Friday, June 17, 2011

Stress? Bring it on!

Apakah itu stress?
Sebelum itu mari kita tadabur ayat berikut :
Surah Al-Imran ayat 133-136


3:133


Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;


3:134

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

3:135

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

3:136

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
Ayat diatas menerangkan kebaikan dan ganjaran yang Allah berikan kepada 4 jenis golongan iaitu :
1- Orang yang suka menderma
2- Orang yang mengawal kemarahannya
3- Orang yang memaafkan kesalahan orang lain
4- Orang yang apabila melakukan perbuatan keji dan mungkar, 
dia bersegara bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.

Mereka2 ini akan diberi ganjaran oleh Allah iaitu mendapat keampunan dari Allah dan nikmat syurga yang kekal abadi.

Apa kaitan ayat diatas dengan stress?
Jom kita terjah apa itu stress... Click disini...

Adakah stress itu perlu?
Semua orang pernah mengalami stress. Setiap orang mempunyai persepsi berbeza tentang stress. Ada yang menganggap stress itu sebagai ujian dari Allah, ada yang menganggap yang stress tu sebagai peganggu kebahagiaan, ada pula yang menganggap yang stress tu benda yang negatif. Rasa2 macam stress tu tak patut ada dalam hidup. Namun hakikatnya strees itu sangat diperlukan dalam hidup kita.

Kenapa stress itu perlu?
Cuba anda bayangkan kalau hidup kita tak ada masalah. Semuanya benda berjalan lancar. Line clear je hari2. Dari kita masih bayi sampai tua. Takde masalah. Seronok tak hidup? Satu lagi, kalau hidup ini tiada masalah... macam mana kita nak belajar tentang kehidupan. Semuanya benda baik je berlaku. Pasti susahkan.

Jadi.... Gunakanlah stress tu sebaik-baik2nya. Apa kata kita tukar perkataan stress itu kepada ujian atau dugaan hidup. Perkataan stress tu nampak macam extreem dan ganaz. Cuba kita pandang cobaan dan dugaan ini dalam kaca mata Islam atau think positive about cobaan ini. Seperti ayat dibawah : 

                                 2:286
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Dengan  ujian yang Allah timpa kepada kita sepatutnya dijadikan satu semangat atau pengajaran buat kita. Mungkin salah satu dari ujian itu menyimpan berjuta hikmah yang kita tidak dapat bayangkan. Sama2lah muhasabah diri. 


Ingatlah cara menghilangkan stress secara Islam :
1- Baca Quran.
2- Tadabbur Quran. Membaca maksud Al-Quran setiap kali membacanya.
3- Sentiasa berwuduk.
4- Tafakkur dan berzikir
5- Banyak bersedekah
6- Selalu berdoa
7- Qiamullail
8- Husnuzzhon. Bersangka baik dengan orang.
9- Tawakal


Kita balik kepada surah Al-Imran ayat 133-136.
Ayat ini telah menyenaraikan sedikit cara2 mengatasi dan punca stress dengan:
1- Menyucikan hati dengan bersedekah, melatih diri menjadi lebih pemurah dan perihatin.
2- Mengawal marah supaya menjadi lebih sabar dan tidak mudah melenting apabila cubaan datang.
3- Memaafkan kesalahan orang lain. Melatih kita untuk menerima kesalahan orang lain kerana tiada orang yang sempurna di muka bumi ini melainkan Nabi Muhammad S.A.W.
4- Bertaubat. Ingatlah Allah sentiasa membuka pintu taubat buat hambanya yang melakukan kesalahan. Bertaubatlah anda sebelum nyawa dipangkal kerongkong.

2 comments:

  1. betul,sungguh apa je Allah kurniakn pd kita,baik sng atau susah sbnrnya ada hikmah disblk nya.Ingat lh Allah tdk zalim,Dia tdk akn sesekali mnyushkn hmbaNya.pasti ada sesuatu yg Dia ingin smpaikn pd kta dlm dugaan yg diberi.

    ReplyDelete
  2. Betul333...
    Moga2 entry ini dapat mengingatkan kita selalu.... insyaallah

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe