Dua aplikasi ni sudah selamat deactivate.
Tinggal facebook dan blogger je.
Kenapa deactivate?
Rimas.
Orang sudah mula menilai kita tentang siapa kita di alam maya.
Mereka tidak menilai tentang diri kita yang sebenar.
Benar kata orang.
Tulisan itu tidak bernada.
Lain orang lain nada bacaan.
Tak kurang juga persepsi.
Lain orang lain penilaian dia tentang kita.
Aku tak nak hidup dalam dunia fantasi.
Alam maya.
Alam yang diwujudkan oleh manusia.
Mungkin pada mulanya tujuannya supaya manusia boleh berhubung
mengeratkan silaturrahim
tak kurang juga memudahkan mencari informasi.
Tetapi bila wujudnya media sosial,
ia mewujudkan satu era yang pelik.
Era menunjuk-nunjuk apa yang dia ada.
Kadang kala tak sedar orang lain yang tidak merasa
sedang mengigit jari.
sedang mengigit jari.
Era menunjukkan siapa follower atau friend paling banyak.
Era menunjukkan siapa retweet atau komen paling banyak.
siapa status paling gempak atau islamic
siapa status paling gempak atau islamic
Tak tahan like paling banyak.
Berlumba lumba menunjukkan kelebihan sendiri
Berlumba lumba menunjukkan kelebihan sendiri
Muncul pula keyboard warrier.
Lagi parah dengan kemunculan smartphone.
Boleh semak begitu mudah melalui mobile phone.
Lama kelamaan aku makin mempercayai artikel ini :
Cubalah search artikel kat google news tentang facebook.
Sudah banyak kajian menunjukkan keburukan lebih banyak dari kebaikan.
Ia sedikit2 memberi kesan terhadap psychology seseorang itu.
Dengan itu,
Biar aku mengundur diri.
Dari alam yang tak nyata itu.
Aku wujud dalam jisim yang nyata.
Cukup cukuplah.
Fokus tujuan hidup kembali.P.s : Menunggu masa sesuai untuk deactivate facebook.
Wassap pun menunjukkan gejala yang sama. Hurmm
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe