Thursday, June 30, 2011

Kenangan Final Exam Sem3

Nak terguling-guling aku gelak. Hmm.. Nak buat macam mana. Benda dah nak jadi. Boleh pulak masa nak exam aku tertinggal matrik card. Tertinggal matrik card gara-gara tukar beg. Terbaik... Dah la exam dari pagi sampai petang. Nasib baiklah aku sedar 15 minit sebelum start exam. Tapi still juga masuk lambat 10 minit. Nasib baik juga mahallah aku dekat dengan tempat exam. Bila dah sampai tempat exam, melilau aku cari mana tempat duduk aku. Nak pengsan kot berlari-lari semata-mata nak kejar masa + nak ambil matrik card. Baru rasa bersyukur sebab mahallah dekat. Masa tengah tunggu nak exam, tengah duduk2 belek2 buku tetiba rasa seronok sebab duduk Mahallah Safiyyah. Dah la dekat dengan kelas, katil dekat atas. Boleh pikir 10 kali nak panjat naik katil masa nak study. Memotivasikan aku untuk berada di meja study lebih lama. Dapat kenal ramai kawan. Dari tak rapat terus jadi rapat. Dari tak pernah tegur jadi bertegur sapa. Dari tak kenal terus kenal. Padahal satu matrikulasi dulu... Saya bangga jadi penghuni Mahallah Safiyyah. (Hmm... tak tahu semangat ini bertahan sampai bila).. Ish3...

Lihatlah Sahabat2ku yang bersemangat...
Teruskan bersemangat untuk exam esok... Fighting!!!...

2 comments:

  1. utk MAF mmg bersyukur sgt even kalo dapat b je....siriussssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss. can't survive lah for this subject. hueh

    ReplyDelete
  2. next time, no core course for short sem...

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe