Tuesday, June 14, 2011

Hidayah... 1

   Petang tadi kakak usrah ada cerita pasal hidayah. Yang menarik dia cerita pasal Sham Kamikaze. Pada mulanya tak berapa kenal dengan dengan artis ni. Tapi bila dah search kat En Google baru jumpa. Ada sedikit cebisan maklumat yang diperolehi semasa pencarian.

Petikan dari : https://rencahalam.wordpress.com/

Shamril Salleh, atau lebih diketahui sebagai Sham Kamikaze bukan orang asing kepada peminat-peminat muzik rock tempatan. Pemain gitar yang dihormati ini dan juga merupakan pengasas kumpulan Kamikaze bukan sahaja seorang artis tetapi juga penerbit muzik, pengubah, penyusun dan gitar sessionist.
Sham Kamikaze dikenali sebagai pemain gitar rock popular di Malaysia. Lahir pada 1976 di dalam sebuah keluarga berlatarbelakang muzik, dia terdedah kepada pelbagai jenis muzik sejak di usia muda. Dia mula belajar bermain gitar pada usia 12 dan telah bermain dalam kumpulan sejak berumur 14 tahun.
Sebagai pemain gitar muda, Sham berterusan mengasah kemahirannya dan membantu ramai artis-artis utama di Malaysia dan luar negara selama bertahun-tahun; dia juga mengajar di Guitar Institute of Malaysia di Kuala Lumpur. Dia membentuk kumpulan Kamikaze pada 1999 dan merekodkan tiga album – Kontroversi, Inspirasi dan 3. Kesemuanya pernah dicalonkan untuk Anugerah Industri Muzik – iaitu sebuah Anugerah Industri Muzik Malaysia, sama seperti U.S. Grammy – dengan album Inspirasi memenangi anugerah AlbumRockTerbaik 2001. Sham pernah bermain dengan ahli-ahli muzik seperti Andy Timmons, Neil Zaza and T.M. Stevens , dan bermain untuk persembahan pembukaan kepada Joe Satriani / Steve Vai / pelancongan Eric Johnson G3 dalam 2000.
Kali ini, Sham Kamikaze akan menceritakan pengalamannya mendapat hidayah selepas bertemu dengan Imam Besar Mekah, Sheikh Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais di Kangar, Perlis. Seterusnya mengubah identiti beliau yang sebelum ini memakai gelang dan bersubang.
Video dari You Tube :

Sham Kamikaze insaf selepas mendapat hidayah

Terima kasih buat penulis blog diatas kerana sudi meringkaskan dan menceritakan sedikit latar belakang artis tersebut. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Dia berhak memberi kepada sesiapa yang Dia mahu.

Terdapat sedikit ulasan dari Faizal Yusup tentang hidayah.
Kata2nya yang paling terkesan :

kebanyakan kita hidayah itu takkan datang tanpa kita berbuat apa-apa. Ia takkan datang kalau kita hanya duduk diam dan meneruskan kehidupan dalam arus kehidupa keduniaan. Sepertimana kita kena bangun dan bangkit untuk mencari rezeki begitu juga kita kena bangun dan bangkit untuk mencari Allah, dengan mencari ilmu dan berusaha untuk mendekatkan diri dengan orang-orang yang soleh. FY yakin rezeki itu takkan datang kalau kita hanya duduk diam tanpa berbuat apa-apa, malah nak menyuap sekalipun kita perlu menggerakkan tangan ke mulut, inikan pula hidayah. Ia perlukan USAHA dan InsyaAllah satu hari nanti hidayah akan datang menghuni hati. BERNIAT, BERUSAHA, BERDOA dan BERTAWAKKALlah...

Seperti dalam Al-Quran : Allah terang2 mengatakan dalam surah Al- An'am ayat 125

                          6:125

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.


No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe