Wednesday, June 22, 2011

Perubahan Part2

Sudah hampir 2 bulan 'dia' pergi. Ingat dah tak nak sedih2 lagi. Tapi bila terbuka profile kat fb plus gambar 'dia' sebelum 'dia' takde tetiba menitis air mata ni. Aku ni mengalahkan isteri dia. Padahal anak sedara je pon. Maybe teringat kenangan 'dia' yang banyak dalam hidup aku menyebabkan aku terkedu kejap.

Semalam kat kelas UNGS belajar pasal Hidup Selepas Kematian. Setiap butir yang diceritakan sebijik2 kena dekat aku. Mungkin aku baru merasai suasana ketiadaan salah seorang anggota keluargaku. Disebabkan itu juga aku cepat tangkap apa yang lecture ajar semalam. Dari ngantuk terus segar.

Aku jadi terbayang.
Apa akan terjadi kepada kita selepas mati?.
Bagaimana keadaan kita selepas mati?.
Adakah bahagia atau sensara.

Nak dihitung, aku bukan sebaik mana pun.
Masih ada lopong2 kejahilan dalam diri ini.
Setakat ini aku berusaha untuk buat yang wajib dulu
seperti solat fardu biar cukup dan khusyuk,
puasa biar habis ganti dulu.
Berterusan baca Al-quran setiap hari siap baca maksud...
Betapa ruginya masa muda2 dulu aku tak tadabbur Al-Quran...
Taknak sakitkan hati orang...
Buat sebaik habis kat kawan2...

Rasa hina juga ada.
Solat aku yg dulu2 entah bila nak qada'.
Buatnya kalau esok lusa aku dah tak ada.
Apa aku nak jawab dalam kubur nanti.
Usia kita siapa boleh jangka.
Muda2 pun dah mati.

Rasa jauh ketinggalan dari pemuda2 zaman kegemilangan Islam dahulu.
Baya2 aku sudah takluk negara.
Sudah jadi tahfiz, solat siap tambah solat rawatib ngan solat tahajud lagi. AKu?

Kematian itu membuatkan aku lebih berfikir...
Berfikir untuk menyiapkan bekalanku kesana...

Apa yang aku lihat...
Hidup ini hanya sementara.
Kita singgah didunia ini umpama berteduh dibawah pohon setelah penat merantau...
Setelah penat hilang, bila2 masa kita akan bangkit dan meneruskan perjalanan kita...

1 comment:

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe