Saturday, December 03, 2011

Mukayyam Khariji 2011 : Pemuda Khafi... Part 2

Bersambung kembali cerita tentang Mukayyam Khariji. Bagi yang belum baca part 1, silalah baca..[Link]. Detik mendebarkan bermula (saje nak buat gimik)...


Lepas habis slot Pemuda Teladan, kami bersiap untuk juggle treaking. Sebenarnya, hari tu dari pagi sampai slot terakhir cuaca nampak mendung dan asyik hujan. Kejap hujan dan kejap berhenti. Kadang2 rasa macam duduk kat Pahang. Musim hujan kat Pahang memang stail hujan lebat tiba2 pastu tiba2 berhenti. Tapi bila dah nak slot terakhir, cuaca nampak macam mengizinkan untuk kami pergi jungle treaking. Yang pergi jungle treaking, kami yang berjumlah 43 orang berserta facilitator seramai 13 orang, diiringi 2 orang lelaki yang  menjadi tour guide dalam hutan. Ikut perancangan, kami bakal memasak kat atas bukit dan melihat air terjun jika cuaca mengizinkan.


Tu dia, panji kumpulan kitorang. Nampak tak real pula sebab tak gantung kat kayu. Kitorang kena bawa panji ni masa nak junggle treaking. Tahu tak siapakah Ummu Sulaim? [Link]... Ummu Sulaim sinonim dengan kisah bagaimana cara beliau menceritakan kematian anaknya kepada suaminya :
Ummu Sulaim berbicara pada suaminya, seraya bertanya, "Wahai Abu Thalhah apa pendapatmu bila ada sekelompok orang meminjamkan barang kepada tetangganya lantas ia meminta kembali haknya. Pantaskan jika si peminjam enggan mengembalikannya?"
"Tidak," jawab Abu Thalhah.
"Bagaimana jika si peminjam enggan mengembalikannya setelah menggunakannya?" "Wah, mereka benar-benar tidak waras," jawab Abu Thalhah.
"Demikian pula putramu. Allah meminjamkannya pada kita dan pemiliknya telah mengambilnya kembali. Relakanlah ia," kata Ummu Sulaim dengan tenang.
Itu cuma sebahagian kisah sahaja. Nak tahu lagi klik kat [Link]

Bersambung kembali kisah junggle treaking. Dalam perjalanan nak mendaki bukit, macam2 rintangan dihadapi. Dengan keadaan yang curam dan licin sebab seharian hujan agak menyukarkan pergerakan. Tambah dengan keriuhan diorang terlihat kelibat pacat lagi menghangatkan suasana. Kadang2 tu rasa tak larat pun ada nak daki bukit. Setiap kali kaki melangkah merasa berat. Tapi terpaksa juga melangkah. Itulah akibat dah lama tak bercamping. Dah hilang stamina.

Tidak lama kemudian, kami sampai checkpoint pertama. Kat checkpoint ni kami dikehendaki untuk memasak. Barang yang diberi cebisan getah tayar, bekas untuk memasak, sardin dalam tin, roti 2 keping, sudu, polystyrene dan air mineral. Kitorang kena hidupkan api dulu kalau nak memasak.

Dalam fikiran aku, aku ingat diorang nak ajar cara2 nak hidupkan api tanpa mengunakan pemetik api. Macam orang zaman batu. Diorang hidupkan api pakai batu. Betul ke theory aku ni?  Lagipun lepas hujan, batu dan kayu dah basah kena air. Sampai besok pun api tak akan hidup kalau guna cara orang zaman batu. Dah, lupakan idea mengarut aku tu.

Rupanya kak facilitator ada simpan pemetik api. Jadi tinggal nak kumpulkan ranting, susun dan buat unggun api. Masing2 pun kumpul ranting kayu. Tengah nak susun ranting kayu, terdengar pula sister cakap pakai daun pun boleh untuk buat unggun api. Kitorang yang tak fikir panjang pun kutip daun jugak. 

Yang best pasal unggun api kitorang, kitorang group first dapat hidupkan api tapi api tu kejap2 padam. Rupanya salah teknik nak buat unggun api. Tour guide tengok je dari jauh. Dia pun ajar cara yang betul untuk buat unggun api. Rupanya kena susun banyak ranting kayu. Tak payah taruk daun langsung. Bila api dah besar sangat, tambah lagi ranting. Pandailah kawal api. Jangan sampai hangit lauk tu sudah. Lepas ni tahulah cara nak hidupkan api. Asyik nak harapkan pakcik dan makcik saya je. Hehehe.

Elok kitorang selesai masak, hujan pun turun dengan lebatnya. Kitorang tak sempat nak makan hasil masakan tadi. Last2, lauk tu kitorang masukkan kat dalam polystyrene. Memang kelam kabut dibuatnya. Tour guide arahkan buat barisan lurus untuk pulang ke tapak camping semula. Masa tu tetiba terfikir. Tour guide nak bawak ikut laluan curam tadi ke? Owh tidak. Memang dia bawa tempat yang kitorang lalu tadi. Sekarang track tu dah basah dan sangat2 curam. Aku dah berapa kali nak tergelincir dan last2 sekali bila nak sampai kat bawah memang aku tergelincir. Memang best giler. Aku rasa dalam ramai orang kat situ, baju aku paling kotor. Hahaha... Nampak sangat aku ni ganas dan tak berhati-hati.

Kitorang pun balik ke dorm untuk bersihkan apa yang patut. Dalam perjalanan tu teringat kat sardin telur kitorang tadi. Bila teringat tu terus lapar. Hehehe...

Malam tu ada Night Walk & Taffakur Alam. Yang ni pun best jugak. Sambung lagi cerita ke next entry... (Be continued)

P/s : Korang mesti bosan baca cerita aku pergi camping. Ngee~

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe