Wednesday, December 07, 2011

Muhasabah diri

Pada mulanya aku nak sangat marah kat orang.
Tapi selepas aku tonton "Rokok dan Kopiah" aku tak jadi nak marah. Aku terfikir sejenak.



Sebelum ini aku beranggap aku perlukan seorang kawan yang sentiasa memahami aku. Bila dah berkawan, aku mesti beranggapan yang dia tahu benda yang aku tak suka dan benda yang aku suka. Just tahu basic thing yang aku ni tak suka tunggu orang, on time bila dah janji dan just treat me as a friend. Selalu belajar bersama, makan bersama dan selalu ajak buat benda baik. Setakat ini ada rapat dengan seseorang tapi biasalah. Bila sudah rapat macam2 berlaku. Bila tak tegur terasa. Kadang2 ada yang terasa lebih. Aku sendiri pun tak faham kenapa aku harus terasa lebih.

Ada beberapa situasi yang aku tak tahu kenapa aku boleh terasa.
- Aku ada datang bilik kawan. Satu bilik tu kawan aku. Aku datang bilik diorang dan lepak kejap. Sepanjang aku lepak dalam bilik diorang, ada seorang tu taknak tegur aku. Duduk senyap je dalam bilik. Nak kata tidur pun tak. Sebelum ni aku buat tak tahu je kalau dia buat perangai macam tu. Tapi sekarang dah tak boleh. Tetiba pula terfikir yang aku ni siapa? Alien?
- Ada satu hari tu aku puasa sunat sama2 dengan kawan. Dalam tengah2 nak beli makanan tu teringin juga nak buka puasa dengan kawan. Selama ni makan sorang so hari tu nak juga buka puasa dengan kawan. Tapi ingat nak balik bilik dulu. Sampai kat bilik dia, dia terus mengucapkan "Selamat Buka Puasa dan makan elok2". Aku pula dalam hati, "Ok... Aku buka puasa sorang2 kat bilik lagi hari ini".

Aku tak harapkan paluan kompang atau sesuatu yang meriah untuk sambut kedatangan aku. Just say Hai atau tengok muka sudahlah. Ni buat aku seolah-olah macam tak wujud. Pasal nak buka puasa sama2 tu serius aku rasa sangat malu sebab macam aku sorang je yang terhegeh-hegeh nak makan bersama dengan diorang. Lagipun tu bilik korang dan aku orang luar. Aku masih rasa segan nak datang walaupun sebelum ni dah banyak kali datang kat bilik tu. Sekarang aku rasa macam dah tawar hati nak rapat dengan sesiapa. Kadang2 tu terfikir. Apa guna berkawan kalau akhirnya aku keseorangan. Macam hidup tanpa sesiapa.

Bila aku tengok balik video tu. Astaghfirullah al azim...
Aku terlalu bergantung pada benda yang akan mati untuk terus hidup.
Aku terlalu bergantung kat kawan supaya dia dapat gembirakan aku,
dapat tenangkan aku dikala aku sedih.
Tapi aku lupa. Mereka juga manusia. Satu hari nanti mereka akan pergi.
Pergi mengadap ilahi atau pergi membawa haluan masing2.
Tak pergi pun dia pasti buat benda yang kita tak suka.

Aku perlu bergantung pada benda yang tidak akan mati.
Aku patut jadikan-Nya tempat aku mengadu, bergantung harapan.
Dekatkan lagi diri kita kepada-Nya supaya hati bertambah tenang.

Lagipun Allah pernah bersabda :


Kehidupan didunia hanyalah ibarat permainan dan hiburan.
Kegagalan, kejayaan, kekayaan, kemiskinan, kebahagiaan dan semuanya hanyalah ujian.
Ujian yang menilai yang kita ini benar-benar hamba Allah yang taat atau sebaliknya.
Sepatutnya aku menjadi lebih tabah bukannya jadi seorang pemarah.

P/s : Semoga dengan ujian ini dapat mendidik aku menjadi manusia yang rational. Manusia yang tidak bertindak mengikut perasaan. Kuatkan aku. Smile... :)

1 comment:

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe