Susah juga nak bersangka baik. Perkataan lebih tepat ialah berlapang dada.
Kadang2 kita tersalah sangka siapa yang bakal hadir dalam hidup kita. Sangkaan kita dia adalah kawan sejati kita. Selalu bersama kita. Ajak makan, bermain dan belajar bersama sudah dianggap kawan sejati. Haha. Tetapi bila kawan tu dah tak endahkan kita bila dia jumpa kawan dia sorang lagi, mulalah terasa hati. Bila dia tak ajak kita bersama dia selepas kelas padahal sebelum ni bersama je dah mula rasa dia dah tak kawan dah dengan kita. Tak ajak lunch mulalah rasa macam2. Rupanya sedar, dia cuma kawan kita bersebab. Bila rasa nak riadah dia cari kita. Alang2 riadah tu dinner sekali. Bila ada program baru bersama. Tetapi dalam program tu bila dia dah jumpa geng dia, dia tinggalkan kita macam tu je. Nasib badanlah. Nampak macam luahan hati pulak dah.
Tetapi itulah. Sangkaan kita selama ini salah. Selalu letak "expectation" tinggi kat orang. Bila kenal seseorang dan rasa dah rapat mulalah "expect" orang tu layan kita, sering bersama, "together gether"lah kononnya. Itu cuma dalam khayalan. Walaupun dah sedar itu semua khayalan tetapi nak juga mengharap macam tu. Bila tak dapat mulalah nak asingkan diri.
Bila tengok balik ia kembali pada diri kita juga. Kenapa kawan tu buat macam tu kat kita? Mungkin kita pernah buat macam tu kat orang lain. Kesian orang tu. Dah macam hukum karma pulak. Mungkin ada kekurangan kat diri kita buat kawan tu lebih selesa dengan orang lain. Sememanglah. Si penulis ni pun banyak mendengar dari bercakap. Lagipun nak cerita apa. Aku tak sama macam diorang. Terasa macam aku ni duduk dalam dunia lain. Apa yang diorang cerita menjadi "alien" bagi aku. Teruk sangat dah si penulis ni. Agak2 topik apa yang boleh buat aku buka mulut? Cerita pasal pelajaran, gadget, software, hobi, buku ke baru best. Sah budak skema dan membosankan. Boleh pulak label diri sendiri.
Jadi, dah jadi macam tu kenalah buat sesuatu.
Setakat ni solusion yang aku nampak...
Buat hal sendiri. Bila dah mula buat hal sendiri dah tak ingat orang lain dah.
Dah macam mengasingkan diri pulak.
Entahlah. Setakat ini teknik ni sahajalah dapat menimbulkan ketenangan.
Tak fikir tentang orang. Buat benda yang diri rasa puas.
Macam parah situasinya.
P.s : Nasib baik tak duduk asrama sejak zaman sekolah.
Tetapi kalau aku duduk asrama mesti situasi sekarang dah berubah.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe