Wednesday, November 30, 2011

Mukayyam Khariji 2011 : Pemuda Khafi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca. Dah lama saya tak upadate blog ni, rindu pula dengan blog ni. Berbalik dengan tajuk kali ini, agak2 korang dapat agak tak maksud Mukayyam Khariji? Nak tahu apa itu Mukayyam Khariji, silalah baca entry ini sampai habis. Hohoho...


Pada sabtu yang lepas, saya ada ikuti satu program. Program 3 hari 2 malam. Sehari menginap di Surau Ansar dan 2 hari di Nur Laman Bestari. Serius, saya memang malas sangat nak pergi. Kesian dengan kak usrah saya. Kejap saya kata nak pergi, kejap saya kata taknak pergi. Akhirnya pergi juga.
Hari pertama : Surau Ansar.
Program ini bermula di Surau Ansar. Nak ke sana memang mencabar. Saya dan rakan2 yang lain kena menaiki train untuk ke Surau Ansar. Masa ini memang tak sangka nak ke surau tu kena naik train. Dari uia, naik teksi pastu naik train berhenti kat Damai. Naik teksi pun sebab bas rapid datang lambat dan bila bas datang pun dalam bas tu dah penuh macam sardin. Tetapi ada ibrah (pengajaran) disini. Bagi saya ini suatu pengalaman yang manis. Dengan perut yang lapar tambah pula dengan membawa sedikit barang2 ke kem, memang menguji kesabaran. Lagipun siapa pernah rasa pergi kem naik train?. Kamu ada?

Bila sudah berada kat surau ni, slot untuk program ini pun bermula. Berpandukan tema Pemuda Khafi, kami telah didedahkan tentang Jahiliyyah Moden yang sedang berlaku dalam masyarakat kini. Bukan sahaja di Malaysia, seluruh dunia pun mengalami hal yang sama. Kemudian kami didedahkan tentang Kepentingan Tarbiyah. Proses pentarbiyahan ini adalah satu proses pembelajaran sebanjang hayat. Nak melalui process ini, kenalah masuk bulatan gembira (usrah). Cebisan tentang tarbiyah [Link].

Hari kedua : Nur Laman Bestari
Hari kedua hari yang penuh dengan aktiviti. Kami ke tapak kem dari Surau Ansar dengan menaiki bas. Kami bersarapan bersama-sama diatas bas. Sampai sahaja ke kem, dah dapat rasa aura nak berkemping. Tengok ada sungai, kolam, chalet terapung atas air, tambahan pula ada pokok2 menghijau di bukit2 membuatkan diri lebih bersemangat nak ikuti program ini.

Kemudian, kami didedahkan dengan slot seterusnya yaitu Pembinaan Pemuda. Dalam slot ini, kitorang didedahkan dengan potensi diri yang ada dalam setiap pemuda. Selain itu tarbiyah juga mampu membina potensi diri. Siapa sangka orang yang selalu menyertai bulatan gembira bukan sahaja dapat mengisi keperluan rohani malah dapat mencungkil potensi diri. Yang paling penting mengunakan kelebihan yang ada untuk manfaat Islam. Contoh saya ada blog, jadi saya akan gunakan blog ini sebagai tempat saya menerapkan nilai-nilai Islam dalam penulisan saya. Hurm, masih mencari idea untuk membuatkan ia nampak menarik, tak bosan dan terkesan dihati pembaca. InsyaAllah.

Slot seterusnya berkisar tentang Intellektual Pemuda Islam. Apa yang saya dapat dalam modul ini, saya dapat memahami kepentingan ilmu terutama dalam majlis ilmu. Seorang yang intellektual bukan sahaja diukur dengan penampilan yang kemas, mempunyai IQ yang tinggi, berkerjaya tetapi ia juga perlu diukur dari segi akhlaknya juga.

Adakah mereka adalah Pemuda Intellek?
Kemudian kami didedahkan dengan salah seorang sahabat nabi iaitu Abdullah Ibnu Mas'ud dalam slot Teladan Pemuda. Abdullah Ibnu Mas'ud ini adalah salah seorang sahabat nabi yang paling rapat. Dimana sahaja Rasulullah berada, dia mesti ada disisi Rasulullah sehinggakan Abdullah Ibnu Mas'ud dianggap sebagai ahli keluarga Rasulullah sendiri. 

Sebelum Islam, Abdullah Ibnu Mas'ud seorang pemuda yang jujur dan amanah. Pernah satu ketika, Abu Bakar As-Sidiq bersama Rasulullah menguji pemuda ini. Pada ketika itu, Abdullah ditugaskan untuk menjaga kambing2 tuannya. Abu Bakar menemui Abdullah untuk membeli kambing yang dijaga oleh Abdullah. Tetapi Abdullah membalas dengan menyatakan kambing2 ini bukan milik dia dan dia cuma diamanahkan untuk menjaganya. Abu Bakar menawarkan lagi dengan meletakkan harga yang tinggi untuk membeli kambing2 tersebut, tetapi Abdullah tetap menolak pelawaan itu dengan alasan yang sama. Rasulullah tersenyum melihat kejujuran Abdullah dan beliau menghampiri salah satu kambing yang belum cukup usia matang. Rasulullah membacakan sesuatu sambil menyapu-yapu badan kambing tersebut dan tiba2 kambing itu gemuk dan mengeluarkan susu yang banyak. Abdullah terkejut melihat kejadian itu kemudian meminta diajarkan ayat yang Rasulullah baca sebentar tadi. Begitu menarik sekali peribadi Abdullah Ibnu Mas'ud. Biografi penuh tentang Abdullah Ibnu Mas'ud [Link].

Lepas habis je slot tentang Teladan Pemuda, kami akan ke hutan untuk junggle treaking. Ada benda menarik berlaku masa junggle treaking. Nak tahu, tunggu sambungannya.... (Be continued)

3 comments:

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe