan sahaja nak kena jadi baik tapi start syawal dah kembali ke tabiat asal.

Kalau nak save, double click kat image ni,
pastu right click, then save image as...

Selamat menjalani ibadah puasa ya teman2.



Semoga kita semua menjadi orang yang ke-3 ya...^^

Keindahan Matematik

1 x 8 + 1 = 9

12 x 8 + 2 = 98

123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765

123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111


9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?
Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321


1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini


101% Dari sudut pandangan matematik :

Apakah ia sama dengan 100%?

Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?

Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?

Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%

Bagaimana nak MENCAPAI 101%?

Apakah nilai 100% dalam hidup?

Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101% 

Thursday, July 28, 2011

Apakah itu Ikram?


Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

Sebelum ini lebih dikenali sebagai KRJ (Kelab Remaja JIM)

Visi dan Misi

IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. 
Matlamat IKRAM ialah:
  • Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
  • Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
  • Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
  • Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
  • Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
  • Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
  • Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
  • Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.
Bahan Tarbiyah dari ikram.org---> Klik sini
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang IKRAM sila layari ke laman ---> ikram.org.my