Sunday, January 29, 2012

Aku Mahu Terbang


Cerita cerekarama hari ini best betul. First time aku terpacak depan tv semata-mata nak tengok cerekarama sepanjang cuti semester ni. Sebenarnya aku tak berapa tertarik nak tengok cerekarama malam ni. Tapi lepas tengok permulaan cerita dia terus minat nak tengok cerita dia. Cerita dia ala2 cerita "Aku tak bodoh" dan ada unsur2 cerita novel "Meniti kaca". Ingat lagi tak novel Meniti kaca? Novel komsas form 1. Ni novel komsas dulu2. Maybe budak yang sebaya dengan adik aku dah tak pakai buku Meniti kaca untuk subjek komsas.

Apa yang aku dapat dalam cerita ni,
1- Tersentuh dengan sikap abang dia. Suka tengok abang dia yang kuat semangat, berdikari dan pandai bagi nasihat. Suka part yang Syukur bagi nasihat kat Rezki kat atas bumbung. Pandai dia bermain kata dengan adik dia. Aku kena macam tu jugak. Kena berhemah bila bagi nasihat terutama dengan orang yang lebih muda.

2- Kita belajar kerana apa? Hurm... Rezki belajar sebab nak jadi pandai. Nak jadi juruterbang kena jadi pandai. Aku?

3- Tabah hadapi dugaan. Allah menguji seseorang mengikut kemampuannya. Allah tak akan menguji seseorang diluar kemampuannya. Kena sentiasa ingat benda ni. Walaupun apa yang terjadi sama ada manis atau pahit, pasti ada hikmah disebalik kejadian tersebut. Jangan putus harapan pada-Nya dan teruskan jalani kehidupan.

4- Kena ada matlamat hidup. Bila dah ada matlamat, baru terasa hidup bermakna. Ada matlamat bukan sekadar mahu tapi perlu mencapai matlamat tersebut. Rezki nak jadi juruterbang. Dia mahu dan berusaha menjadikan impian satu realiti.

5- Taat kepada ibu bapa. Ikut cakap mak dan bapak. Setiap kata2 mereka ada hikmah. Marah2 mereka, garang2 mereka bersebab. Mereka begitu sebab sayangkan anak dia. Terkejut kat part Rezki curi duit mak dia semata-mata nak beli helikopter mainan. Tapi lega jugak sebab tengok Rezki teragak-agak nak guna duit mak dia. Nasib dia ada kawan baik yang sudi menghadiahkan helikopter mainan kat dia.

6- Nilai seorang sahabat. Sahabat yang berkongsi suka dan duka bersama. Suka tengok part Rezki bersama dengan Busran.

Banyak pula pengajaran yang aku dapat dari cerita ni. Dah nampak macam tulis karangan untuk bahagian komsas pula. Rindu pula zaman sekolah... T_T...

Disini disertakan link untuk download lagu tema cerita ni. Sempat lagi aku mencari...
Hohoho... Lagu dia best tau...
1- Vierra - Terbang
2- d'Masiv - Jangan Pergi
3- The Fly - Terbang

Cuma 3 tu sahaja yang aku ingat. Rasa banyak lagi lagu tema dalam cerita tu... 

6 comments:

  1. nice review, tima kasih sbb bagi link lagu tu. ni tgh gigih download. penat cari tak jumpa2 lak lagu tema tu.

    ReplyDelete
  2. baru ingat nak cari lagu tema tu,thanx ye cik bella :)

    ReplyDelete
  3. macam best jek, semalam tengok bola :P

    ReplyDelete
  4. thanks a lot bagi link lagu tu.. mmg cari dari semalam,nasib baik jumpe kat sini... =)

    ReplyDelete
  5. nice review ! terbaik lhaa~ crita nie mmg bg byk pngajran kpd saya :)

    ReplyDelete
  6. Thanks Manstir, along nordin, anonymous dan cik najiha... Cerita tu memang sangat best... Keroro, cerita tu sangat best semalam... hehe...

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe