Pagi ni saya pergi riadah sukasuki. Riadah SukaSuki?
Ya... Riadah SukaSuki... Anjuran gabungan kakak usrah dan study circle.
Seperti biasa. Kena berkumpul pukul 8 pagi di Female Sport Complex. Pada mulanya nak kena pergi sorang tapi last2 ada juga kawan sudi menemani. Saya melangkah ke Female Sport Complex sambil menghafal baki2 ayat hafazan yang bakal ditasmik hari jumaat depan. Jumaat tu last tasmik dan last study circle. Kena cepat2 hafal. Pastu jumpa kawan saya di bus stop Nusaibah.
Apa yang kitorang dapat dari Riadah SukaSuki?
1- Dapat kenal kawan baru. Jumpa muka2 baru. Jumpa kakak usrah, kakak senior, adik2 junior. Lepas ni bila terjumpa mana2 boleh tegur2. Hehehe
2- Dapat keluarkan peluh. Faham2lah student pagi2 buat apa kat bilik. Tambah pula masa cuti sabtu ahad. Biasanya terperap kat bilik. Yang lagi best membuta dalam bilik. Saya pun begitu juga. Dapat keluarkan peluh, hilang stress lepas main2 gelak2 sakan dengan kawan. Erk, part gelak tu sangatlah tak sopan.
3- Fokus. Kenapa pula masa riadah nak kena fokus? Nak main mestilah kena fokus. Kang tak pasal2 tengah2 main terlanggar orang, terkena bola, macam2 lagilah.
Apa yang kitorang main?
1- Main 'Salam Ukhwah'. Cara yang bagus untuk ingat nama orang.
2- Main kira2 nombor. Nombor ganjil kena sebut Allahhuakbar. Contoh : Orang pertama sebut 1, orang kedua sebut 2, Orang ketiga sebut Allahhuakbar, Orang keempat sebut 4, Orang kelima sebut Allahhuakbar dan seterusnya sampai ada orang tersasul salah sebut nombor atau cakap benda lain. Siapa tak ingat sifir 2 memang kirim salam la. Tadi kitorang main dah nak sampai angka 100.
3- Main bola beracun. Part ni memang best. Permainan paling dasyat. Aku sempat lagi main lompat2 nak elak bola. Hahahaha...
Lepas habis game ada pengisian rohani. Tadi bersuka ria bermain sekarang kita isi part rohani pula. Ada akak usrah kasi sedikit ucapan tentang bulan muharam dan tarbiyah sepanjang hayat. Korang jangan lupa ek. Hari Isnin ni 10 Muharram. Jom kita berpuasa beramai-ramai. Tentang bulan Muharram [Link]. Sebelum bersurai ada makan2 sikit. Kitorang makan dalam talam. Satu talam ada 6 - 7 orang. Memang best makan dalam talam. Aktiviti riadah kat tempat lain takda nak sediakan makan dalam talam. Sambil makan2 berkongsi cerita, berkongsi makanan dan merapatkan ukhwah. ^^
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe