Ahmad agen penjual kereta menghubungi Mahmood untuk berbincang tentang kereta yang ditempah oleh Mahmmod. Mahmood menempah kereta Proton Saga.
Ahmad : "Kereta yang kamu tempah baru sahaja sampai di premis kami, bila kamu mahu mengambilnya?" Mahmood : "Saya tak boleh ambil kereta itu. Saya dan isteri saya bakal bercerai tak lama lagi. Saya minta maaf sangat2 sebab tak boleh nak ambil kereta tu tahun ini. Lepas saya selesai kes penceraian saya dengan isteri saya pun saya hanya mampu untuk beli basikal sahaja."
Ahmad pun menamatkan panggilannya. Selang beberapa minit kemudian, telefonnya berdering kembali.
Alias : "Hello, Ini Alias tukang cat rumah. Bila kamu nak kami mula mengecat rumah kamu?"
Ahmad : "Saya dah ubah fikiran, rumah saya tidak akan dicat kali ini."
Alias : "Mana boleh, saya dah beli tin2 cat untuk mengecat rumah kamu. Mengapa kamu mengubah fikiran?". Ahmad : "Sebab Mahmood nak bercerai dan dia tak mampu nak beli kereta yang saya jual"
Petang itu, Alias pulang ke rumah.
Isteri Alias : "Abang, lihatlah set tv baru ni. Baru sampai dari kedai TV Mastura."
Alias : "Pulangkan balik set tv baru tu."
Isteri Alias : "Kenapa bang?"
Alias : "Sebab Ahmad taknak cat rumah dia dan sekarang Mahmmod dah nak bercerai dengan isteri dia."
Keesokkan harinya, Isteri Alias memulangkan kembali set tv baru ke kedai TV Mastura.
Mastura melihat dengan hampa. Dia pun cepat2 menelefon kembali agen penerbangan iaitu Cik Intan.
Mastura : "Saya nak tahu bila penerbangan saya ke Langkawi."
Cik Intan : "Penerbangan anda ke Langkawi sudah tercatat dalam tiket penerbangan."
Mastura : "Saya nak batalkan penerbangan saya ke Langkawi. Saya tak boleh pergi. Isteri Alias baru sahaja memulangkan set tv sebab Ahmad tak dapat nak jual kereta kat Mahmood. Mahmood taknak beli sebab mereka dah nak bercerai dan Isteri Mahmood nak semua duit Mahmood."
Cik Intan mengoyakkan tiket penerbangan Mastura. Dia pun berjumpa dengan pegawai bank, En Kassim. Cik Intan pun berkata kepada En Kassim, "En Kassim, saya tak boleh nak bayar pinjaman saya untuk bulan ini sebab Mastura tak jadi nak pergi ke Langkawi".
En Kassim terkesima sebentar. Kemudian, Rashid pun datang berjumpa dengannya untuk meminjam duit untuk membesarkan restoran, En Kassim memandang Rashid dengan pandangan yang dingin. En Kassim pun berkata, "Bagaimana saya nak bagi kamu pinjam duit sedangkan Cik Intan masih pun masih tak bayar duit yang dia pinnjam". Rashid pun menelefon kontraktor, Abu dan berkata yang dia tak jadi nak besarkan restoran. Abu pun terpaksa memberhentikan 8 pekerjanya kerana pembatalan kontrak untuk membesarkan restoran.
Pada waktu yang sama, Proton mengumumkan untuk memberi rebat kepada sesiapa yang membeli model kereta proton yang terbaru. Ahmad segera menghubungi Mahmood.
Ahmad : "Saya ada berita bagus untuk kamu. Walaupun kamu dah nak bercerai tak lama lagi, kamu masih mampu untuk membeli kereta baru."
Mahmood : "Saya tak jadi nak bercerai. Terdapat sedikit salah faham antara kami."
Ahmad : "Wah... Itu sangat bagus. Sekarang kamu sudah boleh beli kereta."
Mahmood : "Mana boleh. Bisnes saya sedang hadapi masalah sekarang dan kedai saya asyik tutup sahaja. Tak cukup modal".
Ahmad : "Saya tak perasanlah pula".
Mahmood : "Kamu perasan tak yang saya dah lama dah tak nampak Alias, Mastura, Cik Intan, En Kassim, Rashid ataupun Abu lebih dari sebulan. Bagaimana saya nak survive dalam bisnes jika mereka tak turut serta dalam bisnes saya sebagai pengguna.
Diadaptasi dari artikel : Humorist Art Buchwald Examines the Multiplier.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe