Adik cakap dia menjadi bertambah gedix...
Sebab tak puas dengan ikan 4 ekor sehari...
Bengkok la bapak aku nak beli ikan byk2 kat dia...
Tapi best tengok dia makan...
Berselera sangat...
Tapi dia agak manja...
Makan ikan pun tercekik...
Hahaha
Bila tengok teringat anak kucing warna putih macam Putih kat belakang rumah. Mak dulu2 suka buang perut ikan kat belakang rumah untuk suburkan tanaman dia. Alang2 tu ada la kucing liar makan perut ikan tu. Masa tu jumpa anak kucing warna putih makan perut ikan yang mak aku baru buang. Kucing tu kecik lagi. Kecik2 dah makan perut ikan. Ada satu hari tu mak lupa nak buang perut ikan kat belakang. Dalam seminggu jugak la. Tetiba bapak aku tergerak nak bersihkan belakang rumah. Bukak2 pintu belakang nampak anak kucing tu baring tak bermaya. Rupanya tak makan seminggu. Dia tengah nazak sebab tak makan. Time tu aku sedih gile sebab tak perasan yang dia tak makan. Pastu dia mati sebab kelaparan. Kita sempat bagi dia air susu tapi macam tak sempat sebab dia dah nyawa2 ikan. Kucing tu comel sangat. Badan dia putih, mata dia biru. Ada juga niat nak bela kucing tapi mak tak bagi sebab kitorang ada asma. Tak elok bela kucing. Nak pegang pun tak boleh sebab bapak marah. Pernah kena marah sebab pegang kucing. Last2 tengok kucing pun dari jauh. Sedih sangat.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe