Thursday, June 26, 2014

Masa kini dan masa lalu


Beginilah perasaan bila scroll balik entry lama kat blog ni.
Mana diriku yang dahulu.
Diriku yang berani.
Optimis.
Sentiasa positif dan bersemangat.
Berfikir panjang.
Dimanakah dia menghilang?
Mengapa dia menghilang?

Ada baik ada blog sendiri.
Ada baiknya juga rajin update blog.
Boleh jadi peringatan diri ini yang selalu lupa dan lemah semangat.

Kena bersemangat perbaiki diri.
Aku ada tanggungjawab yang besar.
Jangan fikir benda senang je.
Semua orang alami benda yang pertama kalinya.
Seperti aku yang pertama kalinya minta kerja dan interview kerja.
Jangan takut nak rasa benda baru.
Kamu harus teruja untuk jumpa benda baru.

Bila malas ingat mak ayah.
Bila malas lagi, ingat hutang ptptpu kamu.
Aku bukan orang senang.
Berani hutang, beranilah bayar.
Survival! bak kata bapak.
Siapa suruh tak usaha betul2 biar dapat grade dalam 1st degree honour.
Tanggunglah akibatnya.

Bila malas lagi, ingat adik2.
Aku tak layak jadi kakak kalau aku tidak mahu berusaha untuk diri aku.
Tunjuk teladan yang baik buat mereka.

Bila malas lagi, ingat keluarga dan jiran.
Ingat macam mana diorang pandang kamu sekeluarga.
Semangat harus membara.

Tapi perlu ingat.
Aku kena bekerja untuk sumbang sesuatu untuk masyarakat.
Dan sumber saham aku untuk kehidupan seterusnya.
Perkara di atas hanyalah untuk kepuasan peribadi.
Kebaikan masyarakat itu penting.

Aku menulis memang kencang.
Semoga penulisan ini sekencang perbuatannya.

Step pertama : esok pagi2 harus beranikan diri tegur madam minta dia jadi referee resume. Doa banyak2.
Step kedua : apply je mana2. Buat cover letter segempak mungkin
Step ketiga : search pasal interview kerja. Aku kena buat. Tak usah gentar. Semua orang pun lalui jalan yang sama.
Step keempat : buat perniagaan kecil kecilan. Sekadar membuang masa lapang sambil tunggu surat interview datang.

Step sudah di listkan. Ayuh lakukan.
Aku tetap aku.
Aku yang dahulu pasti datang.
Sebab dia pun aku juga.
Ok, dah pening.


2 comments:

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe