Thursday, June 30, 2011

Kenangan Final Exam Sem3

Nak terguling-guling aku gelak. Hmm.. Nak buat macam mana. Benda dah nak jadi. Boleh pulak masa nak exam aku tertinggal matrik card. Tertinggal matrik card gara-gara tukar beg. Terbaik... Dah la exam dari pagi sampai petang. Nasib baiklah aku sedar 15 minit sebelum start exam. Tapi still juga masuk lambat 10 minit. Nasib baik juga mahallah aku dekat dengan tempat exam. Bila dah sampai tempat exam, melilau aku cari mana tempat duduk aku. Nak pengsan kot berlari-lari semata-mata nak kejar masa + nak ambil matrik card. Baru rasa bersyukur sebab mahallah dekat. Masa tengah tunggu nak exam, tengah duduk2 belek2 buku tetiba rasa seronok sebab duduk Mahallah Safiyyah. Dah la dekat dengan kelas, katil dekat atas. Boleh pikir 10 kali nak panjat naik katil masa nak study. Memotivasikan aku untuk berada di meja study lebih lama. Dapat kenal ramai kawan. Dari tak rapat terus jadi rapat. Dari tak pernah tegur jadi bertegur sapa. Dari tak kenal terus kenal. Padahal satu matrikulasi dulu... Saya bangga jadi penghuni Mahallah Safiyyah. (Hmm... tak tahu semangat ini bertahan sampai bila).. Ish3...

Lihatlah Sahabat2ku yang bersemangat...
Teruskan bersemangat untuk exam esok... Fighting!!!...

Thursday, June 23, 2011

Ghazwul Fikr - Serangan Pemikiran


Tonton dan nyatakan pendapat anda tentang video ini.
Pendapat dan pandangan anda amat dihargai.

Wednesday, June 22, 2011

Perubahan Part2

Sudah hampir 2 bulan 'dia' pergi. Ingat dah tak nak sedih2 lagi. Tapi bila terbuka profile kat fb plus gambar 'dia' sebelum 'dia' takde tetiba menitis air mata ni. Aku ni mengalahkan isteri dia. Padahal anak sedara je pon. Maybe teringat kenangan 'dia' yang banyak dalam hidup aku menyebabkan aku terkedu kejap.

Semalam kat kelas UNGS belajar pasal Hidup Selepas Kematian. Setiap butir yang diceritakan sebijik2 kena dekat aku. Mungkin aku baru merasai suasana ketiadaan salah seorang anggota keluargaku. Disebabkan itu juga aku cepat tangkap apa yang lecture ajar semalam. Dari ngantuk terus segar.

Aku jadi terbayang.
Apa akan terjadi kepada kita selepas mati?.
Bagaimana keadaan kita selepas mati?.
Adakah bahagia atau sensara.

Nak dihitung, aku bukan sebaik mana pun.
Masih ada lopong2 kejahilan dalam diri ini.
Setakat ini aku berusaha untuk buat yang wajib dulu
seperti solat fardu biar cukup dan khusyuk,
puasa biar habis ganti dulu.
Berterusan baca Al-quran setiap hari siap baca maksud...
Betapa ruginya masa muda2 dulu aku tak tadabbur Al-Quran...
Taknak sakitkan hati orang...
Buat sebaik habis kat kawan2...

Rasa hina juga ada.
Solat aku yg dulu2 entah bila nak qada'.
Buatnya kalau esok lusa aku dah tak ada.
Apa aku nak jawab dalam kubur nanti.
Usia kita siapa boleh jangka.
Muda2 pun dah mati.

Rasa jauh ketinggalan dari pemuda2 zaman kegemilangan Islam dahulu.
Baya2 aku sudah takluk negara.
Sudah jadi tahfiz, solat siap tambah solat rawatib ngan solat tahajud lagi. AKu?

Kematian itu membuatkan aku lebih berfikir...
Berfikir untuk menyiapkan bekalanku kesana...

Apa yang aku lihat...
Hidup ini hanya sementara.
Kita singgah didunia ini umpama berteduh dibawah pohon setelah penat merantau...
Setelah penat hilang, bila2 masa kita akan bangkit dan meneruskan perjalanan kita...

Summer Solstice

First Day Summer, Doodle by Takashi Murakami 2011
Apakah itu summer solistice?
Source : http://www.theweathernetwork.com/


Summer Begins with Solstice
Warmer and longer days signal the coming of the summer season. On around June 21st every year locations north of the equator officially start summer. On the Summer Solstice the Sun reaches its highest point in our skies and we get to enjoy the longest daylight hours of the year.
During this entire season the Earth’s northern axis is slightly tilted toward the Sun allowing the Northern Hemisphere to receive more direct sunlight and experience warming temperatures. At the same time locations south of the equator are tilted away from the Sun, so that the sunlight is more spread out, offering less heat – marking the beginning of their winter season. Skywatchers will notice that throughout the spring, the Sun’s midday position in the sky slowly rises higher and higher. Meanwhile, the Sun appears to slowly migrate towards the north day by day, rising farther from the east and setting farther from the west until it reaches its northern limit on the summer solstice.
For observers in the Northern Hemisphere on the first day of summer and a few days afterward the Sun appears to rise at the same place on the horizon – hence the origin of the word solstice, meaning ‘Sun stands still’ in Latin. From this moment onward the days start getting shorter and the nights longer. The Sun appears to begin its pilgrimage back in the opposite direction, heading south for its winter retreat at the December solstice, only to repeat its annual rhythmical cycle across the sky once again.
- Andrew Fazekas

Sedikit ilustrari bergambar...


Sekarang sudah masuk musim panas... Malaysia ada musim panas ka?

Saturday, June 18, 2011

Widget Free

Korang nak widget free?
Free tau ----> http://widgetindex.blogspot.com/

Dia siap beri tutorial cara nak pasang.
Tuturial nak pasang ----> Click disini...

Siapa yang ada duit lebih boleh tempah.
Korang boleh tempah ikut citarasa korang.
Nak tempah? ----->Click disini...

Habis aku promosi blog ni... Agak2 dapat upah tak... hehehe

Friday, June 17, 2011

Kita bertanya.. Al Quran Menjawab..

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)

Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)

Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?
Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)

Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?
Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)

Kita berkata: Aku sedih!
Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)

Kita berkata: Aku tak tahan!
Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)

Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?
Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)


Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.


Ayat Seribu Dinar


"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3) 

Stress? Bring it on!

Apakah itu stress?
Sebelum itu mari kita tadabur ayat berikut :
Surah Al-Imran ayat 133-136


3:133


Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;


3:134

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

3:135

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

3:136

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
Ayat diatas menerangkan kebaikan dan ganjaran yang Allah berikan kepada 4 jenis golongan iaitu :
1- Orang yang suka menderma
2- Orang yang mengawal kemarahannya
3- Orang yang memaafkan kesalahan orang lain
4- Orang yang apabila melakukan perbuatan keji dan mungkar, 
dia bersegara bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.

Mereka2 ini akan diberi ganjaran oleh Allah iaitu mendapat keampunan dari Allah dan nikmat syurga yang kekal abadi.

Apa kaitan ayat diatas dengan stress?
Jom kita terjah apa itu stress... Click disini...

Adakah stress itu perlu?
Semua orang pernah mengalami stress. Setiap orang mempunyai persepsi berbeza tentang stress. Ada yang menganggap stress itu sebagai ujian dari Allah, ada yang menganggap yang stress tu sebagai peganggu kebahagiaan, ada pula yang menganggap yang stress tu benda yang negatif. Rasa2 macam stress tu tak patut ada dalam hidup. Namun hakikatnya strees itu sangat diperlukan dalam hidup kita.

Kenapa stress itu perlu?
Cuba anda bayangkan kalau hidup kita tak ada masalah. Semuanya benda berjalan lancar. Line clear je hari2. Dari kita masih bayi sampai tua. Takde masalah. Seronok tak hidup? Satu lagi, kalau hidup ini tiada masalah... macam mana kita nak belajar tentang kehidupan. Semuanya benda baik je berlaku. Pasti susahkan.

Jadi.... Gunakanlah stress tu sebaik-baik2nya. Apa kata kita tukar perkataan stress itu kepada ujian atau dugaan hidup. Perkataan stress tu nampak macam extreem dan ganaz. Cuba kita pandang cobaan dan dugaan ini dalam kaca mata Islam atau think positive about cobaan ini. Seperti ayat dibawah : 

                                 2:286
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Dengan  ujian yang Allah timpa kepada kita sepatutnya dijadikan satu semangat atau pengajaran buat kita. Mungkin salah satu dari ujian itu menyimpan berjuta hikmah yang kita tidak dapat bayangkan. Sama2lah muhasabah diri. 


Ingatlah cara menghilangkan stress secara Islam :
1- Baca Quran.
2- Tadabbur Quran. Membaca maksud Al-Quran setiap kali membacanya.
3- Sentiasa berwuduk.
4- Tafakkur dan berzikir
5- Banyak bersedekah
6- Selalu berdoa
7- Qiamullail
8- Husnuzzhon. Bersangka baik dengan orang.
9- Tawakal


Kita balik kepada surah Al-Imran ayat 133-136.
Ayat ini telah menyenaraikan sedikit cara2 mengatasi dan punca stress dengan:
1- Menyucikan hati dengan bersedekah, melatih diri menjadi lebih pemurah dan perihatin.
2- Mengawal marah supaya menjadi lebih sabar dan tidak mudah melenting apabila cubaan datang.
3- Memaafkan kesalahan orang lain. Melatih kita untuk menerima kesalahan orang lain kerana tiada orang yang sempurna di muka bumi ini melainkan Nabi Muhammad S.A.W.
4- Bertaubat. Ingatlah Allah sentiasa membuka pintu taubat buat hambanya yang melakukan kesalahan. Bertaubatlah anda sebelum nyawa dipangkal kerongkong.

Thursday, June 16, 2011

Angry Bird

Demam Angry Bird sudah melanda dikalangan pemain game (entah2 aku sorang je tergila-gila dengan game ni). Walauapapun game ini sudah berada dalam bentuk Chrome. Korang boleh bermain Angry Bird dengan menggunakan Google Chrome. Boleh main secara offline. Cuma tinggal nak install je. Install kat chrome tau. Baru aku tahu dengan menggunakan Google Chrome, kita boleh main game. Tak payah susah2 nak download file besar2 pastu nak kena install game kat komputer. Aku jeling2 nampak game Plant VS Zombie version chrome.

Cara2nya...
1- Pergi ke laman ini ---> http://chrome.angrybirds.com/
2- Dia akan keluar gambar macam kat bawah ni :


3- Tekan dekat Add this Game. Macam yang dibulatkan kat dalam gambar diatas.
4- Pastu tekan kat install.


5- Tunggu dia habis install. 
6- Tekan balik kat page ---- > http://chrome.angrybirds.com/.


Korang dah boleh main dah Angry Bird secara offline. Korang boleh main bila2 masa yang korang suka tanpa memerlukan line internet. Selamat mencuba..^^

Tuesday, June 14, 2011

Cara nak masukkan Youtube video kat blog


Langkah pertama:
embed code youtube di blog
Double click for enlargement
1) Pilih video tersebut 
2) klik <Embed > seperti yang bertanda merah di atas.
3) copy kod tersebut dan masukkan ke dalam blog anda.
Langkah kedua
1) klik add new post untuk blog wordpress dan kalau gunakan blogspot macam biasa.
2) klik untuk post baru dan PASTIKAN semasa hendak paste kod tersebut ianya dalam bentuk HTML bukannya Visual untuk blog WordPress dan Blogspot ialah edit HTML bukannya Compose. Lihat contoh dibawah.
masukkan embed code youtube dalam blog
Double click for enlargement
Seperti gambar di atas, pastikan anda klik HTML terlebih dahulu untuk paste kod tersebut di blog post anda. Selain itu sekiranya anda terus publish post tersebut dalam keadaan kod default, Video tersebut akan bersaiz 640 x 385 pixel, jadi untuk menukar ataupun mengecilkan video tersebut di dalam blog post anda. Tukar sahaja size seperti yang aku tandakan di atas, untuk width (lebar) dari 640 aku tukarkan kepada 540 dan untuk height (tinggi) telah ditukar kepada 335.
Susah2kan tukar kat perkataan "Height" dan "Width" sahaja. Yang lain tu tak payah kacau. Kalau kat blog ni video pakai saiz : height=390 dan width=480. Baru nampak cantik. 
Kemudian untuk meletakkan video tersebut menjadi center apa yang perlu di lakukan ialah dengan menukarkan 
<p style=”text-align: left;”> kepada align: center itu sahaja dan selesai.

Hidayah... 1

   Petang tadi kakak usrah ada cerita pasal hidayah. Yang menarik dia cerita pasal Sham Kamikaze. Pada mulanya tak berapa kenal dengan dengan artis ni. Tapi bila dah search kat En Google baru jumpa. Ada sedikit cebisan maklumat yang diperolehi semasa pencarian.

Petikan dari : https://rencahalam.wordpress.com/

Shamril Salleh, atau lebih diketahui sebagai Sham Kamikaze bukan orang asing kepada peminat-peminat muzik rock tempatan. Pemain gitar yang dihormati ini dan juga merupakan pengasas kumpulan Kamikaze bukan sahaja seorang artis tetapi juga penerbit muzik, pengubah, penyusun dan gitar sessionist.
Sham Kamikaze dikenali sebagai pemain gitar rock popular di Malaysia. Lahir pada 1976 di dalam sebuah keluarga berlatarbelakang muzik, dia terdedah kepada pelbagai jenis muzik sejak di usia muda. Dia mula belajar bermain gitar pada usia 12 dan telah bermain dalam kumpulan sejak berumur 14 tahun.
Sebagai pemain gitar muda, Sham berterusan mengasah kemahirannya dan membantu ramai artis-artis utama di Malaysia dan luar negara selama bertahun-tahun; dia juga mengajar di Guitar Institute of Malaysia di Kuala Lumpur. Dia membentuk kumpulan Kamikaze pada 1999 dan merekodkan tiga album – Kontroversi, Inspirasi dan 3. Kesemuanya pernah dicalonkan untuk Anugerah Industri Muzik – iaitu sebuah Anugerah Industri Muzik Malaysia, sama seperti U.S. Grammy – dengan album Inspirasi memenangi anugerah AlbumRockTerbaik 2001. Sham pernah bermain dengan ahli-ahli muzik seperti Andy Timmons, Neil Zaza and T.M. Stevens , dan bermain untuk persembahan pembukaan kepada Joe Satriani / Steve Vai / pelancongan Eric Johnson G3 dalam 2000.
Kali ini, Sham Kamikaze akan menceritakan pengalamannya mendapat hidayah selepas bertemu dengan Imam Besar Mekah, Sheikh Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais di Kangar, Perlis. Seterusnya mengubah identiti beliau yang sebelum ini memakai gelang dan bersubang.
Video dari You Tube :

Sham Kamikaze insaf selepas mendapat hidayah

Terima kasih buat penulis blog diatas kerana sudi meringkaskan dan menceritakan sedikit latar belakang artis tersebut. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Dia berhak memberi kepada sesiapa yang Dia mahu.

Terdapat sedikit ulasan dari Faizal Yusup tentang hidayah.
Kata2nya yang paling terkesan :

kebanyakan kita hidayah itu takkan datang tanpa kita berbuat apa-apa. Ia takkan datang kalau kita hanya duduk diam dan meneruskan kehidupan dalam arus kehidupa keduniaan. Sepertimana kita kena bangun dan bangkit untuk mencari rezeki begitu juga kita kena bangun dan bangkit untuk mencari Allah, dengan mencari ilmu dan berusaha untuk mendekatkan diri dengan orang-orang yang soleh. FY yakin rezeki itu takkan datang kalau kita hanya duduk diam tanpa berbuat apa-apa, malah nak menyuap sekalipun kita perlu menggerakkan tangan ke mulut, inikan pula hidayah. Ia perlukan USAHA dan InsyaAllah satu hari nanti hidayah akan datang menghuni hati. BERNIAT, BERUSAHA, BERDOA dan BERTAWAKKALlah...

Seperti dalam Al-Quran : Allah terang2 mengatakan dalam surah Al- An'am ayat 125

                          6:125

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.


Sunday, June 12, 2011

Plant VS Zombie

Plant VS Zombie it one of top computer game. But I think Angry Bird is the most people play now.
Let see what En Wikipedia says about Plant VS Zombie :
Plants vs. Zombies is a tower defense action video game developed and originally published by PopCap Games for Microsoft Windows and Mac OS X. The game involves a homeowner using many varieties of plants to repel an army of zombies. It was first released on May 5, 2009, and made available on Steam on the same day. A version for iOS was released in February 2010, and an HD version for the iPad.An extended Xbox Live Arcade version introducing new gameplay modes and features was released on September 8, 2010. PopCap released a Nintendo DS version on January 18, 2011 with content unique to the platform. The PlayStation 3 version was released in February 2011. An Android version of the game, exclusive to the Amazon Android App Store, was released on May 31st, 2011. Furthermore, both the original Windows and Mac version of the game have been re-released with additional content in a Game of the Year version. The game received a positive response from critics, and was nominated for multiple Interactive Achievement Awards, alongside receiving praise for its musical score.
Wow.. Now I know. This game available in Play Station. How nice.
Some background image :













Look like interesting...
I'm still keep playing this game now...
One of my friend said that at Times Square, they have sold Zombie doll exactly look like on this game...
Wanna buy it? Hahaha

Nothing... About Bengkel Pemasaran

   It quite long day I haven't updated my blog. That not because I busy (actually yes). Busy playing Plant VS Zombie game and study some subject that I taken now. Also busy sleeping. What I want try to say here is...
I miss my family. Yeah.. Why I need to say here. But it seems they not miss me. Are they really miss me? That absolutely they miss me. I keep imagine they come here to see me just few minute. That really ridiculous. But my home not really far here. It take 1 hour to reach here. Hmm... I think I just keep it as my dream only. Let we proceed to another story.

  Yesterday I have attending one of the hot program in UIA. It is hot? Yeah really hot. We call it as "Bengkel Technologi Promosi & Pemasaran". This program really awesome. I got many benefits and knowledge there.

Hmm... Here is what I got there...
You can click to my friend blog to see what I get --> Amalina
I recommend you to click. Otherwise you miss something important especially if you want to get involve in e-commerce.. Thanks to Amalina because she has summaries everything and I really like her notes.
Thanks a lot.

I keep thinking why my ICT assignment last semester, we got not really high mark. Last semester, my lecture has assign us to make one free web hosting based on e-commerce. So I really don't know what is e-commerce thing and what should I put on my web. So now I know.

Wanna see our instant blog after this Bengkel?
Check it out---> http://e-teddybearcuttestshop.blogspot.com/
We make it almost 30 minute during the Bengkel. That only replica. We still don't have the stock.
But in future planning, we really want to sell teddy bear. It is because one of our group member say her friend have a stock of teddy bear and she really don't know where to sell the teddy bear. It sound like fairy tale. But anyway, if the fairy tale story is true then the blog is working. We can sell teddy bear there. Hahaha...
I can't wait anymore.

How our blog look like.





Sunday, June 05, 2011

Object pelik Google Chrome

Dalam banyak2 browser yang aku pakai (Internet Explorer, Mozilla Firefox dan Google Chrome), satu-satunya browser yang keluar object pelik2 ialah Google Chrome. Mula2 nampak macam pelik. Biasa kat browser lain kalau satu page tak respond semua page tak respond. Sampai nak kena buka task manager untuk tutup browser tu sebab geram. Kat Google Chrome, dia selalu keluar object macam kat bawah ni kalau line internet lembap atau page non responding.

Kill page... Hahaha


Icon Facebook bertukar ke icon yang pelik
Object tu rupa macam orang salji...

Saturday, June 04, 2011

Apakah itu "Kipas susah mati"?

 Aku pun sebenarnya tak tahu maksud sebenar "kipas susah mati" ni. Asyik terjumpa je perkataan ni rasa nak jugak tahu maksud perkataan ni. Bila dengar perkataan "Kipas susah mati" agak2 apa yang korang bayangkan? 

          






En Wikipedia bagi maksud :

- Kipas-susah-mati merupakan bahasa pasar ("street slang") moden yang bermaksud peminat setia terhadap sesuatu perkara (orang, permainan, kumpulan muzik dan sebagainya). Ia merupakan satu terjemahan secara harafiah bagi istilah Inggeris die-hard-fan.
- Istilah ini dipercayai dipopularkan melalui penerbitan komik-komik GempakStarz seawal 2005.  
En Wiktionary pula kata memberi maksud "Kipas susah mati":

Kata nama : Seorang yang mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu atau seseorang; peminat tegar.  Dia sememangnya kipas-susah-mati manga. 
Etimologi : Terjemahan kasar frasa Inggeris die-hard fan. Dipopularkan oleh majalah komik GempakStarz. 
Sebutan : Kamus Dewan: ki·pas su·sah ma·ti 
Tulisan Jawi : ÙƒÙŠÚ¤Ø³-سوسه-مات
Tesaurus (Sinonim) : Peminat setia

Habis aku godek En Google cari maksud "Kipas susah mati"...
Adakah saya sudah tiada kerje???
-------Agak la-------- =_=''' 

Friday, June 03, 2011

Bahana makan












The Moral of the Story :
Hati-hatilah ketika makan terutama kalau makan kat luar. Kalau yang pandai masak tu basuh ayam elok2 yek. Kesian... Hilang nikmat makan.

Kisah benar :
Ada seorang hamba Allah kehilangan gigi kerana tergigit batu ketika makan nasi lemak.
Disangkakan kacang rupanya batu. Akibatnya gigi dia terpaksa dicabut.

Dah jumpa.... n_n

   Masa cuti semester dulu, adik minta tolong kat aku. Ustazah dia suruh dia hafal nama2 malaikat. Aku pun godek2 laptop aku sebab teringat ada lagu Raihan yang pasal malaikat. Dah jumpa lagunya terus bagi dia dengar. Aku suruh dia ingat sambil2 dengar lagu tu. Bagus juga Raihan buat lagu pasal malaikat.

Raihan - 10 Malaikat

Keesokan harinya dia tanya pasal satu selawat. Dia asyik sebut2 "solla'alaikallah". Mula2 aku tak dapat tangkap apa maksud dia. Pastu cuba la jugak cari kat laptop tapi tak jumpa. Sekarang baru aku tahu tu selawat apa. Selawat yang paling aku suka. Dulu masa bulan puasa selalu pasang kat tv. Kadang nak maghrib pun ada. Rupanya :


Rabbani - Solla'alaikallah

Yeah... Kakak dah jumpa lagunya. Pasni bila dah balik rumah nak tunjuk kat dia. Itupun kalau dia ingat lagi. Tapi berdasarkan pengalaman aku "dia tak lupa". ^____^

Dengar Lagu


Saya suka dengar lagu. Kalau saya bosan atau bilik terlalu sunyi saya akan dengar lagu. Even nak study pun nak dengar lagu. Ish3.. macam mana ilmu nak masuk kalau dengar lagu masa membaca. Paling best kalau buat Math, Akaun... Pernah terfikir nak bawak MP3 kat dewan exam and nak dengar lagu masa buat exam. Kan pakai tudung mana nampak. Ahaks. Tapi setakat ni mana pernah buat. Khayalan semata-mata. Bila suka dengar lagu ni sampai nak pekak telinga lama2 kalau dengar pakai earphone. Last2 tak tahan cabut earphone pastu bukak kuat2. Hahaha..

Lagu yang aku rasa best dari kumpulan /artis :
1- Raihan
2- Rabbani
3- Hijjaz
4- Justin Timberlake
5- Raihana
6- Ungu
7- Inteam
8- Opick
9- Faizal Tahir
10- Andra and the backbond
11- Hujan
12- Nidji
13- Six sense
14- Avril Lavigne
15- Black Eyed Peas
16- Greenday
17- Kesha
18- Maroon 5
19- My Chemical Romance
20- Owl City
21- Simple Plan
22- Sum 41
23- Westlife
24- G Dragon
25- Super Junior
26- CN Blue
27- SHINee
28- Brothers
29- Far East
30- Haddad Alwi
31- Maher Zain
32- Mesut Kurtis
33- New Sakha
34- Sami Yusuf
35- Shoutul Amal
36- UNIC
37- Yusuf Islam
38- Wali Band

Tak lupa juga lagu tema cerita Naruto. Hahaha
Bila list banyak2 ni macam nak jual lagu je.

Putih yang tersayang

Baru tanya adik khabar Putih tadi...
Adik cakap dia menjadi bertambah gedix...
Sebab tak puas dengan ikan 4 ekor sehari...
Bengkok la bapak aku nak beli ikan byk2 kat dia...
Tapi best tengok dia makan...
Berselera sangat...
Tapi dia agak manja...
Makan ikan pun tercekik...
Hahaha



Bila tengok teringat anak kucing warna putih macam Putih kat belakang rumah. Mak dulu2 suka buang perut ikan kat belakang rumah untuk suburkan tanaman dia. Alang2 tu ada la kucing liar makan perut ikan tu. Masa tu jumpa anak kucing warna putih makan perut ikan yang mak aku baru buang. Kucing tu kecik lagi. Kecik2 dah makan perut ikan. Ada satu hari tu mak lupa nak buang perut ikan kat belakang. Dalam seminggu jugak la. Tetiba bapak aku tergerak nak bersihkan belakang rumah. Bukak2 pintu belakang nampak anak kucing tu baring tak bermaya. Rupanya tak makan seminggu. Dia tengah nazak sebab tak makan. Time tu aku sedih gile sebab tak perasan yang dia tak makan. Pastu dia mati sebab kelaparan. Kita sempat bagi dia air susu tapi macam tak sempat sebab dia dah nyawa2 ikan. Kucing tu comel sangat. Badan dia putih, mata dia biru. Ada juga niat nak bela kucing tapi mak tak bagi sebab kitorang ada asma. Tak elok bela kucing. Nak pegang pun tak boleh sebab bapak marah. Pernah kena marah sebab pegang kucing. Last2 tengok kucing pun dari jauh. Sedih sangat.

PEREMPUAN MUDAH MASUK SYURGA TAPI RAMAI DI NERAKA



PEREMPUAN MUDAH MASUK SYURGA TAPI RAMAI DI NERAKA

Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga “Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Perempuan tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya.

Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.

Rasulullah SAW bersabda: ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (an-Nasa’i)”

Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”

Namun perempuan lebih ramai di neraka

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.” Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”

Sources : Facebook